Penutup tirai SUKAN NEGARA 2010 disudahi dengan kejayaan SKUAD HARIMAU MALAYA dalam Piala AFF 2010.

Pembuka tirai SUKAN NEGARA 2011 dimulakan dengan KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA, KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA KOREA, dan PIALA SULTAN AHMAD SHAH untuk sukan bola sepak.


T A H N I A H

Datuk Lee Chong Wei

Juara Kejohanan Terbuka Piala Malaysia 2011


T A H N I A H 

The Red Worriors 

 Juara Piala Sultan Ahmad Shah



TRIVIA SUKAN

BOLA SEPAK : THE RED WORRIORS

Oktober 2010 merupakan detik bersejarah buat semua peminat bola sepak tempatan terutama penyokong setia The Red Worriors di atas kemenangan dan kejayaan menjulang Piala Malaysia sekaligus menamatkan kemarau 89 tahun untuk bergelar JUARA. Kemenangan ke atas Negeri Sembilan 2-1 menidakkan kemaraan bekas JUARA PIALA MALAYSIA 2009.




Kemaraan The Red Worriors bukan setakat itu, malah berjaya melahirkan dan menyumbang pemain berbakat seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Shahrul Idlan Talaha untuk berkhidmat dan membantu skuad Harimau Malaya dalam menjulang Piala AFF 2010.


Kejayaan demi kejayaan diraih sehinggalah kini The Red Worriors berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat pertama kali sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Kemenangan bergaya ke atas Selangor 2-0 menobatkan Kelantan selaku Juara baru Piala Sultan Ahmad Shah.



::nota penulis::
Ambo bangga jadi ore qlate, tapi ambo tak bangga bilo ada peminat hok baling mercun masa match. Tak tau la sampai bila benda ni akan terus berlaku dan berlaku. Semoga semua yang ditahan dan direman mendapat balasan yang setimpal. Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain dan kejadian yang sama tidak berulang lagi dan lagi dan lagi. Sampai bila weh? Apapun, semoga The Red Worriors terus mara ke depan dengan lebih kejayaan untuk musim terbaru 2011.

Maklumat lanjut, kunjungi blog rasmi The Red Worriors di sini : THE RED WORRIORS



BADMINTON : LEE CHONG WEI

Kemaraan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terhalang dek kerna kemenangan lebih berpihak kepada musuh tradisi iaitu jaguh dari China, Lin Dan dalam Kejohanan Terbuak Korea. Sehingga kini, Lin Dan terbukti lebih hebat dalam pertemuan dengan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei dengan kemenangan 15 kali berbanding Chong Wei yang hanya 7 kali dalam kesemua pertembungan di gelanggang antrabangsa.



::nota penulis::
xpe kalah pun, Chong Wei bagi tentangan hebat tadi. Mampu bangkit pada set ke 2 dengan kemenangan 21-14. Bagi saingan sengit, mengekori rapat mata demi mata sehingga mata ke-14. Kerana sedikit kesilapan dan kealpaan, Chong Wei ketinggalan di mata ke-16. Kemenangan berpihak kepada jaguh China, Lin Dan 21-16 dalam set penentuan. Apapun, bangga dan kagum dengan prestasi Chong Wei, setidak-tidaknya mampu membuat muka Lin Dan stress dan tertekan.


Sekian laporan daripada penaberkala untuk Visible Voice

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

"menang pakat sorak, kalah jangan kutuk"


p/s: gambar dirakam menggunakan Gigabyte device sewaktu menonton Buletin Utama menggunakan laptop peribadi