Adoi, sayu la plak hati ini. Ramadhan dah nak berlalu pergi. Tinggal beberapa hari saja lagi aku di sini. Menikmati Ramadhan di pulau yang indah dengan penuh riang hati. Semestinya tidak mungkin aku mendapat peluang seperti ini di lain kali. Apapun, terima seadanya dengan terbuka hati. Sungguh cepat masa berlalu pergi. Pastinya, masa yang telah pergi, tidak boleh diputar kembali.


Lagi sayu bila pergi pejabat pun terdengar lagu Aidilfitri. Sayup-sayup kedengaran lagu diputar menerusi corong-corong speaker tanpa henti. Mood balik kampung pun mula lah datang ke mari. Fikiran entah ke mana melayang pergi. Kad-kad raya, ketupat reben dan lampu lip lap pun ada di lobi. Mood nak balik kampung tak mampu dibendung lagi.


Bukak facebook, bukak blog, ramai yang update status mengatakan mereka dah balik kampung sendiri. Masing-masing sudah mula bercuti. Tapi aku? Aku masih di sini. Cuti pun belum pasti berapa hari. Tengok kalendar macam kosong macam gini. Apa nak jadi?





Ramai plak yang bagitahu mereka dapat cuti 10 hari. Kami di sini hanya diberi 4 hari. Termaktub dalam kalendar itulah cuti yang diberi. Tiba-tiba memo datang menjenguk kami. Emel dihantar untuk diperhati dan diteliti. Rupanya dapat cuti sehari lagi. Cuti jatuh pada hari Khamis, 16 haribulan sempena Hari Malaysia untuk tahun ini. Bertambahlah gembira di dalam hati. Tetapi cuti raya dan cuti Hari Malaysia ada jurang 2 hari. Apa nak jadi?


Aikkk, semua ayat habis dengan huruf "i" je. Apekehel?


Mungkin sebab hati gumbira, senang hati. Apa nak peduli? Lantak pi la apa nak jadi. Yang penting bila apa yang nak tercapai. Termakbul sudah apa yang dihajati selama ini. Apa yang penting? Dapat cuti. Especialluy cuti sempena Aidilfitri. Siapa tak nak cuti kan? hanya setahun sekali. Masa untuk bertemu seluruh ahli famili.


SEBELUM
Tengok kalendar pun tak senang hati. Dapat cuti sama macam tak ada cuti. Rasa juga iri hati. Mana taknya, ramai member-member lain dengar kata lama dapat cuti. Tapi aku, hanya 4 hari. Selasa dah kena ada kat sini. Khamis, ada cuti lagi sehari. Jumaat kerja kembali. Sabtu dan Ahad, weekend plak dan sah-sah la cuti lagi. Konpius dan bingung, nak datang kerja atau nak ambil cuti. Hati mula berbelah bagi? Apa nak jadi, nak follow the flow atau mintak cuti?

yang hijau itu kerja
yang merah itu cuti
yang 9hb tu kerja, tapi ponteng lagi sebab tiket bus kul 9 pagi
apa nak jadi?


SELEPAS
Tak senang hati selagi tidak mencuba nasib diri. Tebalkan muka, cekalkan hati. Beranikan diri berjumpa supervisor yang baik hati. Berbekalkan niat yang suci murni, aku suarakan permohanan cuti. Alhamdulillah, berjayalah aku panjangkan cuti. Dari cuti 4 hari, sekurang-kurangnya aku dapat cuti 10 hari. Tengok kalendar pun dah tak kosong lagi. Tengok kalendar pun macam tengok taman bunga yang berwarna-warni. Mungkinkah ini hanya ilusi? Atau satu fantasi? Tidak! Ini memang satu realiti yang pasti. Warna-warni itu simbolik kepada kegirangan dan kegembiraan di dalam hati. phewit!


habis haribulan aku sapu bersih untuk bercuti
apa nak jadi?


hati berbunga-bunga
sudah mampu untuk senyum sampai ke telinga
selamat bercuti untuk semua
jom balik kampung jumpa kaum kelurga!


Sekian, selesai masalah cuti. Beginalah kisah "I" dan cuti hari raya Aidilfitri.


pssst: berbaloikah ambil cuti 4 hari? Bukan annual leave, tapi unpaid leave. Tak datang kerja, takde gaji maa. Apa nak jadi? TIME IS MONEY, itu yang pasti.

Apapun, bagi aku Aidilfitri adalah satu peluang untuk bertemu dengan semua ahli keluarga dan sanak-saudara. Terutama sekali bila dapat meraikan hari lebaran bersama orang tua dan adik-beradik tercinta. Kalau gaji RM20 sehari, 4 hari tak datang baru RM80. Tiket bus 13hb malam pun burn macam tu saja, hanguslah RM37. RM117 apalah sangat jika nak dibandingkan dengan masa yang akan aku habiskan bersama keluarga dan sahabat handai yang lama tidak berjumpa. Memang tidak ternilai. Duit boleh dicari, tapi masa tak boleh dijual beli mahupun dicuri. Maka, rela aku korbankan wang ringgit kali ini bagi menikmati cuti yang lebih panjang.

Terima kasih SV! Nanti I bagi kuih raya. Ini bukan rasuah, tapi ini meraikan diri yang rasa bertuah. Best wooo dapat cuti lama. Bukan mudah nak dapat cuti panjang.


Selamat bercuti kepada semua yang sedang enak bercuti!
Teruskan kelazatan percutian anda semua.