KENAPA BLOGGERS SUKA NUFFNANG? KENAPA BLOGGERS NAK SANGAT BUFFERED EARNING?

NUFFNANGER

Tu dia, pertama kali tajuk entri panjangnya lebih kurang 4 hektar,haha. Dah lama tak update pasal NUFFNANG dan BUFFERED EARNING. Dulu tak join NUFFNANG sebab tak tau nak join macam mana. Paling bermasalah, tak tahu macam mana nak letakkan ruangan Ads/Iklan untuk NUFFNANG punya corner. Akhirnya, dengan bantuan housemate, Faris dapatlah jugak aku sediakan tapak untuk pengiklanan pada bulan Ogos 2010 walaupun sudah ada akaun NUFFNANG seawal October 2009 lagi. Memang NOOB,hak3!


DATE OF CREATED : 8 OCTOBER 2009

Mulai saat tu, aku cuba kaji dua persoalan yang menerjah ke benak fikiran pada waktu itu iaitu pasal: KENAPA BLOGGERS SUKA NUFFNANG? dan KENAPA BLOGGERS NAK SANGAT BUFFERED EARNING? Rasanya setelah hampir 4 bulan pasang iklan di blog, barulah sedikit-sebanyak dapat faham dan menjawab persoalan tersebut. Rupanya persoalan itu tepat disasarkan kepada diri aku sendiri.


Lahirnya entri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk berkongsi sedikit kegembiraan dan menyatakan pandangan peribadi tentang persoalan tersebut. Sekaligus ingin menyatakan bahawasanya melibatkan diri dalam komuniti NUFFNANG bukanlah sia-sia terutama untuk BLOGGERS PICISAN yang hanya menggunakan platform free untuk beraksi seperti BLOGSPOT ataupun WORDSPRESS. Sambil menyelam minum air, sambil berhibur menulis untuk tatapan dan bacaan umum, tidak salah rasanya kita mencari alternatif untuk mendapatkan sedikit income walaupun beberapa sen.


Sekadar pandangan peribadi dan refleksi kepada diri sendiri setelah hampir 4 bulan melibatkan diri dalam dunia pengiklanan melalui NUFFNANG. Mungkin pandangan kita berbeza, tetapi hakikatnya ini yang aku rasa.

KENAPA BLOGGERS SUKA NUFFNANG?

1) Menjana income sampingan
  • Campaign - Dalam setiap minggu, kalau dikira dan dihitung puratanya. ada la dalam RM0.50 - RM1. Tapi, nasib terlebih baik semasa second week lepas letak iklan, income mencecah RM5++ dengan campaign biasa.
  • Buffered earning - Iklan yang dipaparkan untuk tempoh yang lebih lama pada sesuatu masa. Income bukan berdasarkan klik sahaja, tetapi lebih tertumpu kepada jumlah visitors/ UV. Alhamdulillah, walaupun, UV tidak mencecah 100 pun sehari, masih lagi dapat merasa income yang memuaskan walaupun sedikit.
  • Metered earning - Setelah tamat kempen Buffered Earning, iklan akan dikategorikan sebagai Metered earning. Tak tau lah macam mana, sebab minggu ni baru ada satu iklan dari BE yang sudah bertukar menjadi ME iaitu CITIBANK. Tengah observe apa yang dimaksudkan dengan ME, sesiapa yang tahu bolehlah berkongsi maklumat di sini.

2) Menyertai contest
Paling menarik, pelbagai contest dianjurkan untuk ahli komuniti dan menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Setakat ni, baru satu contest yang disertai iaitu I-PHONE 4 tajaan DiGi. Walaupun kemenangan itu sangatlah tipis, tetapi sekurang-kurangnya dapat mencari pengalaman dan meningkatkan daya kreativiti dalam menulis. Inilah hasil yang tidak seberapa yang berjaya disimpan dalam khazanah untuk blog ni:

3) Menyertai gathering/party/seminar
Part ni nampak memang happening. Tapi tidak pernah berpeluang plak untuk menghadirkan diri ke mana-mana pary/gathering atau seminar. Kalau diberi kesempatan, rasanya mau la jugak join. Boleh lebarkan sedikit networking dan tambah kawan. Pernah sekali mendapat jemputan ke program DiGi Green. Tapi tak berkesempatan kerana clash dengan program MUDBALL MAKING.

