Bacalah yang mana rasa berkenan di mata dan di hati. Klik jika perlu


BUNUH EMPAT JUTA NYAMUK SEBULAN
Seorang wanita Taiwan mencatat rekod dunia selepas membunuh sekurang-kurangnya empat juta ekor nyamuk dalam tempoh sebulan.

Kalau kita kat Malaysia, belum tentu empat juta, sekor pun susah nak bunuh. Kalau dapat bunuh sekor, lebih-lebih lagi kalau nyamuk yang duk bertenggek tengah syok hisap darah. Kalau mati berdarah kat badan pun tak apa, berasa puas hati. Malangnya kalau bunuh tapi tak mati, nyamuk tu plak siap terbang buat aksi lagi depan mata, mula la nak sumpah macam-macam. Dek kerna nyamuk sekor, riuh-rendah satu rumah.



ALIFF AZIZ "DIPENJARA 2 TAHUN"
"Cuma, saya nampak ada kelainan dalam diri termasuk berat badan mula naik. Selain itu, saya dapat menjaga paras kesihatan kerana sering jalankan pelbagai tugas mencabar dan mengajar diri jadi orang lebih berdisiplin dalam hidup serta kerjaya," tutur Aliff

Laa, dipenjara 2 tahun ka die ni? Kesian. Patut lama tak dengar nyanyi sekarang. Sayang sayang sayang. Apa kes? Penjara apa bagus sangat nih. Sampai berat badan boleh naik dan kesihatan meningkat. Nak tau, baca sendiri.

Aku dulu tak berpeluang pun masuk penjara. Semangat dah ada, peluang dah dapat, tapi masa dan waktu tidak mengizinkan.



DIKEJUT PENCURI BOGEL
Bukan hanya wang yang dikebas tetapi seorang pencuri turut mengejutkan seorang remaja perempuan daripada tidur supaya melihatnya dalam keadaan berbogel

Pencuri zaman sekarang memang hebat. Mencuri saja tak macho, siap berbogel plak tuh. High-class punya pencuri nih. Orang nak tangkap pun malu, terpaksa tutup mata. Mudah la depa nak lari dan boloskan diri.



CARA BARU JEJAK DNA BABI
AWAL minggu ini, umat Islam digemparkan dengan berita sajian tidak halal yang disediakan kebanyakan kopitiam di negara ini. Pendedahan itu yang menyusuli laporan mengenai pasar raya menjual ayam tidak disembelih dengan sempurna, hanya mencetuskan kebimbangan ramai yang sudah pasti amat sensitif dengan isu halal haram makanan ini.

Kecanggihan teknologi telah menyediakan satu lagi kemudahan dan memberi satu penyelesaian khususnya dalam isu halal/haram mengenai makanan/minuman kita seharian.Tahniah kepada pihak yang telah menjayakan projek ini. Kadang-kadang, logo halal sahaja tidak cukup. Lebih-lebih lagi logo halal yang ada sekarang pelbagai jenis, pastinya boleh mengelirukan kita sebagai pengguna.



ANTARA KEJURUTERAAN DAN PENULISAN
"Dalam masa setahun saya berjaya memperoleh pendapatan kira-kira RM1,000 hanya melalui iklan-iklan yang dipamerkan di blog di samping pelbagai hadiah menarik daripada pihak pengiklan.

Blogging? Dapat duit? Mustahil? Tapi itulah kenyataan dan kebenaran hari ini. Bilalah agaknya kita akan menjadi seperti mereka yang telah berjaya dalam bidang ini. Semoga suatu hari kita pun sama daapt mengikut jejak langkah mereka, malah lebih berjaya.



KUASA WALI : PENENTU SAH/BATAL SESUATU PERKAHWINAN
Bakal pengantin perempuan perlu siasat waris ikut susunan sebelum akad nikah

Kepada saudari di luar sana sekalian terutama yang nak kahwin ataupun sedang dalam perancangan untuk kahwin, pastikan anda telah arif dalam isu ini. Kepada saudara pun sama, mana tahu bakal isteri anda atau pasangan anda nanti mempunyai masalah yang sama. Sama-sama kita kongsikan apa yang kita baca kepada rakan/saudara-mara terdekat yang menghadapi situasi/masalah seperti ini. Selamat membaca!