Assalamualaikum semua

Akhirnya! Hari terakhir di pejabat sebelum cuti panjang sudahpun tamat. Di saat ini, aku mula merasai mood balik kampung. Pagi esok, terpaksa ponteng kerja sebab tiket bus yang ada cuma pukul 900pagi. Harap-harap sempat sampai sebelum waktu berbuka. Nak juga merasai nikmat berbuka puasa bersama famili buat kali pertama dan kali terakhir di Bulan Ramadhan 1431H. InsyaAllah


Walaupun esok dah nak balik. Aku tak nak melepaskan peluang yang ada untuk membuat salam perantauan buat semua teman dan taulan. Bajet-bajet duk oversea la ni konon, padahal pulau je kot. Angan-angan yang masih belum kesampaian. Tak apalah, pulau ni pun kira seberang laut jugak,haha. So, ni salam perantauan dariku from Pearl Island (Pulau Mutiara aka Pulau Pinang).



Ni je lah yang aku mampu buat untuk semua yang singgah sini. Nak buat ecard guna photoshop atau flash pun tak reti. Maka, terpaksalah aku rajinkan diri lukis sedikit sebanyak yang aku reti sebagai kad raya. Saja je lukis nak membalas segala tag yang ada kat facebook. Sekali gus, tempek kat sini buat semua pengunjung VISIBLE VOICE.




selamat balik kampung buat semua
berhati-hati di jalan raya
pandu cermat jiwa selamat
semoga semuanya selamat sampai ke destinasi masing-masing
manfaatkan masa cuti yang ada bersama famili





Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Mintak maaf salah dan silap selama ini
Buat semua yang mengenali insan yang bernama Mohd Khairul Anuar Mah Hassan (penaberkala di alam maya).
Jemput datang bertandang ke rumah untuk beraya
Duit raya RM1 seorang untuk kalian,haha


Sempena mood raya sudah datang, jom kita sama-sama dendangkan lagu ini


Selamat Hari Raya




Menjelang Hari Raya oleh DJ Dave




Suara Takbir oleh P Ramlee





Kepada semua kengkawan yagn beraya di seberang laut, di perantauan mahupun di mana jua asalkan berjauhan dengan keluarga tercinta, bawa banyak-banyak bersabar. Jangan sedih-sedih. Senyum sokmo ok!



Tak sabar nak balik esok
Selamat berterawih buat malam terakhir