DULU LAIN SEKARANG LAIN



Dulu, nasi lemak 30 sen, nasi lauk ikan 30 sen, nasi lauk ayam 50 sen, air berperisa 20 sen.
Sekarang, nasi lemak ke, nasi berlauk ke, air sirap ke, tak ada paling koman RM1 tak payah mimpi nak acu cuba try test merasa semua tuh.


Dulu, semua free kecuali makanan, minuman dan keperluan asas
Sekarang, susah nak cari benda free, mana taknya nak kencing berak pun paling kurang kena bayar 30 sen. Nasib baik je kentut free lagi setakat ni.


Dulu, budak-budak kumpul ramai-ramai main guli, naikkan wau/layang-layang, main polis entri, baling ting dan main kondi-kondi.
Sekarang, susah nak cari budak-budak yang tau main ini semua, kebanyakannya akan cerita pasal PS, XBOX, PC, LAPTOP dan senagkatan dengannya. Zaman sudah berubah, dunia makin maju


Dulu, makcik-makcik bukak gerai jual goreng pisang, produk makanan. Bukak kedai jual kain baju, barang perhiasan dan kraftangan
Sekarang, masing-masing dah jual produk guna internet. Tag je kat facebook, iklan je kat blog, dah boleh hasil. Kerjanya lebih mudah dan menjimatkan masa dan tenaga.


Dulu, ramai-ramai sepakat kumpul syiling, mudah nak kontek famili di kampung guna public phone. Kalau yang berada dan berkemampuan sikit, tak main syiling, pakai kad terus, RM5 ke, RM10 ke, cucuk je terus dapat buat panggilan. Siap beratur lagi nak guna, ambil turn.
Sekarang, tengok public phone pun macam tengok tiang elektrik kat tepi jalan.Lebih malang, kotak je tinggal, ganggang entah ke mana, nombor entah ke mana. Masing-masing ada handphone sendiri. Time kecemasan atau takde kredit je lah singgah guna public phone. Tu pun, berjam nak cari syiling baru dapat buat panggilan.


Dulu, pergi sekolah naik basikal. Tak kira budak sekolah rendah atau sekolah menengah.
Sekarang, mak ayah sudah senang, anak-anak boleh pergi hantar dan ambil, ulang-alik dari rumah ke sekolah. Budak sekolah yang besar sikit, jarang dah naik basikal, semua nak naik motosikal. Tak dapat motosikal, mogok seminggu taknak pergi sekolah.


Dulu, nak tengok komputer sebiji dalam kampung bukan main susah. Kalau ada sebiji, riuh satu kampung macam UFO landing ke bumi.
Sekarang, bukan setakat komputer, laptop pun sudah mampu dimiliki tak kira di mana jua berada. Tak kira di kampung mahupun di bandar.


Dulu, nak dapatkan internet (kemudahan jalur lebar) dan lain telefon bukan main susah. Especially yang terpuruk di corot kampong. Nak dapatkan talian susah macam nak cari emas kat lombong, kalau jumpa tuh memang gembira dan rasa bertuah.
Sekarang, internet ada merata-rata tak kira tempat, line telefon pun sama tak kira telco, Maxis, Celcom, DiGi, dan seangkatan dengannya semuanya ada. Mudah je nak dapat, macam biskut merri kat kedai je skang, ada duit jalan dan layan!


Dulu, orang-orang zaman dulu ramai free hair (tengok album lama-lama kat rumah), pegangan agama tak sekuat hari ini, tapi masalah sosial kurang berlaku. Paling teruk, habis belajar terus kahwin di usia muda.
Sekarang,semakin Islam berkembang pesat, semakin penuh maksiat. Tak kira penampilan dan perwatakan macam mana, masing-masing buat hal sendiri. Kes bunuh, rogol, rompak, ragut, dah jadi macam kes tak pakai helmet/ tali keledar kat jalan raya. Mudah berlaku di mana saja.


Dulu, kalau berjauhan, main surat-menyurat. Kalau emergency, pakai telegram. Nak pos duit, guna money order.
Sekarang, tak main surat-surat kosong, hanya surat rasmi saja. Setem pun kurang laku, pejabat pos pun kurang mendapat sambutan. Emergency? Pakai faks, takpun emel ataupun sms/ call terus. Duit? Transfer terus dari bank ke bank. Dunia di hujung jari, CIMB CLIKS dan internet Banking kan ada. Life is so easy!


Dulu, pagi-pagi beli paper, UTUSAN, BERITA HARIAN dan lain-lain.
Sekarang, pagi-pagi bukak BLOG, BERITA ONLINE dan baca apa yang ada, scroll sampai habis, baca sampai lebam. Newspaper, kalau tak dapat free, tak de headline dan cover depan yang menarik untuk dibeli, memang tak akan sentuh dan baca.


