Entri kali ini saja nak acu cuba try test jadi wartawan hiburan. Topik apa? Seperti terpampang kat tajuk entri. Kepada rakan-rakan di seberang laut, inilah berita terkini industri hiburan tanah air. Kepada yang tidak berkesempatan menonton, inilah keputusannya dan detik-detik kegemilangan pemenang anugerah yang dinobatkan pada malam ini sempena ABPBH 2009.


Tiba-tiba takde mood nak study, apa lagi ayan je TV3 tadi. Rupa-rupanya ada ABPH 2009 malam ni. Hatta, tonton je lah.


Berikut keputusan dan barisan pemenang yang dinobatkan pada malam ini.
Jom layan....



Siapakah host untuk ABPBH kali ini?


Inilah dia gerangan host yang menghangatkan suasana ABPBH 2009 dengan lawak-lawak spontan dan natural mereka. Menurut mereka, hadiah yang ditawarkan untuk ABPBH 2009 pada kali ini mencecah 1.59 JUTA beb. Alahai, kalaulah dapat kat aku 0.01 juta pun dah syukur,hak3. Apapun, inilah salah satu anugerah yang berprestij untuk para artis dan penghibur tanah air untuk menghargai sumbangan dan usaha mereka dalam usaha memantapkan industri tanah air. ABPBH adalah salah satu platform apreasiasi untuk mereka yang bergelar anak seni.


Malas nak berceloteh panjang, malas nak menaip panjang, jom imbas kembali detik-detik gemilang para pemenang yang dinobatkan sebagai penerima anugarah bintang popular untuk tahun 2009.



Aznil Hj Nawawi



Fara Fauzana



Faizal Ismail



Fara Fauzana



Bunkface



Nabil



Noorkhiriah



Black



Wakil Yuna : Yuna berada di LA



Remy Ishak


Tiz Zaqyah


Rabbani



Aizat



Datuk Siti Nurhaliza



Que Haidar



Liayana Jasmay




KEMUNCAK ABPBH 2009



Datuk Siti Nurhaliza

Sekian saja laporan untuk kali ini, mohon mengundur diri
chaow cincau!

_____________________________________________

MONOLOG DALAMAN

Herm, tahun ni takde rezeki gua untuk menang. Next year, jangan lupa vote ye,hak3

______________________________________________

APRESIASI KHAS

Tahniah buat arwah Din Beramboi kerana telah tercalon buat pertama kali dalam hidupnya untuk ABPBH 2009. Kehilangan beliau mungkin membuat kita sunyi di pagi hari dek celoteh beliau yang memanjang dan lawak jenaka yang mampu mencuit hati serta mampu membuat kita semua tak kering gusi. Jelas sekali, pagi di Era akan lain dari biasa dan sunyi seketika selepas pemergiaanya. Hakikatnya, semua sudah menjadi kenangan. Kita telah kehilangan seorang pelawak slumber dek yang buat lawak pedas, pedih, kelat, manis dan masin setiap hari tidak kira di corong radio mahupun di kaca televisyen. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Al Fatihah buat arwah!