KERANA SEBOTOL MIRINDA MERAH

/
14 Comments
Puasa ke-3 sudahpun berlalu. Baru sempat untuk bertandang ke bazar Ramadhan di sekitar Sungai Ara, berdekatan dengan Kompleks Tabung Haji. Hujan renyai-renyai sanggup diredah menaiki motosikal kuning kepunyaan housemate,Faris. Tapi bawa RM5 je takut-takut ternipis dompet. Pusing kanan, pusing kiri, habislah jugak RM3.
  • Kaya ball 12 biji = RM 2
  • Air kelapa = RM 1

Bercerita soal Bazar Ramadhan, ini satu berita tentang bencana Puting Beliung di Bazar Ramadhan Jasin. Takziah kepada keluarga mangsa. Menurut apa yang dibaca, 3 orang telahpun meninggal dalam kejadian ini dan 18 orang yang tercedera.





Sambung cerita kita....
Hari ke-3 tidak memasak, ambil nasi dan ayam masak cili padi dari office. Subsidi RM2 sehari digunapakai sebaik mungkin. Makanya, berbuka free la semalam.

Cuaca malam agak baik, hujan dan berangin sepanjang malam. Suasana sejuk melanda, nyaman dan indah rasanya. Selepas selesai terawih pun, hujan masih renyai-renyai menyimbah bumi. Best jugak kalau tidur time-time macam ni.

Sambil beradu, sambil belek-belek album gambar dalam laptop. Terjumpalah gambar seorang budak dan ahli keluarganya. Gambar yang berumur lebih kurang 16 tahun, ketika budak itu berusia 5 tahun. Gambarnya bersama datuk (arwah Che Cob), nenek (arwah Sa'adiah), sepupu-sepapat (Norzilawati dan Norhidayati Atikah) serta abangnya (Ahmad Faizal Alwie). Terpandang kepingan foto itu, mengingatkan lagi aku tentang kisah budak itu dan sebotol MIRINDA MERAHnya 16 tahun yang lalu.


Kisah bermula di satu hari di bulan Ramadhan, ketika itu budak itu baru berusian 5 tahun. Ketika orang dewasa asyik menjalani ibadah puasa, budak itu seronok-seronok dapat makan dan minum. Sehinggalah suatu hari, kedatangan sebotol MIRINDA MERAH ke tempat kediamannya iaiti di Kampung Kubang Tin mengubah segala-galanya.


Gara-gara ingin meminum dan merasa MIRINDA MERAH, si adik meminta izin daripada kakak-kakaknya ketika itu. Maka, permohonannya diterima tetapi bersyarat. Mereka (Norme Haslida dan Tengku Baizura) telah sepakat mengenakan adiknya dengan syarat perlu berpuasa keesokan harinya selama sehari untuk menikmati air MIRINDA MERAH tersebut.

terima kasih MIRINDA MERAH


Keesokan harinya pun datang menjemput, maka berpuasalah budak itu dengan penuh kesabaran dan kesungguhan. Saparuh hari dilalui dengan girangnya di sekolah Tadika Seri Intan. Sekembali dari sekolah, niat murni diteruskan. Walaupun makanan dan minuman penuh di dalam peti, tapi dia bertekad untuk berpuasa. Kebetulan sewaktu itu rumah mereka merupakan kedai kopi di kampung itu, maka terdapat banyaklah makanan-makanan ringan yang dijual di dalamnya. Sungguh mencabar!


Saat, minit, jam silih berganti. Maka tibalah waktu petang. Mata mula mengantuk dan badan mula tidak bermaya. Lantas budak itu membawa diri dan melangkah ke bilik untuk tidur sejenak. Tilam empuk dan bantal gebu menambahkan keenakan untuk tidur di siang hari di kala perut yang kosong dan pedih.


