Mai-mai, duk rapat-rapat. Jom layan cerita nih sambil kunyah-kunyah kacang butir
KISAHKU DAN ROOMATE
Oleh : Penaberkala

Sekembalinya aku dari dewan kuliah pada malam itu,aku dapati lampu bilik masih menyala.Hmmm belum tidur lagi rupanya teman sebilikku ini.Setelah meletakkan beg ke meja,aku menjeling ke arah katil teman sebilikku itu.eh...ke mana pula dia ni?tak ada pun di atas katil.Biasanya kalau dia keluar,mesti dipadamkan semua lampu bilik terlebih dahulu.Hmmm tak apalah,lupalah tu.Sedang aku bersiap-siap untuk mandi,tiba-tiba datang seorang kawan sekuliahku dengan terburu-buru. Tampaknya, dia seolah-olah dalam keadaan yang panik.

“Amir, kenapa dengan kau ni. Aku tengok kalut semacam je nih? Dari mana kau datang?” Sapa aku pantas untuk mendapatkan kesahihan.

Dalam keadaan yang termengah-mengah, Amir bersuara.
“Roomate kau! Roomate kau! ……” Tercungap-cungap Amir hendak menghabiskan ayat.

“Kenapa dengan roommate aku? Apa terjadi pada Muzek?” Pertanyaan aku keras memaksa Amir untuk menajwab kebuntuanku.

“Ada yang berlaku pada housemate kau. Baik kau siap cepat. Nanti aku bawa kau ke sana. Nanti aku ceritakan segalanya pada kau nanti sebaik saja kita sampai di sana” Jelas Amir dengan tergopoh-gapah.


Lantas, aku persiapkan diri.

Terpaksa pakai balik persalinan aku tadi. Herm, tak mandi la aku jawabnya. Tak apalah, kecemasan punya pasal. Mandi bila-bila masa pun boleh, tapi kawan aku? Aku kena bersiap dengan kadar yang segera.


Sepantas lipas kudung, aku menyarungkan seluar dan bajuku, lantas kami bergegas turun dari tingkat 3 Village V4B. Amir membawa aku menaiki keretanya ke satu destinasi yang tidak aku ketahui. Ke mana arah tujunya? Aku bingung memikirkannya.

“Weh mir, ko nak bawa aku ke mana ni? Muzek kat mana? Apa sebenrnya terjadi pada dia? Ko nih, buat aku cuak je. Kamon la weh. Bagitau la aku sepatah. Story la sikit. Jangan nak seksa jiwa raga aku macam ni” Berleter panjang aku kepadanya sementara kereta yang dipandu Amir semakin memecut laju.

Kereta diberhentikan di depan tasik kampus kami yang berdekatan dengan Masjid An-Nur. Kelihatan ramai kelibat member-member yang aku kenali di situ. Aku semakin bingung, apa yang sebenarnya terjadi. Mereka seolah-olah mengelilingi sesuatu membentuk bulatan. Tak syak lagi, mesti mereka sedang mengelilingi Muzek.

“Tuh, Muzek di sana. Pergilah tengok apa terjadi padanya.” Arah Amir kepada aku.
Dengan keadaan yang agak kusut, aku terus berkejaran ke tempat mereka. Ternyata Muzek sedang terbaring. Dalam hati aku syak Muzek dipukul.

Bila aku mendekati mereka, aku dikepung.
“Weh, apa nih?” gertak aku dengan cuak.

Pong –peng pong-peng bunyi telur pecah. Tepung dibaling ke arah aku tanpa belas kasihan. Baju aku yang hitam kini menjadi serba putih. Lekitan telur di badan sedikit merimaskan aku. Mereka bersorak dan berteriakan mengenakan aku.

“Happy birthday weh!”
Ucapan yang mereka ucapkan pada aku. Owh, terkesima dan terharu. Sedikit geram sebab ditepung tawar dan disaluti telur seolah-olah mahu menggoreng aku menajdi telur dadar,hak3. Tapi, aku masih tersenyum. Nyata, merekalah kawan yang menghargai aku, mengingati tarikh lahir aku.

Malam berakhir dengan makan-makan dan minum-minum sambil dihiburkan dengna nyanyian dan petikan gitar yang mengasyikkan. Oh, baru ku tahu, beginilah rupanya PRANK BIRTHDAY yang dihebah-hebahkan selama ini. Herm, nasib aku tahun ni sebab terkena kat aku sendiri. Apapun, ia satu memori yang amat menarik untuk dikenang kembali. Terima kasih kawan-kawan

p/s : sory, terpanjang sedikit. terleka bila mengarang,haha

:::::TAMAT:::::

TULISAN MERAH : kesalahan ejaan dan struktur ayat
Biasalah, kalau menaip cepat-cepat sambil terketar-ketar macam ni lah hasilnya sebab semalam hujan lebat!


Sekian ceritaku untuk semalam. Tapi jangan pulak salah faham, bukan BIRTHDAY aku pun semalam. Ini adalah cerita rekaan semata-mata. Mengetengahkan watak-watak utama, sahabat karibku iaitu Muzek dan Amir selaku watak utama untuk menghidupkan jalan cerita. Kampus dan kolej kediaman kami di Tronoh digunakan sebagai latar tempat. Latar masa telah ditetapkan oleh penganjur di permulaan cerita.