4) Dapatkan tiket wayang dengan percuma
Inilah salah satu rutin yang sentiasa ditawarkan hampir setiap minggu kepada semua ahli NUFFNANG. Nak tengok wayang free mudah je, just drop komen untuk selesaikan slogan/ sambung cerita dan sekaligus berpeluang untuk memenangi sepasang tiket free. Pernah gak try sekali dulu, dapatlah sepasang tiket untuk filem TAKERS. Malangnya, jauh plak nk pi KL dan kebetulan jatuh pada hari kerja, iaitu Rabu malam Khamis. Melepas....

5) Statistik pelawat, referrer dan keyword
Tumpuan utama aku adalah kat sini untuk melihat prestasi semasa.
  • Unique visitor - boleh tengok prestasi dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Graph tak berapa cantik pun ok lah, at least ada nombor tetap. Purata harian blog ni amatlah mendukacitakan. UV dalam sehari hanyalah 50-60 sahaja. Sesiapa yang ada tips untuk tingkatkan UV boleh la share nanti.
  • Referrer -Dari mana datangnya pelawat ke blog ini? Paling banyak setakat ini adalah dari NETWORKBLOG di facebook. Kemudian dari search engine GOOGLE dan TWITTER. Top referrer setakat ni adalah member blogger yang paling setia iaitu kalampatah dan nooneknowzz
  • Keyword - Apa yang mereka cari setakat ini untuk masuk melalui search engine tidak kira melalui YAHOO ataupun GOOGLE. Macam-macam ada, next time boleh la nak bercerita pasal ni. Ada yang boleh membuat anda batuk terbahak-bahak dan senyum lebar.


KENAPA BLOGGERS NAK SANGAT BUFFERED EARNING?

1) Iklan yang kekal lama
Bukak blog je, mesti ada iklan. Menarik la sikit ada yang bergerak-gerak. Sesiapa yang interested bolehlah klik, sebab bukan sekadar iklan biasa. Tetapi lebih kepada promosi hebat dan tawaran istimewa. Contohnya contact lens percuma!

2) Kutipan income bukan bergantung kepada nilai klik
Purata kutipan amatlah tinggi jika nak dibandingkan dengan CAMPAIGN biasa. Baru kusedar, kenapa ramai yang nak dapatkan BE. Inilah punca utamanya.Kalau CAMPAIGN biasa, nak dapatkan RM1dalam 1 minggu amatlah susah. Tapi dengan BE, dalam 2,3 hari kita mampu dapatkannya. Itulah kelebihan BE.

3) Income NUFFNANG mendadak naik dengan cepat
Income akan mencanak naik dengan cepat dan pantas. Tabung NUFFNANG akan penuh dalam masa yang singkat sekaligus percepatkan masa untuk tebus CEK. Setakat ni, purata untuk setiap BE yang aku dapat RM2. Paling tinggi sekarang NESTLE, sudah menjangkaui RM6++. Walaupun sedikit jika nak dibandingkan dengan orang lama, tapi hati tetap suka dan berbunga-bunga. Duit free siapa yang tak mau kan? Sikit banyak itu lain kira, yang penting dapat.

4) Dorongan daripada bloggers lain kepada bloggers lain
Dulu, aku intai-intai je baca entri kawan-kawan yang berceloteh pasal BE. Kat situlah ada sedikit pengharapan untuk dapatkan jugak BE. Tapi kali ini aku plak nak balas dendam, nak cerita sedikit sebanyak,hahaha. Kenapa? Sebab aku yakin bukan semua blogger dapat BE. Walaupun dah lama daftar NUFFNANG, tak semua yang akan dapat. Lagi satu, masih ramai blogger yang tak percaya dengan kebolehan NUFFNANG. Macam aku dulu, klau aku tau macam ni incomenya, dari awal aku tempek iklan. For sure dah dapat tebus cek. Itu semua tak penting, yang penting keberanian untuk mencuba itu perlu ada. Hidup berani untuk gagal. Kita tidak rugi satu sen pun kalau tak dapat income sebab tiada yuran pendaftaran, tetapi kita rugi kalau tidak cuba untuk sertainya bila peluang sudah ada di depan mata. Better late than never!

