SELAMAT-SELAMAT HARI LAHIR EDISI OGOS

/
20 Comments
Kalau untuk seorang, boleh la ucap Selamat Hari Lahir atau Happy Birthday.
Tetapi, kalau lebih dari seorang? Nak-nak lebih 10 orang.
Bolehkah nak apply kata ganda kat sini? Boleh tak boleh, apa kata kita ucap Selamat-selamat Hari Lahir atau bahasa omputehnya Happy-happy birthday atau dalam Mandarinnya, Shengri kuei le kepada semua yang telah dilahirkan di bulan Ogos.


Bulan Ogos sepertinya paling banyak birthday orang yang aku kenal. Adakah mereka telah sepakat untuk sama-sama lahir dalam bulan Ogos? Patriotik sungguh mereka.




20 0G0S

Di kesempatan ni, nak ucapkan Happy Birthday kepada silent reader setia visible voice iaitu Puan Norme Haslida yang ke 27? Eh, betul ka? Dah tua rupanya,haha. 20 Ogos semalam, genaplah usianya 27, tak boleh kurang ye dan pastinya akan bertambah 1 angka lagi di tahun hadapan.


Siapa Norme Haslida?


2006: Majlis persandingan
6.6.2006 - sudah 4 tahun mereka bersama
Happy Anniversary walaupun sudah expired



Cahaya mata
Nur Damia Baqtisha
Ahmad SYafiq Danish


Satu keluarga : Mereka gembira, saya gembira


Sebenarnya beliau adalah kakakku. Memandangkan selama ni aku tak pernah bagi hadiah kat dia, apa kata aku hadiahkan entri spesel punya sempena ulangtahun kelahirannya. Moga-moga beliau terharulah dan bangga ada adik macam aku,kah3. Tak gitu Puan Norme?

Doa dari adikmu agar dikau sentiasa berbahagia di samping suami tercinta dan anak-anak. Moga kalian happy sokmo :)



10 OGOS

Sebelumnya, ada lagi birthday orang spesel iaitu Ahmad Faizal Alwie. Memandangkan dia nih tak bukak sangat internet, so aku jamakkan sekali entri beliau dengan entri kali ini. Walaupun tak wish sebab facebooknya sudah didelete, maka inilah platform terbaik untuk aku mengucapkan Selamat Hari Kelahiran yang ke-24 pada 10 Ogos yang lalu. Takpe, mintak wakilnya tolong baca. Semoga sentiasa berbahagia di samping orang tersayang dan cepat-cepat naik pelamin, amin.Bertambah lagi seorang ahli keluarga kita.

Siapa plak Faizal?


butuk aka bujal

Beliau adalah abang aku yang selalu menjadi partner untuk gaduh time kecik-kecik. Tempat melepaskan tumbukan, baling selipar, tolak jatuh tangga dan banyak lagi. Kalau nak story, 3 hari 3 malam tah habis. Sambung next episod lah dalam siri terbaru, IMBAU KENANGAN LALU.



3, 6 & 11 OGOS

Baru selesai bahagian adik-beradik, ada lagi bahagian sepupu-sepapat. Happy Belated Birthday diucapkan kepada Noralisa (3 ogos), Che Azniey (11 ogos) dan Errenna (6 ogos). Semoga kalian sentiasa sukses dalam apa jua yang dilakukan., murah rezeki dan berbahagia selalu.



11 OGOS & 23 OGOS

Tak kan orang tua-tua je celebrate birthday, golongan anak-anak atau kanak-kanak ribenna pun nak jugak. Happy Belated Birthday kepada Nur Alya Balkish pada 11 Ogos yang lalu. Coming soon, 3 hari lagi Happy Birthday to Nur Alya Maisara pada 23 Ogos nanti. Hebat kan, 2 beradik sambut birthday dalam bulan yang sama? At least, boleh lah jimat kos sikit nak celebrate,haha.


akish dan alya


Siapa mereka?
Merekalah anak-anak buah hamba yang kini menetap di Tapah, Perak. Anak kepada kakanda hamba, Rosilah.


KAWAN-KAWAN

Selesai bahagian ahli keluarga dan saudara-mara, tidak lupa jugak kepada kawan-kawan yang turut meraikan hari kelahiran di bulan Ogos. Pastinya hanya mampu makan kek waktu malam sahaja.