Penganjur? Ya, semalam ada contest mengarang, sambung cerita tugasnya. TULISAN BIRU : Pendahuluan yang diberikan untuk disambung. Lantas, kebetulan aku boring-boring, apa lagi. Join saja lah. Dia nak 3 cerita terbaik. Secara serius aku mengarang dan inilah hasilnya. Suspen dop? Sebab, cikgu Bahasa Melayu aku pesan dulu-dulu, kalau ada perkataan TIBA-TIBA, ceritanya kenalah biar suspen. Sebab tuh walaupun panjang, aku sanggup karang sebab nak dapatkan mood suspen itu timbul. Tapi tak tahulah berjaya atau tidak, kerana hanya pembaca yang boleh menilainya. Dan juri professional dan juri awam,hak3.




KRONOLOGI 

Ada seorang blogger, namanya KM7 : Kembara Minda 7 datang singgah ke chatbox dan meninggalkan jejak. Macam biasa, aku akan buat kunjungan balas untuk sesi mengecam blogwalker. Hasilnya, suspek berjaya ditangkap
Tuan blog KM7
Tertarik dengan entri pasal makanan di Malaysia, aku pun tinggalkan komen. Kebetulan time tuh aku lapar nak makan nasi lemak.


Macam biasa, lepas lawat, baca dan komen, aku akan "link"kan url blog ke dalam bloglist untuk semakan jangka panjang, mudah nak keep in track.

Header menarik dari blog KM7
Semalam, tiba-tiba aku mengintai kat bloglist untuk tengok apa-apa entri yang menarik untuk dibaca. Dan terpesona, tertarik untuk klik kat tajuk : TIBA-TIBA....(jom mengarang) dari blog KM7


Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar, aku pun join lah suka-suka. Lama dan rindu nak buat karangan Bahasa Melayu. Last time, paper Bahasa Melayu SPM 2006,hak3. Maka wujudlah cerita dongeng seperti di atas.


Perjalanan mengarang pasal cerita TIBA-TIBA tuh tidak berakhir di situ. KM7 nak pulak pilih 3 cerita yang menarik. Aku pun, tunggulah keputusannya yang katanya akan diumumkan pada pukul 530 petang pada 011110. Eh la, lawo la plok tarikh hari nih. Sesuai dah tuh untuk orang-orang yang nak kahwin. Hujan pun tak apa, redah je asal tarikh tu lawo,LOL


Tadi aku tengok ada plak entri pasal VOTING untuk 3 entri terbaik. Pergh, terharu tengok komen-komen. Ada gak orang sanggup baca cerita yang panjang berjela. Pastu undi plak tuh,hahaha. Terharu dan bersemangat membara untuk terus menulis.

Terima kasih buat voters yang sudi baca cerita dongeng yang panjang berjela dan undi. Salam kenal buat semua:
  1. Adee
  2. Tips petua kurus
  3. Kak Diana

Balik dari kerja pukul 600 petang tadi, aku try usha kat link di bloglist yang bertajuk Tiba-tiba........Inilah Pemenangnya..Tanpa was-was, dijamin halal aku pun klik dan terjah. Hasilnya, hermmmmm...

Kenangan seorang blogger PENABERKALA : 011110
Tahniah buat diri sendiri,hak3. Padahal 8 peserta je join. Walaupun kontest ini tiada hadiah, namun aku sanggup join sebab untuk bersuka-ria. Bila penulisan menjadi minat, apa jua yang menjengah di depan mata, sambar saja. Tak ada tapi-tapi dah. Asal hati happy, minat terlaksana dan paling penting kepuasan diri :)
Setinggi penghargaan  diucapkan buat KM7

Terima kasih kepada penganjur, KM7 kerana telah meletakkan link blog VISIBLE VOICE by PENABERKALA di bloglist beliau sebagai tanda penghargaan. Terima kasih dan salam kenal!

Kepada pemenang lain, tahniah diucapkan. Wa salute sama korang, buat cerita pendek tapi gempaq. Aish, aku kena masuk kelas pendekkan karangan gamaknya. FAIL!

Jom kenal-kenal dengan mereka:
Tempat ke-2 : Siti
Tempat ke-3 : Krole

Salam kenal buat semuanya. Majulah penulisan dalam arena blogging. Sambil menyelam minum air, sambil blogging dapatkan side income dari Nuffnang,hak3.





 PESANAN PENAJA
Kepada BLOGER-BLOGER sekalian, sesiapa yang sudi, silalah menjadi ahli GERILA PENULISAN KREATIF di FACEBOOK. Klik di link ini : GERILA PENULISAN KREATIF untuk menyertainya. Tak susah, tekan JOIN je, pastuh share la entri-entri korang untuk dibaca bersama. Semoga bermanfaat!
#penaberkala selaku admin jemputan. Terima kasih En Zulkifli Sa'don#


Selamat tinggal OKTOBER, Selamat datang NOVEMBER!