Assalamualaikum semua
Apa khabar kalian di sana? Harap-harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat untuk sama-sama meneruskan ibadah di bulan Ramadhan pada tahun ini.


Pejam celik-pejam celik, sudah selesai hari ke-16 kita menjalani ibadah puasa. Semalam, kelihatan terbit bulan purnama di langit malam. Sungguh cantik dan menenangkan. Malam ni, kita teruskan terawih untuk malam ke-17 dan semoga dipanjangkan umur untuk meneruskan perjalanan kita di bulan Ramadhan yang tinggal separuh jalan lagi. Sama-sama kita merebut peluang keemasan ini. Apa pun, kita cuba yang terbaik untuk Ramadhan kali ini. Bukan apa, Ramadhan akan datang belum tentu menajadi milik kita.


Ok, setakat itu sahaja renungan untuk hari ke-16 di bulan Ramadhan. Sudahpun selesai hari ke-16, dan kini masuklah hari ke-17 Ramadhan iaitu hari Nuzul al-Quran. Selamat bercuti bagi negeri-negeri yang diberi cuti. Sama-sama menghayati peristiwa di sebalik hari Nuzul al-Quran. Untuk bacaan lanjut, bolehlah intai-intai kat sini : Nuzul al-Quran


Kali ini nak berceloteh mengenai KAD RAYA.

Agak-agak, tahun ni dapat lagi tak kad raya?
Dunia sudah maju, zaman sudah moden. Semuanya berebut-rebut menggunakan rangkaian telekomunikasi yang canggih-manggih seperti SMS melalui telefon, entri di blog, emel mahupun e-kad melalaui jalur lebar, internet. Facebook, twitter, formspring, friendster, mypace pun tidak kurang hebatnya.


Agak-agak, ada lagi tak orang yang masih memberi/membalas kad raya?
Bunyinya agak kuno dan ketinggalan zaman bukan. Tapi, sedar tidak sedar kad raya adalah antara ucapan yang paling bermakna sempena hari lebaran kerana boleh disimpan dan dijadikan kenangan. SMS? EMEL? ENTRI di BLOG? FACEBOOK? Semuanya cepat, jimat kos dan jimat tenaga, tapi feelingnya nyata berbeza. Dapat sekeping KAD RAYA boleh membuat kita terloncat kegembiraan. Itu dulu lah, tapi kini tak tahulah macam mana reaksi kalau dapat satu.


Sudah cukup membebel, malas nak menaip panjang lebar. Sempena KEMPEN KAD RAYA, sama-sama kita memajukan Pos Malaysia. Saya selaku pemilik blog VISIBLE VOICE dengan ini mengisytiharkan dan sekaligus merasmikan KEMPEN KAD RAYA bermula untuk tahun 2010.


kalau tak hantar kad raya
takde kerja la posmen
tak laku la setem kat post opis
bankrupt la bisnes jual kad raya


OBJEKTIF KEMPEN KAD RAYA
  • Meraikan pengunjung VISIBLE VOICE
  • Menghabiskan kad raya dalam simpanan koleksi peribadi sejak bertahun lamanya
  • Mempromosikan perkhidmatan Pos Malaysia
  • Melariskan jualan setem di Pejabat Pos
  • Memberi pekerjaan lebih masa (overtime) kepada posmen

Tidak susah untuk mendapatkan sekeping kad raya dari sini. Stok yang masih ada 21 keping je, tidak kira kecil, besar, cute, comel, menawan semuanya ada. Maka, siapa cepat dia dapat dan siapa bertuah akan dapat!


SYARAT-SYARAT
  1. Drop komen untuk mengesahkan permohonan
  2. Lengkapkan slogan "Saya mahukan kad raya kerana ......" (ikut suka hati berapa patah perkataan)
Syaratnya semudah ABC, 123, alif ba ta. Harap-harap, habislah kad raya yang tersimpan selama ini. Kalau tak habis jugak tahun ni, boleh masuk tong sampah dah. Nak tunggu tahun depan, konpem bizi dengan final year project.



kad yang ada terdapat dalam pelbagai rupa
pelbagai saiz dan pelbagai corak
kita tengok siapa yang kena
atas nasib badan la ye



KELAYAKAN
  • First commentar akan layak menerima KAD RAYA secara automatik.
  • 20 penerima lagi bergantung kepada slogan dan rezeki masing-masing.
  • Terbuka kepada semua tidak kira yang sudah lama mengikuti perkembangan blog ini ataupun baru, followers ataupun bukan, ada blog (tinggalkan link) ataupun tiada (tinggalkan emel). Pendek kata, sesiapa sahaja yang sudi nak terima.
  • Tidak kira warna kulit, jantina, lokasi mahupun peringkat umur
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Ogos 2010
  • Penerima akan diumumkan pada 1 September selepas proses pos selesai dilakukan

TERIMA KASIH


Dibawakan khas oleh:



"Sama-sama memajukan Pos Malaysia"

Selamat bekerja kepada posmen yang bakal bertugas di 21 lokasi yang berbeza