5) Pencapaian diri bersama NUFFNANG
Dengar kata, ramai otai-otai dah dapat capai ribu-ribu dan ada yang sudah capai RM5000 dengan NUFFNANG? Pada mulanya aku pun tak percaya, tapi bila ada yang bercerita dan berceloteh dengan bukti yang sahih, aku percaya. Rupanya tiada benda yang mustahil. Mungkin inilah platform untuk blogger mengenalpasti potensi blog mereka dan pencapaian semasa. Tapi, kalau blogger picisan macam aku ni, langsung tak harap nak dapat ribu-riban. Dah dapat puluh-puluh ringgit skang pun dah mampu buat aku tersenyum dan gumbira. Ada rezeki, ada la tuh. Tak ada rezeki, nak buat macam mana. Bukan kita berusaha dengan tulang 4 kerat pun, cuma dengan jari-jemari di papan kekunci. Kalau dapat, itu satu bonus. Yang penting minat blogging itu mesti lebih diutamakan!



PENCAPAIAN VISIBLE VOICE : BUFFERED EARNING

FASA 1
3 pengiklan pertama yang sudi tampil menghulurkan bantuan untuk menjana pendapatan sampingan di blog adalah seperti yang tertera di bawah. Pengalaman pertama mendapat BUFFERED EARNING di arena NUFFNANG amatlah mengujakan. Semua kegembiraan di saat itu telah ditempiaskan di dalam entri lepas : TERIMA KASIH || THANK YOU sebagai tanda kenang-kenangan.

Nestle NHW How Am I SS
Citibank Ready Credit SS
DiGi Broadband Discovery Day LB


FASA 2
Selang seminggu kemudian, 2 lagi pihak pengiklanan yang sudi tampil menambahkan dana untuk mengisi kekosongan tabung NUFFNANG. Perasaan excited tetap ada, tapi kurang jika nak dibandingkan dengan pengalaman pertama. Alhamdulillah, rezeki untuk waktu ini. Walaupun kutipan tidak seberapa, namun hadirnya mengubah suasana.

1 Day Acuvue Moist SS
MTVMUSIC.my LB

FASA 3
Alhamdulillah, masih lagi diberi kepercayaan seterusnya bila mana dalam minggu lepas, lagi 3 agen pengiklanan sudi tampilkan diri. Ketiga-tiga iklan ini masih baru, dan kerap keluar ditayangkan di 2 sudut yang telah disediakan. Kutipan tidak seberapa, masih lagi di peringkat permulaan.

Taylors University Launch LB
Mitsubishi ASX SS
Nokia C3 2 SS

Entri ini sekadar perkongsian pengalaman dan luahkan kegembiraan di hujung minggu. Maaf, tiada tips yang mampu untuk diberi. Kawe pun tak tau TIPS yang sebetulnya macam mana. Kawe pun duk tunggu TIPS dari otai-otai sekalian untuk berkongsi ilmu mereka. Sesiapa yang berpengalaman, boleh la share kat sini, komen anda amatlah dihargai. Terima kasih!


"BETTER LATE THAN NEVER"

Post a Comment

57 Comments

  1. Wahh.. Tengah banyak idea ke? entri panjang berjela.. =)

    ReplyDelete
  2. biasa laa org terer sastera walopun blaj dlm bidang engineering,penaberkala orgnye....entri jarang2 yg ringkas,ayat yg dikarang agak sempurna kiranya ;) . hehehe kmbg plak idung nye nntii...

    betul la tuu research penaberkala tntg Nuff ni.ME tu betullah,BE yg dah diberhentikan ...

    soal nk bagi tips nuff ni,sis tak pakar sgt,just let it be je...dan bw adalah salah satu ubat mujarab dapatkn ramai visitors..tu je..satu lagi main dgn keyword/SEO .

    same ye jenis2 iklan BE kite.yg paling masyuk utk sis sejak bbrp bulan tak berenti2 lg ialah citibank.dah cecah puluhan gak la,alhmdllh..:)

    ReplyDelete
  3. fuhhh panjanggggg entry ni...

    good sharing :D
    tahniah sbb dapat BE berderet

    ReplyDelete
  4. RAWSHADE:
    bila jari asyik di keyboard, ni la jadinya,haha
    lepas geram semalam tak sempat nk update

    ReplyDelete
  5. Ummi Hanie:
    haha, kembang kempis hidung baca komen kak hanie
    mana ada, penulisan biasa-biasa je
    cuma berjela tak reti nk stop :)

    owh, mcm tu rupanya ME..tq for the info

    puluhan ringgit? mantap la sifu..tahniah!

