SEMINGGU BAGAIKAN SETAHUN

Kekok nak mulakan tarian di papan kekunci. Cari abjad pun sedikit berpinar-pinar. Sedar tak sedar, sudah setahun tak update blog. Last entri pada 24 Disember 2010 di sini : Jom balik kampong!, dan hari ni sudah pun 2 Januari 2011. Setahun berganjak, selamat tinggal 2010 dan selamat bertamu 2011. Biarlah apa yang telah berlalu di tahun 2010 dijadikan kenangan dalam lipatan sejarah, dan apa yang bakal kunjung tiba di tahun 2011 ini sebagai sesuatu yang baru dan bermakna, amin!


Walaupun lebih kurang 8 hari tidak dapat update blog, rasanya macam setahun. Pelbagai cerita, berita, kupasan, perkongsian dan coretan tertunda. Biasa la orang kampong, bila dapat balik kampung lupa sekejap pasal dunia teknologi yang luas tanpa sempadan. Apatah lagi dengan keadaan yang tidak mengizinkan bilaman berukband slow tahap cinpanzi mengalahkan siput sedut. Kalau nak online boleh, tapi mungkin kena berada di puncak pokok kelapa,haha. Apapun, cuti seminggu yang berakhir hari ini amat memuaskan dan menggembirakan.


PENGHARGAAN BUAT SEMUA

Terima kasih la kepada semua rakan-rakan blogger yang masih setia berkunjung ke sini walaupun tuan blog sedang enak dan berseronok cuti bersama keluarga terutama kepada hans, A.D.A.M., deCrewz, tirah, LiFe KaMi , Ummi Hanie, padin, Semarak Api, FarhanaDr, amirah, cik.shabah, dan Ain Zulaikha. Tidak lupa juga kepada semua kawan-kawan blogger yang lain dan follower-follower baru. Salam kenal diucapkan kepada semua!



TERPUTUS TALIAN


Terputus talian dengan hangpa semua, maka terputuslah informasi dan berita mutakhir daripada kalian. Sedar tak sedar, ternyata blog adalah medium alternatif yang cukup kuat pengaruhnya. Tak dapat update status facebook tak apa lagi, tapi tak dapat baca blog dan update blog, hermmm banyak ketinggalan maklumat dan informasi.


PERCUTIAN BERMAKNA

Rentitan percutian seminggu agak terbatas dek kerna hujan yang menimpa-nimpa bumi Cik Siti Wan Kembang. Tapi sempat gak bertandang ke Dungun dan Kerteh, Terengganu melawat anak buah. Selebihnya, makan tidur makan tidur memenuhi rutin harian. Biasalah, bila hujan melanda perut pun cepat lapar. Tambah-tambah ada budu,hahaha.


SYABAS DAN TAHNIAH

Moment paling best masa cuti bila tengok SIARAN LANGSUNG AKHIR BOLA SEPAK PIALA AFF SUZUKI antara INDONESIA menentang MALAYSIA. Lama dah tak tengok bola sepak ramai-ramai anak-beranak. Meriah la gak, sampai serak suara-suara. Apapun, TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada kesemua skuad HARIMAU MALAYA di atas kejayaan yang cukup membanggakan seluruh rakyat MALAYSIA. Famous terus pemain-pemain bola sepak ni sekarang. Bukan sekadar pemain-pemain, isteri, tunang dan teman wanita terus melonjak naik nama di dada-dada akhbar hari ni. Kat blog pun tak kurang hebatnya tempias mereka. Kagum! Tak percaya boleh la pi usha-usah baca. Itulah untungnya bila berjasa kepada negara.


SAMBUTAN TAHUN BARU 2011

Sambutan tahun baru tahun ni, 2011 hanya di depan kaca televisyen. KONSERT WALIBAND di STADIUM MUHAMMAD KE-IV, KOTA BHARU pun tak pergi sebab hujan dan malas. Sebut saja tahun baru, ramai yang pasang azam, misi dan visi seiring tahun baru yang kunjung tiba. Aku tak sempat lagi nak listdown azam tahun baru. Azam tahun lepas tak check lagi dah terlaksana ke belum. Biasala, menanam azam itu lebih mudah daripada menunaikannya. Sama juga dengan janji, menabur janji lebih mudah daripada melaksanakannya. Apapun, sama-sama berusaha untuk memenuhinya.


SELAMAT TAHUN BARU 2011

Masih belum terlambat rasanya untuk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua. Semoga tahun baru yang mendatang ini lebih baik daripada tahun sebelumnya, insyaAllah! Setahun kian barganjak bermakna setahun umur kita berkurang. Semakin tua, semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul. Semoga semuanya dapat diatasi dengan penuh ketabahan dan kesabaran.

_______________

Tu dia entri pertama untuk tahun 2011. Ni baru seminggu tak update, kalau sebulan? setahun? Rasanya tak cukup tanah nak karang, 7 hari 7 malam pun belum tentu habis.


Alhamdulillah, rezeki tahun baru, CERPEN garapan pertama nukilan PENABERKALA yang berjudul TAKDIR menang kategori CERPEN TERBAIK LELAKI. Rasanya, tahun 2010 cukup bermakna dalam dunia blogging. Apapun, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan cerpen TAKDIR. Nantikan penghargaan istemewa buat kalian.


Wajarkah cerpen TAKDIR disambung kesinambungannya untuk menyertai kontest Kisah Klasik Kita yang sedang berlangsung sehingga April 2011?


p/s: kepada follower baru yang sudi nak letak link kat blog ni, jangan segan silu kasik link kat sini. Terima kasih