UGUT BUNUH NIK AZIZ?

/
25 Comments
“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”

"Fuck Nik Aziz!!!!!!!!!"


Kalau ada yang berkata sebegini rupa, apa pandangan anda?

Ini bukan satu sandiwara politik, ini bukan permainan fitnah, ini satu kenyataan, kepastian yang lengkap dengan bukti.



Itulah antara kata-kata kesat yang diterjemahkan dalam bentuk penulisan oleh seorang pemuda Melayu dan Islam kepada Menteri Besar Kelantan.


Siapa yang patut dipersalahkan?


Sudah terang lagi bersuluh, sudah pasti orang yang telah berani bertindak tanpa memikirkan kesan dan akibatnya



Pertama kali aku menyentuh isu politik di ruangan ini. Aku mengaku, aku kurang arif tentang isu politik. Ini bukan bermakna aku tiada hak untuk berbicara soal politik. Tapi, hakikatnya aku memang kurang minat sikit nak berbicara soal politik. Habistu, ini apa?


Ini memang soal politik. Tapi masalahnya, kes ini telah melampaui batas. Rasanya tidak salah untuk aku berbicara soal ini. Sedikit teruja untuk memberi sedikit pandangan terutama kes tersebut bersangkut-paut dengan pemimpin Kelantan.


Sedikit pandangan, apa yang telah berlaku tuh, sila jadikan pengajaran kepada semua. Bukan sekadar politik, apapun jua cabang kehidupan kita. Jangan sesekali berani bertindak membabi buta tanpa memikirkan kesan dan akibat.


Apapun pegagangan parti politik, jangan sesekali bertindak melampaui batas. Jangan sesekali mahu tunjuk hebat dan jangan sesekali terlalu taksub. Berpada-pada sudah ler!


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa

Terlajak taip kat facebook?
Kan tak pasal-pasal account facebook dah tak activate
Kan tak pasal-pasal dah kecoh satu negara
Kan tak pasal-pasal dah kena buru sekarang

Maklumat lanjut:
laporan polis

Oh! Tidak


Adeii, parah-parah. Dah kecoh isu ini, lepas ni isu apa plak ye. Sudah banyak kes melibatkan facebook nih. Dulu kes artis ugut nak bunuh wartawan, kali ini pemuda nak bunuh menteri besar plak. Semua gara-gara facebook, bak kata orang dunia di hujung jari. Mudah kan, dengan hujung jari je kita dapat meggemparkan dunia. Kalau berani, cubalah buat.


Nasihat daripada penaja, berhati-hati di alam maya aka dunia siber/ internet. Jangan taip ikut suka hati.


psst: aish, umur dah cukup..belum daftar lagi untuk mengundi..nak undi dacing ke, bulan ke, bulan sabit ke, roket ke, payung ke. konpius-konpius..jadi pemerhati politik boleh tak, tak payah mengundi


You may also like

25 comments:

  1. apa la yang mamat tue pikirkan..
    tuan guru mcm nik aziz tue dia panggil panggilan mcm tue..
    haiisshh..
    nih la orang yan bodoh xboleh diikut..

    nak famous dgn cara mudah..

    ReplyDelete
  2. kenapalah sampai macam tu sekali. aduhai..

    ReplyDelete
  3. macam2 skg ni gara2 facebook
    ramai tunjuk belang
    atau ayat lebih sedap ramai tunjuk kebodohan diri

    oh pemuda, mgkin fikir diri sudah hebat, sudah penuh ilmu di dada ..sudah pandai nilai siapa baik siapa jahat...

    btw, en khairul anuar -pilihan di tangan anda..hehe

    ReplyDelete
  4. safiyyahosman:
    tu la, klu nk dibandingkan kita2 semua dgn ilmu yg nik aziz ada, apa la sgt kan..camne la smp hati mamat tuh ckp macam tu

    ReplyDelete
  5. galenaFELDSPAR:
    tak tau la tuh, mungkin terlalu taksub dgn permainan politik

