MESIN BASUH ataupun WASHING MACHINE

Kalau dulu, rumah yang ada MESIN BASUH/ WASHING MACHINE adalah orang yang berada, kaya-raya dan berpendapatan tinggi. Tapi hari ini, rata-rata kediaman di Malaysia khususnya, mempunyai sekurang-kurangnya 1 unit sebagai satu keperluan untuk menjalankan tugas seharian : mencuci/ membilas/ mengeringkan pakaian. Namun, memang tak boleh nak dinafikan masih ada golongan yang hidup susah, "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Jangan dilupa akan mereka, bukan sahaja mencuci pakaian masih menggunakan teknik tradisional (cuci guna berus/cuci di tepi sungai), malah makan dan minum pun masih tidak terjaga. Kalau ada rezeki lebih, "hulurkan tangan, ringankan beban" ye semua!


Berbalik kepada topik utama : MESIN BASUH atau WASHING MACHINE


Ini dia salah satu jenis model terkini yang berada di pasaran. Masukkan pakaian busuk, on paip air, on suis, tinggal je ia untuk beroperasi selama paling kurang 30minit. Ke mana jua nak pergi pun boleh, balik-balik semuanya sudah siap dibasuh, dibilas, bahkan dikeringkan sekali. Cuma kita hanya perlu ambil dan sidai saja di ampaian untuk pengeringan dari saki-baki kelembapan yang tinggal.


Ok tutup story pasal MESIN BASUH. Kita bukak topik baru : MESIN BASUH dan BAYI. Hah, yang ni sure menarik perhatian kalian. Tak sabar nak tau? Jom baca dengan kusyuk dan penuh penghayatan.


KES 1


Jangan biarkan anak-anak kecil, main sorok-sorok dalam MESIN BASUH. Silap haribulan, terbasuh sekali dengan pakaian kotor. Tapi tak logik kan?

KES 2

Jangan biarkan bayi kecil ditinggalkan dalam timbunan kain/pakaian. Terutama sekali pakaian yang kotor dalam besen/raga pakaian. Silap haribulan, terbawa masuh sekali dalam MESIN BASUH untuk operasi cuci-mencuci. Tapi tak logik kan?


KES 3


Periksa isi kandungan dalam MESIN BASUH dahulu sebelum memulakan operasi mencuci. Mana tahu takut-takut ada dompet/barang-barang dalam poket/buku 555/surat cinta/sebagainya. Cek juga takut-takut ada BAYI dalam timbunan pakaian tuh dan termasuk ke dalam mesin basuh. Tapi tak logik kan?
 

TUTUP KES

Tapi semua yang kita sangka tak logik, tak semestinya betul 100%. Kadang-kadang, dalam ketidaklogikan itu wujudnya kelogikan. Kadang-kadang, dalam apa yang kita fikirkan tidak logik akan wujudnya keberangkalian untuk berlaku. Jadi, perlu berhati-hati dan berwaspada selalu.



PENDAKWAAN KES

Bukti? Dalam apa yang difikirkan tidak logik menelusuri KES 1, KES 2 dan KES 3, hari ini semuanya telah dinafikan 100% dengan satu kejadian yang dilaporkan di akhbar. Apa yang difikirkan tidak logik, disangkal serta merta. Terkejut, terkesima dan tergamam membaca ayat-ayat yang dilampirkan dalam laporan yang disediakan. Biar betul? Memang betul. Tapi, nasib baik bukan di negara kita, Malaysia tercinta :)


BUKTI KES

BARTLESVILLE, (Oklahoma): Seorang bayi perempuan berusia 10 hari mati selepas dimasukkan dalam mesin basuh yang berputar.

Ibu bayi terbabit, Lyndsey Fiddler memasukkan bayinya bersama baju kotor ke dalam mesin basuh sebelum memulakan operasi membasuh. Bayi itu berada di dalam mesin basuh yang dipenuhi baju kotor selama 40 minit sebelum ditemui. Seorang anggota keluarga yang datang mengunjungi Lyndsey menemui wanita itu tidak sedarkan diri dan bayinya pula, Maggie May hilang.

Dia mendengar bunyi aneh daripada mesin basuh itu dan apabila membukanya, dia menemui tubuh Maggie yang sudah penyek bercampur dengan baju yang dibasuh. Kematian mengerikan di Bartlesville, Oklahoma itu menyebabkan petugas kecemasan dan anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian menangis. - Agensi




PENANGGUHAN KES
Dengan bukti-bukti dan hujah-hujah yang dilontarkan, diharap semua pihak mengambil serius akan hal ini. MESIN BASUH bukan sekadar MESIN BASUH pada hari ini, tapi boleh bertindak sebagai agen PEMBUNUH, ish3. Kesian bayi yang berusia 10 hari dan terpenyek di dalam mesin basuh selama 40 minit. Gayanya macam karot masuk blender la kot. Nauzubillah


KONKLUSI


Mana mungkin seorang ibu yang baru melahirkan anak baru berusia 10 hari lupa akan di mana letaknya bayi beliau? Sedangkan nenek yang lanjut usia pun masih mampu menjaga sehingga 3 cucunya.


Preventive better than cure. Untuk mengelakkan kes-kes begini berlaku lagi di mana jua, maka dinasihatkan LABEL seperti ini diletakkan BESAR-BESAR di setiap unit MESIN BASUH yang dijual di dunia ini.

DRYING BABY? YES 
but 
NOT in WASHING MACHINE!


Sekian, melaporkan untuk pengetahuan sejagat!


footnote : Apa pandangan korang pasal kes ini? Ada logika ataupun tiada logika?