Dulu, aku tulis benda-benda ngarut macam ni dalam DIARI je. Setahun beli satu, sampai 1/4 tahun DIARI entah ke mana, satu pun tak tulis dan catat. Tulis 2 bulan, 10 bulan lagi koyak-koyak buat jet. Last-last baca balik apa yang tulis dalam tuh, senyum sendiri. Last-last, masuk dalam api jugak, tak sanggup dowh nak baca balik,haha
Sekarang, beli PLANNER je untuk catat benda-benda penting. Benda-benda tak penting, karut-marut, apa saja yang terlintas kat kepala otak macam ni, taip je kat blog. Tekan publish, view dan baca balik. Lain masa pun boleh jenguk balik, famili kat kampung pun stalk melalui blog, ke mana pergi, buat apa, apa yang terjadi dan sebagainya.


Dulu, hidup sekadar hidup, tak pernah nak fikir dan ambil tahu. Hari-hari yang berlalu hanya dibiarkan berlalu tanpa sebarang perancangan dan berfikiran panjang.
Sekarang, setiap apa yang dilakukan kena fikir panjang. Baru tahu apa itu erti hidup yang sebenar, baru dapat membezakan yang dulu dan yang sekarang.


Dulu, budak tadika, murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah
Sekarang, masing-masing dah bawa haluan sendiri. Sedar tak sedar dah masuk universiti. Alih-alih, dah masuk tahun akhir.


Dulu, 8 bulan tak sentuh buku, kerja la konon time Internship
Sekarang, kembali ke tempat asal, kampus tercinta untuk tamatkan saki-baki yang tinggal dalam menuntut ilmu mendapatkan segulung IJAZAH dan mendapatkan AZIZAH.


Dulu, hari-hari boleh hadap facebook, blog, twitter
Sekarang, kenalah berpada-pada memandangkan internet tak berapa sihat kat sini


Dulu Facebook, Sekarang kena betul-betul hadap buku-buku, face the book yang tebal-tebal
Dulu Blog, Sekarang kena kurangkan sikit sebab REPORT dan ASSIGNMENT bakal kunjung tiba
Dulu Twitter, Sekarang kenalah bertweet/ berkicau dengan real dalam lecture hall/ hostel. Jumpa balik member-member setelah 8 bulan tak jumpa.


Akhir kata, dulu lain, sekarang lain
Masa tak akan mengundur ke belakang, masa akan sentiasa meninggalkan kita di belakang
Masa tak berhenti walaupun sesaat, masa akan sentiasa bergerak walaupun kita sesat
Masa akan cepat berlalu, kerana masa tidak pernah akan menunggu
Masa akan terus berlalu, walaupun kita langsung tidak ambil tahu


Ok, sekian
Semester baru bakal bermula
24 Januari 2011 detik baru bakal tercipta
Jadikan yang lepas kenangan, yang akan datang cabaran
Semoga setiap urusan dipermudah dan dapat ditempuhi dengan tabah!
Amin


Satu je yang sama
Dulu, single. Sekarang pun masih single,LOL. Bila nak berdua jugak nih, zzzzzz

Post a Comment

34 Comments

  1. kalau tak ada dulu, tak ada la sekarang..

    LET BYGONE BE BYGONE..face the future with ur best and lets Allah decide for the rest..

    ReplyDelete
  2. dulu single, skrg body mcm double. ha3

    bia abih ngaji dlu abe weh ;p

    dulu n skrg meme byk bezo dio. hurm

    ReplyDelete
  3. wah!..best2! haha

    memang, dulu lain sekarang lain. dulu punyalah susah org nk makan ayam. sekarang, bersepah.

    dulu semangkuk mi sup 50sen. sekarang 2.50!

    isyh3. tu pun kire ok lagi kot? hehe

    p/s: sorry,asyik sebut makanan jer. lapar kot ni..hihi~

    ReplyDelete
  4. i like this entry....

    betul la..dulu masalah sosial tak banyak...

    waktu maghrib, jarang tengok anak dara berkeliaran kat luar..

    sekarang??
    hurm~~

    ReplyDelete
  5. Semua benda berubah..
    Apa yang penting, macam mana kita mampu beradaptasi dengan perubahan tersebut..

    fikir-fikirkanlah..

