BLOGGER : PENCARIAN WATAK DALAM CERPEN

Selamat berhujung minggu buat semua. Hujan-hujan ni, nak keluar jalan-jalan pun rasa malas. Tapi, awal-awal pagi lagi dah keluar ke Butterworth dan sempat singgah meronda di Rope Walk, Butterworth. Apa yang menarik? Aku jumpa satu tarikan baru untuk dijadikan hobi. Yeah, dah dapat hobi baru. Nak catit sikit kat sini, 11122010 = jumpa hobi baru!


Today is the kickstart day. I'll be more serious on that.


Petang ni hujan lagi, apa mau buat? Aku nak mengarang sikit la, nak tulis satu cerpen. Dalam cerpen tuh akan ada 4 watak utama dan beberapa watak pipih. Jadi, sekadar menghargai semua readers dan pengomen tegar blog ini, (pelawat baru pun boleh) aku mahu kasi peluang untuk kalian. Sesiapa saja yang rasa nak pegang salah satu watak dalam cerpen yang kini dalam proses mengarang, bolehlah mencuba nasib.Jalan cerita dan perwatakan dirahsiakan,haha

jangan nak mengelak, anda telah di"skodeng"


Syaratnya mudah saja, just buat 3 langkah yang diberi. Nyatakan pilihan dan pandangan anda di ruangan komen

1) Nyatakan watak yang dipilih : pilih satu watak yang anda inginkan

Watak utama
  • Ain Zulaikha (reserved)
  • Syafiq Danish
  • Danial
  • Nurin Qistina
Watak sampingan
  • Bool (kucing)
  • Pemandu teksi
  • Pengusaha Restoran Bintang Hatiku
  • Lain-lain watak yang akan terlibat

2) VISIBLE VOICE dan PENABERKALA dalam erti kata anda sendiri

3) TAKDIR adalah ............... (lengkapkan sesedap rasa megikut kreativiti masing-masing)

#No 1 wajib jawab. No 2 dan 3 adalah soalan tambahan,optional.Tak buat pun tak apa

Kalau blogger yang pertama kali masuk ke sini pun boleh cuba untuk kasik komen kat sini. Tapi jangan lupa tinggalkan link blog anda sekali. Terima kasih!


Habuan?
Bukan kereta Marcedes
Bukan juga kondominium mewah
Royalti apatah lagi
Cuma setiap watak yang akan anda pegang akan di'link"kan ke blog kalian.
Juga sedikit review di ruangan sebalik tabir
Itu saja yang termampu


"Simple yet meaningful"


Korang bukak blog ni 10 tahun akan datang pun akan ada lagi link kat sini,haha. Tu pun kalau blog ni tak tutup atau corrupt la. Sedikit review pasal pemegang watak akan diperkenalkan, sekadar sesi berkenalan dengan rakan-rakan blogger. Tapi, awal-awal nak cakap, takde hadiah ye. Nak join boleh, tak join pun tak rugi :)



notakaki : dah baca apa lagi, try la join. Nak gi sambung siapkan cerpen jap. Malam ni konfirm sibuk nak buat report

Siapakan anda?

SELAMAT MENCUBA
sokongan anda amat dihargai
cam rancangan PILIH KASIH la plok,haha



REMINDER
21hb Disember 2010
2nd Visit Industrial Training
Final Presentation
Things to do: LOGBOOK, DETAIL REPORT, SLIDE PRESENTATION
baru nak bergelumang dengan report dan logbook


Post a Comment

31 Comments

  1. Bool. Aku Bool. Aku bukan manusia. Aku hanya seekor kucing. Aku tak tau siapa tuan aku. Aku tak tau warna bulu aku. Aku tak tau sama ada aku manja atau tidak. Bukan kerana aku buta, atau aku kucing gila, tapi kerana penulis tak bagi tau lagi.

    CUT, CUT, CUT

    Hahaha.Nak jadi Bool boleh?

    Visible voice ni macam misteri je kan. Penaberkala? Entah. Tulisan mungkin? :)

    Takdir adalah sesuatu yang kadang2 kita pilih. Ya, jalan yg kita pilih menentukan takdir kita. =D

    ReplyDelete
  2. sebab aku suka makan dan makanan jadi aku nak watak pemegang restoran bintang hati ker apa tu?
    macam mana nak watak tu?
    kena buat entry ker?

    P/S : Jom Baca Episod Baru Siri Antara Dia, Kau Dan Aku

    ReplyDelete
  3. owh
    saya rasa saya layan mendapat watak sebagai pemilik restoran bintang hati kerana saya mampu menjadi seakan2 maria tunku sabri di dalam mempromosikan makanan2 di kedai saya
    hahahahah

    ReplyDelete
  4. tak berapa nak paham la pena,...cam mane nak join..

