Alhamdulillah, kita sudahpun memasuki 2 Ramadhan.

Bagaimana dengan perjalanan hari pertama kalian di bulan Ramadhan?
Ada yang terbukak periuk nasi ka?
Ada yang terminum air dari peti ais ka?
Ada yang terkorek hidung ka?
Ada yang terkentut ka? (Tak apa, tak batal pon)
Apapun pengalaman anda untuk hari pertama, simpan ia sebagai kenangan. Apa yang penting adalah nawaitu kita lillahi ta'ala. Tanpa niat, maka sia-sialah ibadat puasa kita.


Bagaimana dengan solat tarawih kita?
8 rakaat ka?
20 rakaat ka?
Itu sama sekali tidak penting. Apa yang penting, sekali lagi bergantung kepada nawaitu kita.
Tetapi, kalau mampu buat lebih banyak lagi bagus kan? Kalau dulu 8, sekarang nak buat 20 pun apa salahnya.
Bukan bilangan rakaat yang dihitung, tetapi keikhlasan kita melakukannya itu adalah lebih utama.


Di mana kita berterawih?
Masjid Negara ka?
Masjid Negeri ka?
Masjid Daerah ka?
Masjid Kristal ka?
Masjid Terapung ka?
Surau kampung ka?
Madrasah kecil ka?
Rumah/ kediaman sendiri ka?
Bukan menjadi satu isu atau persoalan pokok, tetapi lebih baik kalau mampu untuk berjemaah di surau/madrasah/masjid berdekatan. Pilihan memang ada di tangan kita.


Sahur?
Makan nasi goreng cina ka?
Makan roti ka?
Makan kurma ka?
Teguk air suam-suam kuku ka?
Tak kisah, sama sahaja tujuannya asalkan mampu untuk kita bertahan dari lapar dan dahaga bagi keesokan harinya.
Buat dapat pahala, tak buat tidak berdosa.


Berbuka?
Di bazar Ramadhan ka?
Di hotel ka?
Di restoran ka?
Di rumah ka?
Tidak kira la di mana lokasinya sekalipun, asalkan kita berbuka tepat pada waktunya. Tidak terlalu awal, tidak terlalu lewat, tetapi tepat-tepat.
Sebaiknya mulakan dengan doa dan didahulukan dengan buah kurma.
Bukan kurma Yusuf Taiyoob pun tak apa, asalkan namanya kurma/rotab.
Makan biar berpada-pada, jangan dibaham segala makanan yang ada di depan mata.
Nanti tak pasal-pasal krem perut, kembung tak tentu hala.


Ibadah-ibadah sunat?
Tadarrus al-quran ka?
Mendengar tazkirah ka?
Semoga dapat dilakukan dengna istiqamah
Jom khatam al-quran sempena Ramadhan al-mubarrak


Konklusinya, semoga selamat segala-galanya lah untuk bulan mulia ini.
Selamat berniat puasa, selamat berterawih, selamat bersahur, selamat berbuka puasa dan selamat mengerjakan ibadah-ibadah sunat di bulan Ramadhan dengan jayanya.
Ucapan selamat yang "valid" untuk tempoh 1 bulan :)


Salam Ramadhan al-mubarrak buat semua muslimin dan muslimat sekalian!





Jom sama-sama perbaiki diri terutamanya penulis entri,
Mungkin inilah masanya untuk koreksi diri!


Diari penulis:
  • Pertama kali menyambut Ramadhan di Pulau Pinang dan di rumah sewa
  • Pertama kali menyambut Ramadhan tanpa perlu fikir soal pelajaran, menelaah buku, membaca nota dan menghadapi quiz/assignment/ujian/peperiksaan
  • Pertama kali berpuasa dan bekerja (bukan pelajar buat sementara waktu)
  • Pertama kali memasak sendiri untuk sahur dan berbuka, boleh la belajar sikit-sikit cara nak memasak
  • Alhamdulillah, rumah sewa di flat berdekatan dengan surau. Tidak perlu menaiki kenderaan, perlu menyusun tapak kaki sahaja


Tiap-tiap kali tibanya Ramadhan al-Mubarrak atau bulan puasa, otak sentiasa teringat akan SEBOTOL MIRINDA MERAH