    ReplyDelete
  6. kah3...
    kn dh ade dpn mata..
    sambar je lah bdk intel tu

    ReplyDelete
  7. cimOt:
    nice one
    tak ada dulu, tak ada sekarang

    insyaAllah

    ReplyDelete
  8. author:
    body cam double? kejam tuh,haha
    ok, start diet doh

    ReplyDelete
  9. Bintun Sazali:
    betul tuh, part makanan memang paling mudah dan ketara nak beza
    dari dulu sampai sekarang harga makin naik

    ReplyDelete
  10. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
    tq feez
    tu la dunia skang, semuanya nampak biasa

    ReplyDelete
  11. happy je:
    yeah, betul tuh
    macam internet jugak ler, dulu bukan main susah nak ada kat Kelantan
    skang, kan dah ada
    tambah pulak dgn Promosi Cun dari happy, DiGi

    ReplyDelete
  12. Hazwan Arif:
    budak mana ni?
    aish, bukan mudah nak sambar gitu jah

    ReplyDelete
  13. dunia semakin maju kan pena
    hohoho
    teringat kisah2 dlu bila baca entry nih
    masa akan datang tak tahu la apa lagi kecanggihan teknologi yang akan wujud

    Jangan Lupa Vote Hans Yang Bernombor 10 Di Ruangan Komen Di Sini

    ReplyDelete
  14. dulu walaupun serba kekurangan tapi boleh jer kita survive tanpa adanya internet dan pelbagai kecangihan gajet.
    sekarang walaupun pelbagai kemudahan teknologi ditawarkan tapi ramai yg menyalahgunakannya utk perkara yg tak elok

    ReplyDelete
  15. "pergi dulu ye..."

    "pergi sekarang la..."

    pernah dengar loyar buruk mcm tu kan?

    betul la bro.. dulu lain, sekarang lain.. banyak berubah... siape yg lambat, pasti ketingalan...

    ReplyDelete
  16. Yang dulu hanya mampu dikenang kembali, yang sekarang hanya mampu merancang...

    Moga yang sekarang imbalannya baik pemberian yang silam...

    ReplyDelete
  17. dulu al yang menjadi panduan sekarang..
    eheheheeeee

    ReplyDelete
  18. hans:
    kalau skang dunia dh maju, mcm2 dah berlaku
    akan datang for sure akan lebih maju dan mcm2 lagi yg akan berlaku, hermm

    ReplyDelete
  19. MataHati @ MH:
    haha, yg tu paling tepat
    skang kalau xdapat connection internet sikit, dah huru-hara sikit hidup

    tu pasal, semakin maju teknologi, semakin besar keberangkalian untuk disalahgunakan

    ReplyDelete
  20. NICK IRFAN:
    cepat sampai tak terkejar

    ReplyDelete
  21. dulu ngan sekarang memg byk bezanya..dulu aku single skrg mak dara..haha~

    apapun slmt belajar..

    ReplyDelete
  22. SM Banjamin:
    haha, sape tak pernah loyer buruk
    memang jadi halwa telinga je tuh

    itu yg pasti, terlambat sesaat boleh sesal seumur hidup

    ReplyDelete
  23. Ibnu Jamaluddin:
    kita hanya mampu merancang, tp Dialah yg akan tentukan segalanya
    thanks for the reminder

    ReplyDelete
  24. mie:
    sekarang? haha
    terlalu subjektif, tp tu la realiti

    ReplyDelete
  25. Siti Hajar Masri:
    peningkatan status,haha

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  26. syok je aku baca post ni.... terasa macam nak pergi zaman dulu jer tiba-tiba.... btw, jeles tgk org dah masuk tahun akhir kat uni....

    ReplyDelete
  27. NHAR:
    best kan bila imbau balik kenangan silam? haha
    tahun akhir ni la penat sikit, x dpt dah nk enjoy macam dulu

    ReplyDelete
  28. dulu tekan kebot satu jari sebelah tgn.. skang taip laju mcm lipas kudung berlari... kekekekekeke. dulu lain skrg lain.. dulu bujang skang dah kawen...

    ReplyDelete
  29. THE LEKAT LEKIT STORY:
    haha, betul2
    lagi satu, dulu mata asyik tengok keyboard bila menaip, skang main tekan je sbb dah tau dan ingat kedudukan huruf
    ni blogging punya efek

    ReplyDelete
  30. Hehe. Kdg2 bila teringat, aku jd rindu gile zmn dulu2. :P

    ReplyDelete
  31. A.D.A.M.:
    tu pasal, kenangan lalu mmg manis bila dikenang kembali
    betul la org kata,
    "What I like about experience is that it is such an honest thing"

    tiada penipuan dalam kisah silam kita kan
    itu yg best bila dikenang kembali

    ReplyDelete