BACALAH SEBELUM ANDA TERKENTUT

Kentut?
Siapa yang tak pernah dengar kentut?
Sila angguk
Mintak orang sebelah tolong bagi satu kentut, macam tu lah bunyi nya
Siapa yang tak pernah hidu kentut?
Sila angkat ketiak?
Cuba hidu bau ketiak macam mana, tapi kentut teruk lagi la baunya


Kalau buka topik pasal kentut, macam-macam cerita lah ada. Tak kira jantina, tua, muda, miskin mahupun kaya, sudah pasti akan berkentut setiap hari. Bila dah semua orang berkentut, orang yang tak pernah berkentut tuh sudah pasti adalah tidak normal. Ada ke? Tak ada kot. Tapi bila dah ada yang kentut, macam-macam ragam pula yang ada. Ada yang berkentut, ada yang terkentut dan ada yang "terberkentut". Cam mana tuh? 2 in 1 la kot. Mungkin nak kentut malu, then terkentut tiba-tiba. Kang dah malu. Pengkentut bebas pun ada di mana-mana. Kadang-kadang, boleh membuat kita hilai dan tawa. Pengubat stress mungkin! Kalau nak story pasal kentut, boleh je nak karang sampai pagi esok. Nak cakap banyak tak banyak pengalaman pasal kentut dan karenah birokrasi orang-orang sekeliling,haha.


Tapi, tak nak lari topik kita bincang pasal TEKNOLOGI KENTUT. Pernah dengar teknologi kentut? Aku pun tak pernah, baru je tahu beberapa minggu yang lepas melalui video di facebook. Jom layan video-video ini.


KATEGORI 1 : GREEN TECHNOLOGY



The Animals Save The Planet
How about us?

Hah, dah tengok? Hebat juga kuasa kentut ni. Kalau la manusia kentut macam ni, memang tak jem la jalan kat Bayan Lepas ni nak gi tempat kerja. Jalan di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar pun konpem tak sesak. Mungkin boleh lah FUTURE ENGINEER study details sikit pasal kentut ni. Mungkin boleh jadi RENEWABLE ENERGY, tak payah susah-susah pakai petro yang semakin hari semakin meningkat harganya. Save energy, save environment. Save environment tak mungkin kot, sebab pencemaran bau akan berleluasa,haha.


KATEGORI 2 : SOUND TECHNOLOGY



Roberts Toot-Tone

Ini dia, teknologi kentut terkini. Agak-agak ada ke kat pasaran Malaysia? Kalau ada, boleh la pakat serbu di pasaraya-pasaraya berdekatan. GIANT ke, TESCO ke, JUSCO ke, MYDIN ke. Takpun, kat PASAR MALAM atau PASAR BORONG. Tu pun kalau ada lah. Kalau tak ada, cuba cari kat FARMASI atau PUSAT KESIHATAN, kot-kot lah ada.

Kalau ada jumpa jangan lupa roger sini, nak tolong hebahkan. Bukan apa, takut ringtone asyik berbunyi je dalam LECTURE HALL, OFFICE mahupun dalam MASJID. Kalau dah semua pakat nak beli ni, susah la nak cam yang mana bunyi handfon yang mana bunyi kentut. Nasib baik kentut ada bau, at least boleh la cam sikit-sikit walaupun bunyi sudah ditipu.

Mungkin FUTURE ENGINEER boleh lah start fikir untuk improve TEKNOLOGI KENTUT ni lagi. Sekarang, pencemaran bunyi sudah dapat diatasi. Dari bunyi kentut yang MONOTONE sudah bertukar menjadi POLYTONE dan POLYPHONIC. Mungkin boleh la plak cuba selesaikan masalah bau ye. Cadangan? Aku cadang kita buat teknologi spray, kentut keluar wangian berperisa, OREN ke, VANILLA ke, CHOCOLATE ke. Agak-agak boleh tak?


CHEMICAL ENGINEER, TAKE NOTE PLEASE WHAT I WROTE DOWN!
Aplikasi combustion, reaction engineering, separation process, heat transfer, thermodynamics, statistics, transport phenomena, health safety and environment, process safety and loss prevention, dan ilmu lain-lain yang berkaitan boleh la guna kalau berkaitan.


AWAS : Entri rekaan semata-mata. Jangan ambil serius! Jangan tergelak sampai terkentut.

BANTERAS KENTUT, SAYANGILAH HIDUNG ORANG LAIN

to be continue : KENTUT DAN KARAKTER