3 IDIOTS?

NOT YOU

NOT ME



NOT US



BUT

THEM


YES



THEY ARE

THE 3 IDIOTS

______________________________________


3 IDIOTS merupakan satu filem bollywood yang cukup menarik untuk ditonton. Berkisarkan kisah 3 sahabat karib yang menuntut di universiti dalam jurusan kejuruteraan. Kisah hidup Rancho, Raju dan Farhan dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar kejuruteraan. Walaupun mereka digelar IDIOTS, tapi sebenarnya mereka bukan seperti apa yang disangkakan. Untuk sinopsis lanjut, bolehlah rujuk di sini, preview


Filem ini mengetengahkan banyak mesej di sebalik penyampaian dalam bentuk bersahaja dan lawak jenaka. Cerita yang penuh jenaka tetapi terselit 1001 maksud yang mendalam untuk difikirkan bersama. Jalan ceritanya cukup kuat dan berkait rapat dengan kehidupan kita seharian. Lebih menarik, cerita ini mampu membuat emosi kita terusik apabila penceritaannya memaparkan kisah sahabat sejati yang sanggup susah dan senang bersama. Persahabatan mereka cukup unik, tidak kira suka atau duka, mereka tetap bersama.


Mungkin kerana keunikan filem ini, 3 IDIOTS mendapat sambutan di India dan mendapa BOX OFFICE. Selain itu, sambutan di Malaysia pun tidak kurang hebatnya. Antara kejayaan filem 3 IDIOTS, selain memecahkan rekod, filem ini layak dilabelkan sebagai filem popular


Agak ketinggalan sebab baru berkesempatan untuk menonton. Tapi cukup berpuas hati dengan jalan cerita. Sape-sape yg belum tengok, bolehlah cari filem ini untuk ditonton. I believe that, you will enjoy watching this movie!



AAL IZZ WELL
itulah prinsip dan motto hidup mereka
  • Lakonan Aamir Khan, Kareena Kapoor, John Abraham, Madhavan, Sharman Joshi, Boman Irani dan ramai lagi di bawah.
  • Filem arahan Rajkumar Hirani


muzek-amir-anuar
kami berbeza, tapi kami ada banyak persamaan
paling jelas : kami bermata 4

apa kaitan kami dengan 3 IDIOTS?
harap-harap kami pun akan berjaya macam mereka
semoga kami mendapat semangat seperti mereka untuk berjaya

ini lah muka member-member baikku sejak foundation lagi
harap persahabatan kekal selamanya

________________________________

notakaki: filem yang mampu memotivasikan diriku di kala semangat kian menghilang! AAL IZZ WELL! kamon-kamon, do the best!