    ReplyDelete
  6. amirah:
    msg2 buat onar tanpa pikir panjang
    tiba2 dah jadi famous

    soal pilihan tuh, kena pikir panjang,hak3

    ReplyDelete
  7. Abu Huzaifah:
    ganas tu lah yg buat org ramai panas

    ReplyDelete
  8. Tulah,dahlah x hensem, lenlah mcm aku

    ReplyDelete
  9. inilah kesan pekembangan teknologi..macam2..ugut bunuh artis,ugut bunuh nik aziz,ugut bunuh saiful bukhari,ugut nk bakar gereja(main2),group memaki hamun org,kutuk sultan yang baru meninggal,macam2..semua ini kerana teknologi..

    mungkin pembuat kes2 di atas ini tidak serious semasa menaip,tp dari taipan mereka jelas menunjukkan bagaimana mereka berfikir..nauzubillah..kalau semua orang bgini,mcm mana la malaysia ni nant..kepartian yang melampau..dan tak kurang pihak yang menangguk air keruh..

    papepun ,mari berfikir scara rasional..

    ReplyDelete
  10. nifi a.k.a beliamuda:
    parti buku?
    kena try buat research ni,haha

    ReplyDelete
  11. Abu Huzaifah:
    org hensem mcm ko, mana buat benda2 macam ni,haha

    ReplyDelete
  12. Amin Baek:
    yup, setuju
    niat nak bersandiwara dan bergurau senda, tp hakikatnya memakan diri sendiri

    apapeun, jadikan kes ni sbg satu pengajaran
    setiap tindakan yg salah pasti akan dikecam

    ReplyDelete
  13. mace2 la budok zamey loni.huhu.pekaba?maap lamo xjenguk.huhuh.

    ReplyDelete
  14. pisey:
    tu lah,macam2 ado
    alhamdulillah sihat jah
    demo gano?
    igt tok jupo jalan dah nk mari sini,haha

    ReplyDelete
  15. kalau bukan isu politik pun..memang tak elok menulis macan tu

    kat dunia ni mana ada kebebasan mutlak..hidup perlu ada 'sempadan dan peraturan'

    barulah dinamakan masyarakat moden

    ReplyDelete
  16. Kujie:
    sgt setuju
    hidup perlu ada sempadan dan peraturan

    ReplyDelete
  17. saya nak buat jugaklah. boleh tak? :P er..hm..tak best la main ugut2.. main pondok2 ke.. main cikgu2 ke macam dulu2..takpun main detektif2 cam cter Conan. kan best?

    konklusinya, kanak2 pun pandai buat kerja bermoral.

    ReplyDelete
  18. norashikin rahmat:
    haha, try la buat klu cik ikin nak glamour dgn cepat
    nnt sy mintak autograf,hak3

    ReplyDelete
  19. tak best aa jadi popular. nanti nak masuk toilet pun ade orang amik gambar (kes anak yusof haslam kat genting. haha). btw, budak lelaki tu cakap sanggup kena gantung mati kalau dapat bunuh nik aziz, kan? agak2nya, sekarang masih sanggup tak?

    terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, siapa nak tarik? :p

    ReplyDelete
  20. norashikin rahmat:
    haha, tak best eh fofular

    pasal kes tuh, die tak ckp tapi taip kat wall facebook

    terlajak perahu boleh diundur
    terlajak kata mana boleh undur
    lagikan kapal terbang takde gear reverse, inikan plak kata-kata,haha

    ReplyDelete
  21. huh! nengok profil dier pon eden dah x gemor....

    inilah pemuda zaman teknologi kununnya... Allah kurniakan otak yg bijak tp berpk pkai kepala lutut... freely say their s0-called thought, akai x dak.... hopefully tuan ampunya belog n sedara-sedari pembaca belog n pengomen tegar kt sini jgn berangan nk glemer sementara mcm mamat penyet tuh... mmg kepala hotak penyek, x bley pkai... ptuikh!! utk dier...(akak marah beno neh)

    ReplyDelete
  22. akuzle:
    hah, dengar semua nasihat dari akak kita ni
    semoga kita semua, muda-mudi tidak buat benda2 camni

    kan dah naik angin tak pasal2
    xpe kak, apa yg berlaku dijadikan pengajaran kepada yg kita semua
    agar benda yg sama tidak akan berlaku lg

    ReplyDelete
  23. yg klakrnya..yg konon "ugut bunuh" saiful tu..sekejap je dah kena hukum..cepat btul..padahal..xde sebut pun org tu nak bunuh saiful..dia just sebut "pasti ke esok hidup"..klakr maa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...