Entri ini ditulis sebaik sahaja mendapat satu kejutan. Debaran di dada masih tidak hilang. Feeling nak bercerita kian mendadak, jari-jemari pantas menekan papan kekunci.

Berapi...
Berasap...
Hangit...

Nasib baik tiada kebakaran dan kemalangan jiwa berlaku.. Guess what?

Jeng..jeng..jeng

Owh, tidak mungkin..
Charger handphon aku sudah meletup
Bunga api terpercik ke muka, ades pedih
Asap macam bakar ayam bbq
Hangit tidak terkata

Banyak dugaan betul, ish3..Sabor je lah yer duhai hati

Back to the topic

Apakah tanda-tanda ini semua?
  1. Charger telefon baru je meletup
  2. Telefon rosak
  3. Tali jam tangan hampir putus
  4. Tayar motor bahagian depan bocor
  5. Esok kena pergi bayar yuran hostel sebab nak ambil slip exam
  6. Syampu dah habis
  7. Ubat gigi pun dah nak habis
  8. Stok minuman dalam peti ais dah takde
  9. Buah-buahan dalam peti pun dah licin
  10. Maggi dalam locker ada 1 pack je lagi
Ades, dari no 1 sampai ke 10, semua perlukan fulus. Apa mau buat. Serta-merta rasa nak buat part-time job,hak3. Tak pun, kalaulah ada orang tersalah bank in duit ke akaun aku, fuh masyuk! Sudah berangan, back to the reality! BERJIMAT-CERMAT amalan mulia.


Persoalannya, adakah ini semua tanda-tanda aku hampir BANKRUPT?

____________________________

cek simcard kat telefon yg rosak, ada no pejabat yang tak dikenali membuat panggilan (miscall) pada pukul 230 ptg, 13 April 2010. Adakah dari kompeni internku? Tanda-tanya dan debaran terasa.