Berhibur sambil berfikir!

Klik butang PLAY untuk putarkan lagu.Jom layan!




Walaupun lagu dikir ini adalah PESANAN MAK HALIM YAZID kepada HALIM YAZID, tapi ternyata ia juga valid untuk semua orang walaupun kita semua bukan anak kepada MAK HALIM YAZID.


PESAN MAK
Halim Yazid


ingat sokmo hak mok pese
nak nak kali ambo nak turun jale
jange lupoke Tuhe
kito ore isele tokleh tingga sembaye

ingat sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kampung lame
warih waroh di klate
tokleh sombong ngan ore

pese ibu bapok
ambo tak tlupo
pese ibu bapok
ingat pah bilo-bilo

pese turon pulok
goyak wi kt nok ambo
kito harto takdok
pesane jadi sako

ingat sokmo hak mok pese
kito susoh jange tumpe ore
tak soh pinje berute
kalo de banyok ute
kito payoh nok sene

hok mok pese hari-hari
pandai2 jaga diri sendiri
bala cekah jgn dicari
tempat susoh jgne di gi
ore kenat keno lari

maso kito kayo
rama lah saing sorbat
de takdok gapo sekaro
kucing pun tok dok dekat
mase sene lego
ramai lah kaum krabat
de takdok gapo sekaro
lalat pun tak sei hinggap

ingat lagi hak mok kato
hati2 dale wat kira caro
lidoh maruah kito
hati ore keno jago
tak baik mengupat mengata

hok mok pese hari2
kito keno kenal diri sendiri
mano asal kito mari
pah mano kito nak gi
baik2 jago diri

ingat sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kampung lame
warih waroh di klate
jange sombong ngan ore

pesene mok ambo
iklasnyo dari hati
pese ko anok dio
jak mulo sampa lo ni

pesane mok ambo
iklasnyo dari hati
pese ko anok dio
jak mulo sampa lo ni

ingat sokmo hak mok pese
nak nak kali ambo nak turun jale
jange lupo kan tuhe
kito ore isele
tokleh tingga sembaye

ingat sokmo hak mok pese
ingat sokmo hak mok duduk pese
ingat sokmo hak mok pese


Kepada yang kurang faham loghat Kelantan, sedikit-sebanyak pesanan/ intisari yang dapat dikutip dari lirik lagu dikir ini diringkaskan seperti berikut:
  1. Setiap kali nak pergi jalan-jalan, jangan lupa Tuhan dan jangan tinggal solat/sembahyang
  2. Walau berada jauh di perantauan, sanak-saudara di kampung jangan dilupakan dan jangan bersikap sombong
  3. Pesan ibu bapa tidak boleh dilupa, perlu diingat sampai bila-bila
  4. Pesanan yang ditermima perlu disampaikan pula kepada anak-anak. Selaku orang yang tidak berharta, maka nasihat/pesanan/didikan menjadi warisan/pusaka
  5. Kalau susah jangan suka menumpang kesenangan orang lain. Elakkan hidup daripada amalan berhutang kerana kelak hidup tidak akan senang
  6. Kena pandai jaga diri, elakkan sebarang pergaduhan. Jangan sesekali mendekati tempat yang akan menimbulkan masalah dan perlu lari dari orang-orang yang berniat/berbuat jahat
  7. Sewaktu kaya, ramai kawan dan sahabat. Sewaktu susah, kucing pun tak mahu dekat. Sewaktu bersenang-lenang, ramai kaum kerabat. Sewaktu tiada apa-apa, lalat pun tiada hinggap."TEMAN SEWAKTU SENANG SENANG DICARI, TEMAN SEWAKTU SUSAH SUKAR DIDAPATI"
  8. Berhati-hati dalam setiap tutur kata. Percakapan adalah maruah dan perlu jaga hati orang-orang di sekeliling kita. Umpat mengata perlu dielakkan/dijauhkan.
  9. Perlu kenal diri sendiri. Jangan lupa akan asal-usul dan kenalpasti ke mana halatuju/destinasi sendiri. Baik-baik jaga diri sendiri
  10. Pesanan ini adalah pesanan yang tulus ikhlas dari hati. Pesanan buat anak sejak dulu sehingga kini
  11. Pesanan perlu diingati sentiasa dan diingati sampai bila-bila

Menurut nasihat tidak semudah memberi dan mendengar nasihat

Mengikut pesanan tidak seringkas menghantar, mendengar dan menerima pesanan

Tiada apa yang mustahil untuk dituruti selagi ada kemahuan dan kehendak

Hidup perlu sentiasa berpesan-pesan dan saling menasihati

notakaki: Pesanan untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja. InsyaAllah, sama-sama perbaiki diri. Tiada sesiapa pun di atas dunia ini hidup sempurna. Apa yang boleh, kita perlu perbaiki diri. Kalau kita jahat, jangan fikir kita tidak boleh berubah menjadi baik. Sebaliknya, kalau kita baik sekalipun, tidak mustahil ada orang yang lebih baik dan mulia daripada kita. So, don't underestimate people and never down to earth over the limit!


Sejahat-jahat MEGAMIND pun boleh berubah menjadi semulia dan sebaik-baik METROMAN!
Filem MEGAMIND 3D terbaik. Banyak mesej dan jalan penceritaan yang menarik.
Berbaloi untuk ditonton sambil bergelak ketawa sedikit-sebanyak dapat mencerna minda dan pemikiran


Berhibur sambil berfikir!



Banyok lagi kawe keno buat ni, jauh lagi nok gi. Mogo-mogo dop la jatuh gedebok sini jah. Moga sokmo-sokmo dapat nasihat/pesanan dari ore-ore hok kawe saye ngan ore-ore hok kawe kenal. Kalau kawe saloh, tulong-tulong tegur deh blako. Klu kawe lalai pun, tulong bui pringatan.