Happy belated bithday juga untuk kawan-kawan
  • Wan Nazlin
  • Syafiq Affendi
Tidak lupa juga kepada semua blogger yang sambut birthday bulan ni seperi pengomen tegar blog ini, Cik Amirah. Terima kasih diucapkan kerana terus-menerus bertandang ke sini. Terima kasih daun keladi, kalau free datang lagi


Sekian sahaja untuk Selamat-selamat Hari Lahir Edisi Ogos. Sampai ketemu lagi di lain waktu dan ketika. Kepada sesiapa sahaja yang turut meraikan atau akan meraikan hari kelahiran di bulan Ogos, HAPPY BIRTHDAY diucapkan. Semoga dengan pertambahan umur, kita semua menjadi semakin matang dan sentiasa mendapat rahmat dariNya. Amin



TERIKH-TARIKH PENTING OGOS
3 NORALISA AFIFI
6 ERRENNA
10 FAIZAL ALWIE
10 WAN NAZLIN
11 NUR ALYA BALKISH
11 AZNIEY
14 NUR AMIRAH
20 NORME HASLIDA
20 SYAFIQ AFFENDI
23 NUR ALYA MAISARA

Agak-agak, kena buat list macam ni ke tiap-tiap bulan? Menarik gak kan? Sesiapa yang lahir bulan September onwards bolehlah start daftar kat sini, lol


You may also like

20 comments:

  1. Allah selamatkn mereka...
    (penaberkala tolon nyanyikan sampai abes yer;p)

    ReplyDelete
  2. ehem2...senyum2 kambing sebentar di sini
    ramainya besday saudara mara bulan ni,lau kena bg hadiah mau koyak poket tu..hehe
    btw, hepi besday n hepi belated besday buat semua nama2 di atas.
    tima kaceh ya en khairul =)

    ReplyDelete
  3. Ummi Hanie:
    haha, orite
    nyanyi dalam hati je, moga mereka mendengar :)

    ReplyDelete
  4. amirah:
    tu pasal, klu kena sponsor 7 bijik kek, tak ke nanya, nipis dompet!

    bln ramadhan tak sponsor kek, sponsor ucapan entri ni pun jadi lah

    welcome =)

    ReplyDelete
  5. aku paling tua dalam bulan 9!!!

    keh3

    ReplyDelete
  6. bln 3 ekk thn dpn jgn lupe keh4

    ReplyDelete
  7. suka bulan ogos nie......

    saya 8 ogos..
    my dad 1 ogos..
    mylove 18 ogos..
    my sis 17 ogos
    my bro 10 ogos


    hehehe...Happy besday tuk family kamu yer..hihi..

    ReplyDelete
  8. Amin Baek:
    hari ni orang sambut merdeka, keesokan harinya ko dilahirkan.haha
    1 september, ok noted

    ReplyDelete
  9. hans:
    tu pasal, baru prasan bila buat analisis siapa lahir bulan Ogos,kah3

    ReplyDelete
  10. Miss:
    bulan 3, brapa haribulan tuh?
    ucap skang la, happy birthday in advance :)

    ReplyDelete
  11. ~AmyLiana8886~:
    macam-macam ada bln ogos ni, especially tahun nih
    puasa pun ya, merdeka pun ya
    lagi 2 tarikh penting utk Ogos

    happy belated birthday ya

    ReplyDelete
  12. byknye kenalan ko lahir bulan ogos! wah! klau aku byk member lahir bulan julai termsuk aku sekali? hehe ko lahir bila plak? ogos jgk ke?

    ReplyDelete
  13. besh kan ader kakak? akak pon nk daftar harilahir.... 6/11/1978... x sabar nk bc n3 3 bulan dr sekarang!! hehehhehehe....

    ReplyDelete
  14. maceh dik.... terharu bngat dong!

    ReplyDelete
  15. NICK IRFAN€:
    kebanyakan ahli keluarga la
    bulan-bulan lain pun rmai gak, tp tak semeriah bulan Ogos
    aku lahir bulan April

    ReplyDelete
  16. akuzle:
    best la jugak, tp klu ada adik bertambah best kot
    orite, klu tak lupa akan muncullah wish utk sis :)
    tp kena tolong igtkan la,haha

    ReplyDelete
  17. oh.. x sangka smua pakat lahir ogos? eh! maaf nk tnye yg atas tu silent reader kan? mcm mne ko thu dia silent reader blog ko?? sbb setahu aku silent reader dia x tinggal komen..

    ReplyDelete
  18. NICK IRFAN:
    haha, tu yg lahir 20 ogos tuh akak aku
    dia silent reader sbb slalu baca blog nih tp tak komen pun
    aku tau dia baca sbb dia gtau apa yg dia baca dr blog aku, dia intip kehidupan ak kat sini la selama ni,haha
    contohnya :aku pi jalan-jalan katne

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...