WARKAH BERLAGU PILU

/
24 Comments
Tema : Hari Raya Aidiladha 2010
Latar masa : Malam Aidiladha
Latar tempat : 5-7-17 Mutiara Perdana, Bayan Baru, Pulau Pinang






click to create your own





|
\/

Assalamulaikum..

Ke hadapan bonda Sebariah semoga berada dalam keadaan sihat selalu. Anakanda di sini, Alhamdulillah sihat walafiat. Posmen sudah cuti, nak pos surat pun konfem lambat sampai. Sebab tuh anakanda tulis warkah berlagu pilu je. Cepat, mudah dan selamat. Bonda suka? Anakanda taip surat ni sebab nak tidur pun tak ngantuk lagi. Teringat kat bonda, kakanda, nenda, anak menakan dan saudara-mara.


Pagi tadi, anakanda rasa macam esok tak ada apa-apa je. Balik kerja tadi, anakanda tengok kereta kat parking di flat Mutiara Perdana pun dah mula berkurang. Herm...Apakah maksudnya bonda? Lepas tuh kan bonda, angin bertiup kencang. Hujan pun turun dengan lebatnya. Anakanda pun berkata dalam hati, taip kat facebook dan juga tweeter yang berbunyi : "langit seolah-olah mengerti". "Langit menangis nampak, tapi hati menangis siapa yang nampak." Anakanda buat cool je, malu lah nak nangis-nangis ni. Jatuh saham nanti.


Lepas tu kan bonda, anakanda terdengar takbir raya dari Surau al-Irfan. Huh, baru terasa esok raya rupanya. Teringat kat rumah tiba-tiba. Nasib baik, ramai kawan-kawan anakanda yang tak balik kampung masing-masing. Rasa ok sikit, rupanya masih ada yang senasib dengan anakanda.


Lepas solat malam tadi, anakanda keluar makan malam dengan kawan-kawan. Faiz, Faris, Muzakkir dan Hazwan ikut sekali. Bonda kenal demo ni? Dop kan? Nanti lepas raya esok anakanda hantar gambar beraya kami di sini. Bonda tunggu ye! Tadi kami pergi makan nasi beriani je kat KAPITAN berhampiran QUEENSBAY. Sedap jugak. Kenyang perut anakanda, alhamdulillah.


Sedang asyik anakanda melahap, tiba-tiba telefon berdering. Rupanya anak menakan yang call, Damia dan Salsha. Sempat jugak berceloteh dengan mereka sebelum sambung makan. Pesanan untuk mereka : Anak-anak menakan, tahun ni ayah su tak balik. Cuti sehari je pun. Lenguh badan nak naik dan turun bus, cuti pendek je. Tak de la orang nak snap gambar-gambar anak-anak menakan ye time raya kali ni? Tak apa, raya tahun ni suruh ayah nik pulak snap gambar.


Jap ye bonda. Boring taip surat tanpa hiburan. Nak pasang lagu jap. Lagu ni boleh bonda? Jom layan je lah ye.





Sedih kan lagu ni bonda? Tak apa bonda, anakanda pasrah. Anggap tahun ni sebagai kenangan baru dalam hidup anakanda. Kawan-kawan kat UTP sana lagi kesian bonda, dah la tak balik raya, musim exam plak tuh. Kesian kan?


Akhir kalam, anakanda ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada bonda. Salam Aidiladha buat semua adik-beradik anakanda : Abe Lan, Kak Long, Kak Na, Abe Din, Kak Lah, Abe Kerol, Abe Mie, Kak Ina, Kak Ya, Abe Adi, Abe Mat Bani, Kak Siti, Kak Nor,Abe Mat, Kak Mie, Abe Sie, Abe Ja dan bakal menjadi ahli baru keluarga kita Kak Sue. Tidak lupa kepada nenda, Zainab.


Anak-anak menakan yang sudah lebih sedozen, jangan nakal-nakal. Makan daging jangan banyak-banyak, nanti lekat kat celoh-celoh gigi. Salsha, Dhia, Along, Angah, Achik, Baby, Akish, Alya, Anis, Adam, Bella, Najwa, Ikin, Damia dan Danish ingatlah ayah su di sini.


Tak lupa juga kepada semua saudara-mara anakanda di kampung halaman. Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kapda semua, ibu/bapa saudara, sepupu-sepapat dan waris-waroh ambo.


