Subhanallah,cantik sungguh ciptaanNya..seekor serangga yang diberi kelebihan dan kepakaran dalam membuat sarangnya untuk menangkap pemangsa. Kalau dilihat dengan mata kasar, setiap hasil yang disiapkan oleh serangga yang bernama labah-labah ini sungguh unik, kemas dan menarik. Corak yang dipaparkan sungguh mempersona umpama satu seni dan hasil lukisan. Lihatlah betapa agungnya setiap ciptaanNya

Ada apa dengan labah-labah dan sarangnya?
Jawapannya, tidak lain tidak bukan ingin menyatakan di sini bahawa VISIBLE VOICE akan bersawang sempena musim FINAL EXAM. Kalau 2 hari lepas, kempen berpuasa dari melayari FACEBOOK telah dilancarkan, maka dengan ini, dengan segala kuasa yang ada pada saya, saya merasmikan cuti sebentar daripada BLOGGING sehingga 16 hb NOVEMBER.


FINAL EXAMINATION JULY 2009

11 NOV - PROBABILITY AND STATISTICS
13 NOV - PROCESS SAFETY AND ENVIRONTMENT
15 NOV - SEPARATION PROCESS
16 NOV - REACTION ENGINEERING
25 NOV - PROCESS INSTRUMENTATION

dari 16-24, herm gap exam yang paling lama pernah dapat. tak tau nak buat apa..Di peringkat awal EXAM, jadual sungguh padat dan menyeksakan. Apepun, bersedia sedaya yang mampu

Mungkin ada yang akan cakap laman ini bersawang, tapi inilah entri khas untuk anda tolong saya menyapu sawang-sawang yang ada kat sini,hehe.Jangan segan-silu untuk drop komen anda. Wish me luck for my final exam. Daoakan kejayaan saya di sini!

p/s: hah,dah datang msk sini, tolong gotong-royong bersihkan sawang. Tuan tanah pergi merantau jap!

KONDISI HATI

berdebar-debar, berdegup kencang bagai genderang mau perang!

see you later!


penaberkala starting to write


"when voice become visible, muteness become readable"