    ReplyDelete
  5. nak try la gak..
    nak watak nurin qistina... haha
    pastu visible voice atau penaberkala bermakna berkata-kata tanpa suara.. atau luahan hati si penulis..
    takdir adelah satu yang tak boleh diubah.. tuhan dah tentukan

    ReplyDelete
  6. A.D.A.M. :
    haha, nice one
    watak bool adalah sekor kucing,watak sampingan dlm cerpen yg sedang dikarang
    muncul di pertengahan babak

    tq for drop ur comment

    ReplyDelete
  7. hans:
    haha, siap bagi alasan tuh
    nice try bro
    ak igt ko nak mintak jadi watak utama td

    ReplyDelete
  8. Cik Su:
    thanks ciksu, igt betul2 tak faham instruction dh td,haha

    rumusan dari entri di atas:
    (1)Pilih satu watak yg anda inginkan (Danial/Danish/Nurin Qistina/Bool/Tauke restoran/pemandu teksi)
    (2)apa yg anda fikir tentang VISIBLE VOICE dan PENABERKALA
    (3) maksud TAKDIR bagi anda

    ReplyDelete
  9. ala..nak try gak..huhu nurin qistina dah ade org ambik, bool pon dah..syafiq n danial tu lelaki lorr..huhuhu

    nak try..penaberkala masukkanla kat mane2.. T_T

    ok.. penaberkala ..tulisan yang berkala..hehe yg ade ryhtm sendiri...visible voice pula adelah suara yang dapat dikesan/didengar/kelihatan oleh org ramai...

    Takdir adalah qadha' dan qadar serta ketentuan Tuhan...qadha' pula ada yang boleh diubah mengikut usaha manusia seperti kejayaan dan ada yang tidak boleh diubah dan memang sejak dr azali seperti itu... :)
    sekian....

    ReplyDelete
  10. pena, dapat pegang watak cermin pun boleh la, asalkan masuk dalam ini cerpen wakakakaa

    ReplyDelete
  11. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
    orite, terima kasih sebab join
    nnt taruk kat mana-mana pun tak kisah kan? haha
    wait for the cerpen

    ReplyDelete
  12. padin:
    orite bro, no problem
    satu watak utk otai kita,haha

    ReplyDelete
  13. wahhh bukn main lg pena :) hehe siap cari calon lagik... hihihi :) ada nme sy tu.. :)

    ReplyDelete
  14. okey pena..watak budak baik berehh..haha.. :P

    ReplyDelete
  15. anat nk jugak ada watak.. dpt watak kucin pun jd la.. heheehe. :)

    ReplyDelete
  16. 2) maksud pena berkala ialah pena yang digunakan sentiasa...hehehe....

    3) takdir ialah cara kita mencorak dan menentukan hala tuju hidup kita sama ada ke arah positif atau negatif

    P/S : Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 39

    ReplyDelete
  17. aku nak watak kecil2 jer...itu lagi best...hehehe

    ReplyDelete
  18. gue jadi pak guard pun dah ok..
    heheee

    ReplyDelete
  19. Hai!

    Macam menarik plak kan? Teringin jugak nak join. Bleh selitkan name saye kat mane2 bab tak? hihi :)

    Perspektif peribadi:

    Visible voice: kata2 yang mampu diluah secara realiti tetapi lebih selesa diterjemah di alam maya..

    PenaBerkala: mula2 mase bace nick ni dulu, asik bayangkan pen berwarna-wane (pena berkaler. tapi dah tersasar jauh nampaknye. hehe. 'penulisan yang mempunyai auranya tersendiri. ada pasang surutnya.' this sounds better, aite? :)

    Takdir: Setiap manusia mempunyai takdirnya sendiri. Walau bagaimanapun, Allah berfirman dalam Surah Ar-Ra'du, Ayat ke 13.

    'Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum jika bukan kaum itu sendiri yang merubahnya'

    Takdir, yang menguasainya Allah tetapi kita mampu memperbaikinya atas keredhaan Yang Maha Esa.

    Miss Dill ^^

    ReplyDelete
  20. watak apa yg xda org lagi ek...emm pemandu teksi kot.hehe.

    penaberkala-dari segi nama dah bole kaitkan dengan penulisan. dan orang tu mesti suka menulis. mcm tuan empunya blog, entry panjang dan ada bnda yg disampaikan dan yg pnting original beb.

    visible voice-emm...suara hati kecil yg wujud dek kerana ingin menyampaikan sesuatu.hehe

    cayalah mo wat cerpen, tabik sepering sama lu.oll da bezza

    ReplyDelete
  21. Ain Zulaikha:
    saje je suka-suka ain
    your name ofcoz la, syarat kot utk cerpen ni
    hope sempat publish by today or tomorrow to join your contest

    ReplyDelete
  22. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
    orite, nantikan watak feez dlm cerpen nnt
    watak yg ada sikit je, tp rmai plak yg mintak
    tgh pilih-pilih,hehe

    ReplyDelete
  23. ANATI SOKI:
    tq singgah sini Anat, salam kenal
    orite, satu watak utk Anat

    ReplyDelete
  24. hans:
    ok bro, thanks for your support
    nnt ak pilih la watak yang sesuai utk ko,haha
    watak utama pun ko tak kisah kan?

    ReplyDelete
  25. mie:
    watak pak guard xde la plak mie
    xpe2, nnt cuba kasik watak lain

    ReplyDelete
  26. dill:
    menarik komen dill
    thanks ye sudi join
    orite, nanti akan diselitkan kat mana-mana part yg sesuai

    ReplyDelete
  27. amirah:
    pemandu teksi pun dh ada org nak
    kena susun balik ni ikut kesesuaian
    apepun, tq cik mirah
    aish, ni first time kot nk buat cerpen
    tak tau la menjadi ke tak

    ReplyDelete
  28. Hazwan Arif:
    terbaik, last skali ada gak orang nkjadi hero
    tadi tergendala sebab tak cukup org,haha

    ReplyDelete
  29. A.D.A.M.:
    watak Bool untuk anda, haha

    ReplyDelete