17 HARI

/
12 Comments
Hari ini, 27 Januari 2010, genaplah usia NIK NUR SALSABILA HUSNA 17 hari. Kalau ikut perkiraan, lagi 13 hari lagi nak cukup sebulan kan. Kalau bayi-bayi normal yang lain, ibu bapa dan kaum keluarga pastinya senyum lebar dengan perkembangan bayi mereka dari hari ke hari. Tapi nasib Husna agar berbeza jika dibandingkan dengan bayi-bayi lain. Kami sekeluarga terutamanya umi,abah dan kak long beliau menunggu dengan penuh kegusaran dan kebimbangan akan kondisi Husna. Begitu juga nenek, ibu saudara dan bapa saudara yang lain termasuklah aku.

NIK NUR SALSABILA HUSNA, puteri ke-2 kakak aku dilahirkan pada tanggal 10 Januari 2010. Husna merupakan anak buah aku ke-13 dan pertama untuk tahun 2010. Sungguh gembira mendapat berita kelahirannya. Namun, kelahirannya belum sampai tarikh jangkaan dan belum cukup bulan. Maka, Husna merupakan bayi pramatang dan dilahirkan dengan berat hanya 2.5kg. Justeru, Husna terpaksa berada di hospital untuk pengawasan rapi.

Aku hanya dapat melihat rupa anak saudara melalui facebook sahaja dan mampu bertanya khabar menerusi telefon bimbit semata-mata. Dari sehari ke sehari, aku hanya mampu bertanya khabar dan mendapatkan berita. Di peringkat awal, hanya kuning yang dialami Husna. Tahap kuning agak bahaya dan jika berlanjutan perlu tukar darah. Tapi alhamdulillah semuannya kembali ok setelah kuning kian menurun.

Tanggal 20 Januari 2010, aku mendapat satu mesej yang agak mengejutkan daripada kakak aku yang menyatakan Husna dalam keadaan tenat, 50:50. Namun, pada ketika itu aku sedang bertugas di IRC untuk IRC Tour. Hanya mampu mendengar suara sebak dan tangisan daripada seorang ibu yang bimbang akan keadaan anaknya. Lantas, membuat aku sendiri menjadi sebak dan tidak tentu hala.

Namun, aku hanya mampu berdoa dari jauh. Semoga Husna terus bertahan untuk terus hidup. Kenapa aku tidak mengambil kesempatan untuk balik ke kampung menjenguk kesusahan yang melanda keluarga? Adakah aku penting diri? Adakah aku pentingkan urusan di kampus? Jawapannya mudah, kerana aku sendiri tidak mencari peluang untuk balik. Tidak berani untuk mengambil keputusan untuk bergegas pulang.

Alhamdulillah, keesokan harinya, Husna kembali stabil. Tetapi masih dikekelilingi wayar di sini sana, bernafas menggunakan mesin. Mendengarnya begitu gerun dan sayu, bagaimana pula keadaan orang yang memandangnya setiap hari? Jika orang yang mendengarnya dari jauh pun mampu menitiskan air mata tatkala mendengar celoteh orang yang membuat panggilan, bagaimana pula orang di sana. Setiap hari hanya mampu berharap dan menitiskan aor mata. Begitu banyak dugaan yang perlu ditempuhi oleh Husna dan ibu bapanya. Perkembangan dari sehari ke sehari agar positif. Hanya komplikasi-kompikasi seperti kurang antibodi, kurang darah, dan masalah buah pinggang. Begitu banyak dugaan yang perlu ditanggung oleh anak sekecil itu. Mampukah beliau untuk menanggungnya? Aku terfikir sejenak.

Hari-hari aku dibuai dengan berita-berita yang positif. Tidak lupa untuk terus berdoa setiap masa dan solat hajat. Segala usaha dan ikhtiar dipanjatkan kepada yang maha kuasa. Mungkin saat sebegini merupakan saat yang paling penting untuk hambaNya memohon kepadaNya. Solat hajat dilakukan di kediaman di kampung juga. Doa dipanjat setiap masa semoga Husna cepat sembuh.

