VISIBLE VOICE  : TOP 10 2010 
O l e h : p e n a b e r k a l a


Kini 2010 telahpun melabuhkan tirai, tirai 2011 pulak yang terbuka. Jeng3. So, di sini sedikit-sebanyak tersenarai TOP 10 dari pelbagai aspek untuk blog VISIBLE VOICE sekadar kenang-kenangan. Semoga untuk tahun mendatang, 2012 dan seterusnya perbandingan dan perbezaan dapat dilihat dengan jelas dan nyata.



 KATEGORI 1 : 10 ENTRI TERBAIK
  1. CONTEST CERPEN SESEDAP RASA : cerpen garapan pertama yang membuahkan hasil
  2. KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH : kata-kata semangat/aspirasi/motivasi untuk semua
  3. PUISI CINTA : madah indah dari filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB)
  4. NGANGKUNG : KONSPIRASI TOPI KELEDAR : Ulasan filem paling mantap untuk tahun 2010 dan cadangan untuk pembeli topi kaledar seluruh dunia
  5. KISAHKU DAN ROOMATE : Peraduan mari mengarang oleh KM7 : sambung cerita
  6. UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) : Rindu-rinduan jadi kenang-kenangan, memori paling manis untuk diingati dan dikenang kembali
  7. EKSKLUSIF : KENAPA ARGENTINA KALAH KEPADA GERMAN? : Temuramah secara langsung dan liputan khas sempena Piala Dunia 2010
  8. PEPATAH MELAYU VS PAPE ENTAH MODEN : Senarai pepatah melayu yang telah di"modified"
  9. TUKANG MASAK : FROM ZERO TO HERO : Perang kuali biar sampai berapi. Memasak tugas siapa?
  10. POLIGAMI : Lawak jenaka berkaitan isu poligami. Poligami dan origami dua perkara yang berbeza!


 KATEGORI 2 : KEYWORDS 10 TERLARIS


PENTING : Budu pun ada?


KATEGORI 3 : TOP 10 REFERRER

  1. http://kalampatah.blogspot.com/ : Sepanjang masa sentiasa teratas
  2. http://ainzulaikhas.blogspot.com/p/pemenang-contest.html : Penangan menang cerpen sesedap rasa dari blogger terkenal 
  3. http://networkedblogs.com/6VH0N : Followers di facebook, terima kasih
  4. http://twitter.com/  : Followers di twitter, terima kasih
  5. http://nooneknowzz.blogspot.com/ : Rakan blogger yang peramah
  6. http://nashunter.blogspot.com/ : Rakan sekuliah, CJ7 famili
  7. http://networkedblogs.com/8VAVF : Tak sia-sia ada kau, 2 tangga TOP 10 terus sapu
  8. http://akumencaricinta.com/index/?p=449 : Penangan menang kontest puisi kantoi
  9. http://www1.shoutmix.com/?hanspunyablog : Kuasa sakti shoutmix blog hans, berbisa sungguh
  10. http://www.blogger.com/rearrange?blogID=782405015314687 : Diri sendiri no 10? Okla, kasi can kat orang lain
Sekalung penghargaan buat semua yang tersenarai dalam 10 teratas. Kepada pemilik blog berkenaan, jutaan terima kasih! Tanpa anda, siapalah saya.Ceewah, bajet artis. Tapi, seriously. Tanpa rakan-rakan logger, siapalah kita seorang blogger. Tanpa readers, siapalah seorang blogger. Paling penting, tanpa BLOG, tak adalah blogger,haha.


PENTING : Twitter, Networkblog dan shoutmix adalah nadi utama untuk traffic


 KATEGORI 4 : REFERING SITES 10 TERHANGAT

  1. hanspunyablog.blogspot.com
  2. ainzulaikhas.blogspot.com 
  3. kalampatah.blogspot.com
Memang tak dapat dinafikan kuasa GOOGLE dalam membantu pembaca menerjah ke blog ini. Agak mesra pengguna juga,haha. Apapun, kuasa facebook dan twitter tak dapat diabaikan. Lebih-lebih lagi 3 blogger terhebat yang tersenarai, pemilik blog terkemuka masa kini. Mai, ambik KOPIKO sebiji sorang.


 KATEGORI 5 : 10 NEGARA TERATAS



Walaupun kebanyakannya ditulis dalam bahasa Malaysia, bukan bermakna 100% pembaca adalah penduduk tetap warganegara Malaysia. Ada juga kawan-kawan yang menuntut di oversea sudi jenguk, singgah dan baca blog ni. Terharu dan bangga walaupun kadang-kadang mereka masuk tanpa sengaja,haha. Terima kasih!

Kadang-kadang terpikir gak, mereka dari mana? Siapakah mereka? Maka timbullah andaian syok sendiri dan spekulasi peribadi seperti berikut?
  1. Malaysia top? Sah-sah la, beribu-riban kot blogger kat Malaysia. Terima kasih! Lain kali datang lagi
  2. US? Adakah BUSH baca blog ni? OBAMA kot,kah3. Mungkin member-member yang belajar kat sana
  3. Indonesia? Nak kata Markus dan peminatnya cari pasal laser pun, ni analisis untuk tahun 2010. Mungkin blogger-blogger indonesia yang cari pepatah melayu dan kata-kata hikmah. Puisi cinta adalah entri paling digemari oleh pengunjung dari Indonesia
  4. South Korea? Anak-beranak mata sepet datang cari saudara kot. Setahu aku takde member kat Korea
  5. Singapore? Tak pelik, hari-hari masuk via google cari kata-kata hikmah. Serumpun katakan
  6. Jepun? Sah-sah Soba. Takpun Kameel Hijjaz,haha. Maaf atas tuduhan melulu
  7. Kanada? Tak kenal siapa-siapa. Tersesat kot
  8. UK? Mungkin kawan-kawan yang belajar seberang laut. Sampai gak mereka kat sini
  9. France? Tak tahu
  10. India? Shah Rukh Khan, Salman Khan, Aamir Khan, Kajol, Amitabh Batchan, Prety Zinta, Govinda, tak mungkin kot baca blog. Ni mungkin ada member-member yang klik dan baca. Namaste!


Selesai 5 kategori untuk setakat ini. TOP 10 PENGOMEN TEGAR tidak dapat nak buat analasis mengikut tahun sebabnya widget yang digunakan sentiasa berubah mengikut masa dan ketika. Apapun, terima kasih kepada semua pengomen tegar untuk blog  yang tidak seberapa ni. Boleh rujuk TOP 20 untuk 2010 di sidebar blog. Setiap komen anda amatlah bermakna. Kalau boleh, nak je kasik kacang sebijik sorang upah komen,haha. Apapun, sekali lagi terima kasih, terima kasih, terima kasih BLOGGER MALAYSIA! (sebut dengan nada pengulas sukan RTM)