Kira-kira 4.30 petang sewaktu itu mata mula tercelik. Terbangun dari lena yang agak panjang. Tapi badan mulai lesu dan tidak bermaya. Hanya mampu membaringkan diri di tilam empuk. Tiba-tiba, datanglah seorang daripada meraka iaitu Norme menjenguk budak itu. Lantas bertanya apa khabar, boleh tahan? Seraya berkata, kenapa muka merah padam? Letih ke? Tak larat ke?


Lalu memanggil sekutunya iaitu Baizura untuk berdiskusi. Lantas mereka bersepakat memaksa budak itu supaya berbuka. Pada awalnya, memang berat rasa hati budak itu untuk berbuka. Lebih-lebih lagi, ketika itu hanya tinggal beberapa jam lagi untuk misiya berpuasa sepenuh hari terlaksana. Tapi apakan daya, sebotol MIRINDA MERAH terus dipelawa dan disogok.


"Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan", bisik dalam hati.


"Orang mengantuk, disorongkan bantal", jerit lagi dalam hati


Dengan itu, tanpa segan silu teruslah budak itu berlari dengan penuh bertenaga meluru ke peti ais. Digapainya botol MIRINDA MERAH itu erat-erat. Dibukanya penutup botol cepat-cepat. Hatta, zeeeeeeeessssss bunyi yang terbit dari botol itu. Dengan girangnya segelas diteguk abis, dua gelas ditelan licin, tiga gelas disedut lagi. Hampir separuh botol digomol oleh budak itu tanpa mengenal erti masam dan manis.


Begitulah kisahnya tentang budak itu dan sebotol MIRINDA MERAH. Kerana sebotol MIRINDA MERAH, budak itu sudah belajar untuk mula berpuasa. Tapi sayang, masih belum berjaya. Semoga budak itu berjaya melaksanakannya di lain masa.


Masa silih berganti, selepas kejadian itu budak itu mula berjinak-jinak berpuasa separuh hari. Campur separuh hari semalam dengan separuh hari selepasnya, maka satu hari katnya. Maka dapatlah ganjaran duit raya mengikut bilangan hari yang puasa.


Memandangkan ganjaran dan habuan sebelumnya tidak cukup, makanya setiap kali tibanya bulan Ramadhan maka budak itu bertekad dan bersemangat untuk berpuasa penuh. Ketika berusia 7 tahun, iaitu darjah satu maka budak itu sudahpun berjaya puasa sepenuh hari. Kali ini bukan lagi MIRINDA MERAH tetapi DUIT RAYA!


Tahun silih berganti, dari tidak cukup 30 hari sebulan, maka budak itu berusaha untuk mencukupkannya. Seusia 8 tahun, maka hampir cukuplah puasanya 30 hari. Dengan girangnya dia berpuasa walaupun ada yang ter"miss" sehari dua kerana "sebab-sebab tertentu". Tetapi, menjangkau usia 10 tahun, genaplah 30 hari sebulan budak itu berpuasa.


TAMAT


inilah budak MIRINDA MERAH yang dimaksudkan
budak tembam yang dipaksa puasa
suka menconteng dinding rumah atuk dan nenek menggunakan kapur putih
dan....
macam-macam lagi


PENGAJARAN
  • Latihlah anak-anak/ anak-anak saudara/ adik-adik berpuasa sejak dari kecil lagi, seawal usia 6-7 tahun
  • Berilah galakan dalam bentuk ganjaran/habuan/sogokan (apapun istilahnya) di peringkat awal mereka untuk berpuasa agar mereka mengerti apa itu puasa secara kasar (niat puasa, tidak makan dan minum, tidak korek hidung)
  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya

untuk kita-kita yang sudah dewasa
mungkin dulu kita puasa kerana MIRINDA MERAH
mungkin dulu kita puasa kerana DUIT RAYA
mungkin dulu kita puasa kerana ingin MAKAN SEMEJA bersama kaum keluarga
mungkin dulu kita puasa kerana ADAT orang ISLAM dan MELAYU yang berpuasa selama sebulan