    ReplyDelete
  6. hans:
    ceritera 4 bulan bersama nuffnang
    mestilah kena detail,haha

    ReplyDelete
  7. DaHLia:
    dah jadi tabiat taip panjang-panjang,haha

    thanks singgah

    ReplyDelete
  8. tu dia..
    lengkap segala huraian nya..
    hehehe

    ReplyDelete
  9. mie:
    sekadar berkongsi cerita
    xde modal lain nk karang,haha

    ReplyDelete
  10. ken:
    as a driven force can la
    but as then main focus cannot maaa
    side income tu blh la sikit2

    ReplyDelete
  11. entry macam ni la yang kta cari.. banyak informasi.. tahniah... tahniah jugak dapat BE... aku pun sejak due menjak ni.. bila buka blog je, ade je iklan.. aku refresh banyak kali pun ade jgak iklan... Tu harapan nak bE la tu.. tak sabar rasanya..

    ReplyDelete
  12. hehe pena, tahniah la
    tu la kan, kalau tak mencuba tak tahu kan hee..

    umm nak raih trafik? byk je org dah tulis pasal ni, cari la yang sesuai

    aku pon lebih kurang pena je, 60 uv sehari tp dah puas ati hee

    ReplyDelete
  13. detail gile bro.. tahniah.. aie dh lame x dpt be.. nk tye, update survey 2 bro wt kategori ape? sbbnya aie xpenah dpt yg nokia n acuvue.. mcm best

    ReplyDelete
  14. tq 4 ur info + pandangan!!
    mmg suke BE, bkn sng nk dpt..
    heheheh, hrp dpt lg la.. amin!!!
    *wink wink**

    ReplyDelete
  15. stuju! BE mmg idaman orng rmai.. tp nuffnang itu kedekut

    ReplyDelete
  16. first time jumpa entry yg panjang ya amt mcm nih...tp walaupun panjang info yg d beri sgt la detail dan brguna...

    apa2 tahniah bro dgn BE yang berderet tue

    ReplyDelete
  17. bukan 5000 lebih je pena..ade yang dapat 7 ke 8 ribu sebulan..huhu..memang banyak gila kan.
    anyway entry yang sangat padat dengan informasi
    kalau ade newbie yang tak tau leh rujuk sini..confirm paham
    cik su gerenti lah

    ReplyDelete
  18. Salam tuan tanah... ME tu pe? Sy baru lg dalam dunia blog/nuffnang. Dlam akaun ada tertera ME.. Ape tujuannya tu?

    ReplyDelete
  19. hohoh.rmai blogger duk nyebut psl BE. bc entry nih bru sy phm sket2 kot ape itu BE. camno die dtg..budak bru blajar nih.hehe.tenkiu for the sharing :)

    ReplyDelete
  20. SM Banjamin:
    trima kasih zul
    sekadar kongsi pengalaman dan sedikit info apa yg tahu je
    semoga bermanfaat terutama kepada new blogger

    yeah, smoga penantian akan berakhir

    ReplyDelete
  21. padin:
    betul tu, belum cuba belum tau
    dah cuba skang baru tahu

    tu la, kena byk lgvtau cara nk dpt UV tinggi
    tp 60 pun dh rasa cukup kot setakat ni

    ReplyDelete
  22. darkbatman:
    detail sbb nk kongsi dgn member-member yg baru nk faham pasal nuffnang

    xpe la bro dah otai..dh byk income dpt, nnt blh la share ilmu kat sini

    pasal ketogri tu, buat personal and travel..

