Ronda-ronda Kota Mutiara
24 Julai 2010


Jom, kali ini saya nak bawa kalian jalan-jalan sekitar Pulau Mutiara, iaitu Pulau Pinang (Penang). Destinasi utama kita kali ini ialah Batu Feringgi. Pernahkah kalian sampai ke Batu Feringgi? Untuk sesiapa yang belum menjejakkan kaki ke Batu Feringgi, eloklah berkenal-kenalan dengannya. Sila baca profil dan butir-butir mengenai Batu Feringgi sebelum kita berjalan lebih jauh meninjau panorama dan keindahannya.


Perjalanan bermula, pertama sekali kenalpasti apakah aktiviti-aktiviti yang disediakan di lokasi yang dilawati. Di Batu Feringgi, aktiviti persisiran pantai dan aktiviti di dalam laut yang menarik banyak disediakan.
  1. Paragliding
  2. Jet ski
  3. Horse riding
  4. Boat
  5. Viper
  6. Storm
  7. Banana boat


Part-time model Batu Feringgi



Seterusnya, selepas meneliti segala aktiviti yang disediakan, barulah boleh pilih dan menikmati keseronokannya.


Aktiviti 1
Jalan-jalan sepanjang persisiran pantai putih



Aktiviti 2
Sesi membidik scene-scene yang menarik sebagai kenang-kenangan oleh tiga jejaka
Muzek - Hazwan - Faiz



Aktiviti 3
Boat meredah lautan



Aktiviti 4
Aksi berterbangan di udara



Aktiviti 5
Banana boat dan jetski



Aktiviti 6
Bermain air di persisiran pantai



Aktiviti 7
Melihat kebesaran Illahi dan menikmati pemandangan indah ketika matahari terbenam (sunset) di Batu Feringgi



Aktiviti 8
Bergambar kenang-kenangan untuk disimpan di dalam arkib



Aktiviti 9
Meninggalkan jejak sebelum berangkat ke destinasi seterusnya


Sayang seribu kali sayang, kami berempat pergi sehelai sepinggang. Jadi, tidak dapatlah untuk mencuba aktiviti 3, 4 dan 5. Apa yang kami mampu adalah menonton dan melihat keseronokan orang lain sahaja. Tak apalah, ada masa dan peluang, kami akan berkunjung lagi di masa akan datang.



Matahari kian terbenam, bulan purnama kian menyerlah di langit kelam. Perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya untuk menjalani kewajipan.


Berhenti solat Maghrib di Masjid Terapung


Seterusnya, jalan-jalan cari makan bermula iaitu ke Nasi Kandar Beratur yang digembar-gemburkan oleh orang sekeliling termasuk di dalam rancangan Jalan-jalan cari Makan. Nasi Kandar Beratur terletak betul-betul sebelah Masjid Kapitan di Bandar Georgetown. Setibanya di sana, masing-masing menerpa nasi beriani untuk disantap di kala perut berdangdut tanda kelaparan.


Pengembaraan di Kota Mutiara tidak terhenti di situ sahaja, malah diteruskan dengan merayap di sekitar bangunan lama Georgetown. Keadaan sunyi sepi memaksa kami menggila merakamkan scene-scene menarik di tengah jalan dan di segenap penjuru yang menarik perhatian. Struktur bangunan dan suasan malam hari di pekan Georgetown tidak ubah seperti berada di bandar China, sungguh klasik dan mengasyikkan.


Setelah berpelesaran di Georgetown, kami menuju pula ke Padang Kota. Suasana terang-benderang disinari sinaran neon sungguh menarik perhatian. Tambahan, suasana malam yang sungguh meriah dengan gelak tawa anak-anak kecil beriadah di padang cukup menghiburkan. Masing-masing mengmabil peluang untuk bersuka-ria dengan permainan piring terbang bercahaya yang di jual di sekitar lokasi tersebut. Di sinilah tempat seisi keluarga bersama beriadah di hujung minggu.


Setelah penat berkejaran di Padang Kota, kami beransur pulang ke destinasi iaitu ke Bayan Baru. Sebelum itu, sempat lagi singgah di pesisir lautan iaitu di Bayan Mutiara, Batu Uban untuk menikmati Laicikang demi menghilangkan kehausan. Jam 100pagi kami berangkat pulang ke kediaman untuk berehat dan meneruskan aktiviti keesokan harinya iaitu ke Pulau Jerejak.

------------------------------------------------------

FAKTA MENARIK
  • Persisiran pantai Batu Feringgi agak terancam dengan najis-najis kuda
  • Batu Feringgi merupakan tempat tumpuan pelancong asing terutama yang berpakaian jubah hitam
  • Paragliding merupakan aktiviti yang agak mencabar sehingga ada pelancong asing yang terkencing di dalam seluar
  • Berdekatan dengan Restoran Tarbus iaitu restoran yang tersohor dengan masakan Arab
  • Batu Feringgi terkenal dengan tempat menjual kain baju dan bag-bag tangan



PERINGATAN

15 Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dgn buku catatan yg baru, itulah ia yang dinamakan Nisfu Syaaban. 27 Julai 2010 adalah harinya.Jom puasa yok.

Esok juga hari istimewa untuk insan yg amat aku rindui dan cintai