Tiba-tiba, petang tadi, 27 Januari 2010, satu mesej lagi diterima menyatakan benda yang sama seperti yang diterima seminggu yang lepas. Terkedu seketika.

mintak tolong adik wa semaye hajat untuk baby. Petang tadi keadaan tenat smula. Harap baby stabil dan cepat sembuh. Terima kasih banyak-banyak

sender:kak zura


Begitu besar harapan daripada mesej yang dihantar. Aku dapat bayangkan bagaimana perasaan kakak aku sewaktu menaip mesej tersebut. Sekali lagi perasaan gusar melanda. Sebelah malamnya, dapat masej lagi mengatakan doktor sendiri menelefon menyatakan Husna tenat dan minta keluarga untuk melawat. Lagi gusar dibuatnya. Lantas aku mengambil keputusan untuk pulang esok hari. Mesej dihantar untuk memaklumkan aku akan pulang esok, semoga sempat melihat anak saudara yang belum dapat dilihat dan keadaan Husna diharap kembali stabil.


Malam ini, first meeting untuk Engineering Team Project. Tiba-tiba panggilan diterima daripada bonda tercinta menyatakan Husna sudah tiada. Suara seorang nenek bagaikan tersekat-sekat dek kerna sebak. Bagaimana pula perasaan seorang ibu yang melahirkannya? Tidak dapat aku bayangkan bagaimana situasi di rumahku sekarang. Semoga kakakku dan kaum keluarga tabah menghadapinya. Aku sedikit kesal kerana tidak bersama keluarga pada saat dan ketika ini.

Aku tekad untuk pulang esok. Walaupun aku pasti tidak ada kesempatan untuk aku menatap wajah suci Husna dengan mata kasar secara nyata. Namun aku perlu hadirkan diri untuk berjumpa keluarga. Walaupun hanya mampu untuk melawat pusara, namun aku tidak menyesal. Aku perlu untuk berada di sana di saat mereka dalam kesedihan. Lebih-lebih lagi, kesedihan yang darah daging aku sendiri rasakan. Aku perlu untuk memberi sokongan. Walaupun ia agak sukar, namun semoga mereka semua tabah menerima ketentuan dariNya.

Jika kami sayangkan Husna, ALLAH lebih sayangkan Husna. Semoga roh Husna dicucuri rahmat!


NIK NUR SALSABILA HUSNA

10 JAN 2010 - 27 JAN 2010

inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un

dari Allah dia datang kepadaNya dia kembali

AL-FATIHAH buat arwah!


semoga Husna menunggu ummi dan abah di pintu syurga!


:::RENUNGAN:::

Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak: “Masuklah kalian ke dalam syurga!”
Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.”
Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mau masuk ke dalamnya. Allah berfirman lagi: “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam surga!”
Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?” Allah pun berfirman: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian.”
(Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW)
Istilah “al-wildan” dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama’, mufradnya (kata tunggalnya) adalah “al-walid”, artinya anak yang baru dilahirkan, iaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia. Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut:
“Anak kecil (yakni yang meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga.”



berangkat ke kelantan esok, 28 Januari 2010
semoga urusanku dipermudahkan dan selamat perjalanan
amin



You may also like

12 comments:

  1. tabah ye nuar..

    tunggu ibu dan ayah di pintu syurga ye baby Husna..

    sobsobsob..

    ReplyDelete
  2. inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un.
    semoga keluarga kamu tabah mghadapinya.

    al-fatihah

    ReplyDelete
  3. ya Allah,,
    smoga anak ini bahaagia,.,

    dan mnjadi pelaburan utk ibu bapanya di akhirat,.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. salam takziah..

    yup.. perasaan kehilangan itu sesuatu yg tak dpt ditafsirkan..

    al-fatihah buat bb Husna~

    ReplyDelete
  7. sabar yer..Allah lebh menyayangi Husna..

    ReplyDelete
  8. Innalillah....

    semoga pemergiannya dicucuri rahmat Ilahi, menjadikan kita seorang khalif yang lebih tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang..

    amin...

    ReplyDelete
  9. terima kasih semua!
    alhamdulillah, kami semua menerimanya dgn redha
    semoga roh beliau dicucuri rahmat,amin!

    ReplyDelete
  10. takziah, dan al-faatihah.

    "tidak Allah menguji sesuatu kaum melebihi kemampuannya.."

    semoga tabah dan redha :)

    ReplyDelete
  11. omg! sediy giler!! dah lar comel giler! sabar yer *i know i kindda too late* but..takziah for u and ur family esp ur sister :)

    ReplyDelete
  12. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali...

    Berbahagialah duhai ibu dan ayah, anakmu menanti di sorga dengan janji Rasulullah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...