Kalau sebut shabu-shabu jangan pula salah faham.
Kalau shabu tuh, memang la sejenis dadah
Tapi, kalau shabu-shabu bukan bermakna bergembira dengan dadah mahupun usaha untuk mengusha shabu
Shabu-shabu adalah nama restoran yang terletak di Manjung, Perak.

Apa keistimewaan shabu-shabu?
Shabu-shabu adalah restoran steamboat. Uniknya, bukan setakat steamboat yang ada, segala jenis juadah disediakan.
Hanya dengan harga serendah RM 17.30, anda mampu membuat perut anda yang kempis menjadi bulat membuntal serta merta.

Kerana apa?
Kerana, tiadan catuan makanan di sana, tiada order khas diperlukan. Anda hanya perlu melayan diri dan melayan selera anda sebaik mungkin. Jika tidak, sudah pasti anda akan overloaded dan kemungkinan mampu muntah hijau.

Apa menu yang ada?
Kalau nak sebut satu persatu, memang tidak tersebut. Nak tau lebih lanjut, bolehlah berkunjung sendiri ke Restoran Shabu-shabu, Manjung.
Apa yang ingat, kat sana ada menu seperti berikut:
  1. BBQ - ayam, daging, udang, sotong, kambing, sosej
  2. Steamboat - kuah tomyam, sup tulang, sup ayam, sup herba
  3. Nasi goreng , mee goreng, maggi goreng, bihun goreng
  4. Ice cream - pelbagai perasa seperti coklat, kopi, mangga, jagung, durian, vanilla
  5. Kuih-muih - kek gulung, agar-agar
  6. Pencucuci mulut - tembikai, epal, oren
  7. Air - sirap, anggur, teh
  8. Makanan basah : ketam, udang, kepah, sotong, daging, ayam, sayur-sayuran
  9. Pelbagai aneka bahan untuk steamboat - pelbagai warna, pelbagai bentuk, pelbagai saiz
Pendek kata, kat sana kepelbagaian dan variasi makanan tersedia untuk di ngap!
Panjang kata, memang kenyanglah perut anda

Memang berbaloi untuk dikunjung untuk makan bersama rakan-rakan. Kepuasan menikmati makanan tanpa sempadan. Tapi awas, makan memang takde had. Tapi kena selalu ingat, berhenti sebelum kenyang. Nanti tak pasal-pasal balik jadi pening dan muntah dek kerna kekenyangan.


Sekadar berkongsi pengalaman kali pertama mengunjungi restoran shabu-shabu bersama taulan FIRC pada 2 April yang lepas. Credit to all of them : Asif, Alif, Ozair, Habil, Farouk, Hani, Nowa dan Azzah.


first round : 1 pinggan kongsi 3 bersama Alif dan Hasif


second round: ambil menu BBQ bersama Habil dan Farouk


third round : steamboat



fourth round: habiskan sisa-sisa yang belum habis



final round: cuci mulut, kenyang perut suka hati



selingan : ice cream
rekod peribadi : 3 mangkuk



kat belakang tu casher die yang baik hati. Bayar RM50, tapi bagi balance RM37.70. Terlebih RM5, niat nak sedekah ke apa. Nasib baik tak ambil, klu tak free-free dpt RM5 percuma. Makan dapat, kenyang pun dapat, duit plak dapat,hak3


Sekian saja jalan-jalan cari makan ke RESTORAN SHABU-SHABU MANJUNG EPISOD 1

EPISOD 1? Yup, kerana akan bersambung EPISOD 2 tidak lama lagi.


p/s: entri ini menjawab segala persoalan cik ikin terutamanya yang sering bertanya apakah itu SHABU-SHABU melalui twitter mahupun formspring. sudah jelas?