tetapi
hari ini semoga puasa kita hanya KERANANYA
bukan sekadar menahan diri dari LAPAR dan DAHAGA
semoga lebih dari itu HENDAKNYA
agar kita mendapat KEBERKATANNYA

apa yang berbeza?
kalau dahulu MIRINDA MERAH/ DUIT RAYA/ MAKAN SEMEJA menjadi habuannya atau ganjarannya
tentu hari ini kita pasti dan yakin ganjaran sebenarnya adalah PAHALA dariNYA
kalau dahulu kita yang dididik, diberi galakan/habuan dan ganjaran,
maka hari ini marilah kita bersama-sama menjadi pendidik, pemberi galakan/habuan dan ganjaran kepada mereka yang masih kecil :)


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
sudahpun masuk hari ke-empat!



apa kenangan hari pertama kalian berpuasa?
sejarah dan memori lama memang bermakna jika dikenang kembali :)


You may also like

14 comments:

  1. ooo...itula kisah mirinda merah..
    gebunya dak 2 kecik2...mesti selalu kena cubit..hehe

    ReplyDelete
  2. masha allah sihatnye~ ha2

    best ah cite. wah. bole ah s curik tema ni len kali hihi~

    ReplyDelete
  3. amirah:
    begitulah kisahnya
    tp dak2 zaman skang, tak main la mirinda merah
    offer kfc/pzza baru nak :)
    gebu sebab gemuk

    ReplyDelete
  4. farhan ali:
    bese la, hari-hari minum MILO
    sbb tu jadi sihat
    skang pun sihat gak

    cerita berdasarkan pengalaman

    ReplyDelete
  5. suka pada perbandingan puasa dulu dan sekarang..semoga dapat keberkatan Ramadhan.. :)

    ReplyDelete
  6. hohho
    aku start puasa sebab tercabar dengan budak2 perempuan dalam kelas yg puasa
    samping tu dapat duit raya
    hahaha

    P/S : Header Baru H.P.B Blog

    ReplyDelete
  7. Wan Pai:
    peringatan utk kita semua
    giliran kita plak mendidik anak-anak buah
    salam ramadhan
    slamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  8. hans:
    haha, budak perempuan mmg rajin puasa penuh
    time darjah 1 dan darjah 2, berduyun budak perempuan dpt hadiah kat skolah sbb puasa penuh
    lelaki, ada la 2,3 ketul je
    itu smua kenangan

    ReplyDelete
  9. best kan imbau blk kenangan silam...bile trkenang balik,tersenyum/tergelak sorang2 ... :)

    nice memory here...sis plak igt lg umo 7 thn masih xpose penuh,mak suap nasik gak walopun sis tamau..sis xsuka mkn,suka minum jer...huhu...

    btw,ada entry KHAS utk penaberkala , mesti baca k...

    http://ummi-hanie.blogspot.com/2010/08/apa-itu-page-rank-dan-bagaimana-nak.html

    ReplyDelete
  10. Ummi Hanie:
    kenangan itu best bila dikenang
    bukan semua benda kita blh ingt, hnya benda yg penting dan menarik shaja
    itulah yg mampu buat kita senyum/menangis

    btw, thanx for the special entri
    sudah faham sikit-sikit pasal page rank

    ReplyDelete
  11. hai lah, si budak mirinda merah...

    anda mmg sungguh tembam semasa kecil... ehehhehe...

    akak pon dh berjinak2 ajar imran (5 thn) utk posa tp 1st day ajer berjaya sehingga jam 1 tghari... sehingga posa kesembilan neh, dier sudah mkn dan minum tanpa segan silu plaks...huhuuhuhhu..

    ReplyDelete
  12. akuzle:
    haha, tembam la jugak sbb makan semua apa yg orang suapkan

    okla tu sis, ajar dulu sikit-sikit. sparuh hari pun jadilah. selamat mendidik!

    try sis ckp klu imran pose nk bg upah, then tgk die pose ke tak. tp jgn la kasik mirinda merah, haha.tu 16 taun dahulu blh la :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...