Wassalam

Ikhlas dari;
Anakandamu di Pulau Mutiara



notakaki : Salam Aidiladha kepada semua readers, followers, bloggers, facebookers, twitters dan chuppers. Kepada sesiapa yang mengenal diri ini, salam perantau diucapkan. Tidak dilupakan kepada semua senior dan junior di UTP.Tidak ketinggalan kepada semua teman dan taulan dari kecik sampai besar : Tadika Seri Intan, SK Melor dan MRSM Jeli.

SALAM AIDILADHA


Entri berkaitan : Di sebalik Hari Raya Korban


You may also like

24 comments:

  1. kullu 3an wa enta bikhoir =)

    jgn sedih ha2. salam aidiladha.

    ReplyDelete
  2. Jgn sedih2.. nasib kita serupa.. Yang penting walau dimana jua kita berada jauh ke langit ketujuh namun mereka2 yg tersayang tak pernah jauh walau seinci dari hati kita. Igt tulus ikhlas lambang kasih syg yg tiada akhirnya. Salam aidiladha

    ReplyDelete
  3. hehe..beraya di perantauan ek..same la cik su pun

    ReplyDelete
  4. sedih woh entry ni. dugaan kita sbgai pelajar, sentiasa berkorban dan ni slh satu pengorbanan yg terpaksa ditempuhi. moga kita semua tabah di aidiladha :)

    p/s/:sempat g makan nasik kandaq na...hehe

    ReplyDelete
  5. Hahahhaaaa..apa yang kamu rasa itulah yang kakakmu ini rasa.maaalaah lebeih2 ler lagi..uwaaaa!!!

    ReplyDelete
  6. semoga bonda penaberkala membaca entry ini.. :)

    Selamat Hari Raya Aidil Adha buat penaberkala dan keluarga

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Aidiladha... ^^

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya aidiladha bro..
    semoga bahagia hendaknya..:)

    ReplyDelete
  9. nak mai kenai2 geng terjah gnesop ;).

    owh...ore klate skoloh di penang lah ni. siap member setadika pun ado dale wish list. ngeh3. ambo kelik klate esok. kelik pulai chondong.

    salam aidil adha to penaberkala.

    thanks to sop yg panjangkan ukhuwah ini.

    ReplyDelete
  10. memang sungguh pilu warkahnya. sampai tak berlagulah! takpe, berkorban ape saje T_T

    ReplyDelete
  11. Mata Hati:
    terima kasih
    salam aidiladha

    ReplyDelete
  12. farhanimradziah:
    ana bikhoir, alhamdulillah

    haha, tak sedih mana
    cuma sunyi jah sikit
    salam aidiladha

    ReplyDelete
  13. THE LEKAT LEKIT STORY:
    betul tuh, mereka sentiasa dekat di hati
    salam aidiladha

    ReplyDelete
  14. Cik Su:
    senasib la,haha
    first time kot beraya kat tempat orang

    ReplyDelete
  15. amirah:
    sedih? biasalah hidup kan, perlu hadapi segala kemungkinan
    betul tuh, semoga pengertian pengorbanan dapat diperhalusi dgn lebih mendalam

    best gak nasi beriani KAPITAN

    ReplyDelete
  16. S.U.F.E.E.N.A.N :
    haha, faham-faham
    ore duk kat real oversea mmg lagi lah perit kan
    lebih-lebih lg bila terdengar takbir raya berkumandang
    salam aidiladha utk akak sekeluarga di Norwich

    ReplyDelete
  17. gnesop.com:
    tp sayang, mak sy tak mahor sgt membaca sop
    apa lg nk baca blog,haha
    apepun,moga kakak2 yg baca tolong sampaikan :)

    slam aidiladha utk sop sekeluarga

    ReplyDelete
  18. Ibnu Jamaluddin:
    Salam Aidiladha
    good luck utk final exam!

    ReplyDelete
  19. LiFe KaMi:
    terima kasih
    selamat hari raya aidiladha gak utk kalian sekeluarga

    ReplyDelete
  20. ComeyBelako:
    buleh2, salam kenal
    tenkiu sudi singgah

    hoh, ore pulai chondong ko? tulong kirim salam ko ore kampong ambo jugak di Melor

    ReplyDelete
  21. norashikin rahmat:
    warkah dari hati, ngeh2
    yup, berkorban apa saja terutama utk keluarga tercinta

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...