    ReplyDelete
  23. Wan Gerrard:
    banyak yg best, tp kita plak yg tak sempat nak join kan,haha

    ReplyDelete
  24. ♥Leily|Ummi Alya Husna♥:
    welcome..tq singgah sini
    mmg best esp bilapertama kali dapat
    amin, smoga dpt lg BE

    ReplyDelete
  25. SyerAgh:
    BE mmg yg smua duk nantikan
    dulu pun pikir nuff gak kedekut
    tapi jgn salah faham, iklan bukan nuffnang yg tentukan 100% tetapi pihak pengiklanan itu sendiri

    ReplyDelete
  26. hans:
    4 bulan baru boleh merasa bro..nasib badan..okla, at least rasa berbaloi join nuffnang

    ReplyDelete
  27. amirah:
    tu dia, top referrer kita dh datang
    daya magnet macam mana tuh? rasanya blog kamu lg bermagnet kot

    ReplyDelete
  28. Belalang Hijau:
    tq! ada jugak org yg sudi baca
    sharing is caring right,hehe

    alhamdulillah, murah rezeki skang
    sikit masa lg entah ada atau takde pun tak tau

    ReplyDelete
  29. Cik Su:
    tu la pasal, rezeki org lain-lain kan
    tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yg tau
    siapa sangka dgn blogging je mereka dpt ribu-riban
    tp kita yg baru ni, dpt sikit ok la

    kalau berguna, share-share la..

    ReplyDelete
  30. DeCrewz:
    w'salam
    ME tu macam BE yang dah tamat tempoh kot
    saya pun tak sure pasal ME sbb baru ada satu skang
    mungkin kadar kenaikan income slower than BE kot, tak pasti
    kena try godek-godek kat google

    ReplyDelete
  31. Semarak Api:
    tu pasal..org duk cakap pasal BE
    rasa nak kongsi gak pasal BE nih,hehe

    BE ni dapat bila ada pihak pengiklan yg sudi nak letak iklan mereka for certain period of time. maybe randomly choosed kot memandangkan blogger/nuffnanger terlalu ramai
    apepun, begantung kepada nasib dan rezeki

    ReplyDelete
  32. hans:
    tu pasal, thanks for that
    ko kiralah brapa bulan lepas tu ak baru pasang iklan
    masa tu bulan Disember 2009 sewaktu kontest di blog sis hanie
    bulan 8 2010 baru tergerak hati nk letak

    ReplyDelete
  33. Cemburunya.. dok New Castle?
    bagilah tiket tu kat kite:)
    [Tahniah atas penerangan anda. Mesti selaau score PENULISAN ni]

    ReplyDelete
  34. bgs la bro .. aku ne wpun dh tau sal nuffnang tp xde la sedetail cam bro..hehe..

    ReplyDelete
  35. fifiey takde pun nuffang sbb fifiey takmo letak:D

    ReplyDelete
  36. fuhh panjang bebenau entri ni.harap dapat beribu riban dengan nuffnang =)

    ReplyDelete
  37. hans:
    lama tuh sbb busy dgn benda lain
    lebih2 lg kurang arif bab-bab IT ni
    memang NOOB KAW-KAW punye

    ReplyDelete
  38. blog-tips-kurus:
    yup, asal kota bharu
    haha, nk bagi camne sbb awal2 dh tolak invitation

    tenkiu sudi baca
    penulisan boleh la sikit-sikit, tp tak reti nk ringkaskan ayat, tu jadi berjela

    ReplyDelete
  39. darkbatman:
    byk lg yg tak tau ni bro
    kena rujuk kat blog abang darkbatman lagi la nampaknya,haha

    ReplyDelete
  40. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    owh, tak letak ke? tak perasan plak sebab duk asyik baca cerpen2 menarik kat sana
    takpe,asal ada loyal readers

    ReplyDelete
  41. cik EPAL:
    klu dgn buat entri panjang dapat beribu-riban, ramai la buat cam ni cik epal,hehe
    rasanya lambat lg nk jadi mcm cik epal yg sudah dapat ribu-riban
    tunggu 10 taun pun blom tentu den akan dpt

    ReplyDelete
  42. ♥-- emieysandra --♥ :
    not for pro sis, for beginner like me :)

    ReplyDelete
  43. salam penaberkala, saya follow awak...

    ReplyDelete
  44. nuffnang memang best..pas update survey aritu, terus dapat nokia...hik3...

    "blog saya di dunia realiti""

    ReplyDelete
  45. sz | m.s.s:
    wsalam kak
    tenkiu follow, salam perkenalan

    ReplyDelete
  46. hans:
    tak pe noob, asal adsa usaha utk belajar kan
    pasal CHURP-CHURP pun tgh duk belajar skang
    macam best gak ni

    ReplyDelete
  47. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
    haha, sama la..lepas update survey dan buat entri yg ni, semalam dapat lagi 1 BE, yg ke-9. Kali ni dari DG

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete