Bila hari raya aidilfitri?
herm, konfem budak tadika pun tau nak jawab. sebelum start bulan puasa (Ramadhan), dah siap-siaga nak sambut raya. Mak-mak dan bapak-bapak budak pun tak ada kurangnya

Bila hari raya aidiladha?
herm, tak taulah.bila eh? jap nak tengok kalendar. hanya orang2 tertentu je yang igt. rmai jugak yg buat tak kisah.

Begitulah situasi kehidupan kita hari ini. makin lama, makin pudar semangat nak sambut hari raya korban (aidiladha). mintak2, tak ada lah ye yang tidak tahu apa itu aidil adha dan apa itu hari raya korban

Mai nak cite sikit pasal kelebihan raya Aidiladha:
  • bukan hanya disambut pada 10 Zulhijjah, bahkan berlanjutan pada hari ke-11,12 dan 13 dan dikenali sebagai hari-hari tasyrik
  • umat islam diharamkan berpuasa pada hari tasyrik. jangan plak rajin2 nak puasa 6 macam hari raya aidilfitri
  • keistimewaannya terletak pada ibadat korban yang dilakukan dalam 4 hari iaitu bermula dari selepas selesai khatib membaca khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah
  • kelebihan ibadat korban:
  1. satu cara untuk mendekatkan dan mengabdikan diri kita kepada Allah
  2. satu peluang kepada umat Islam untuk menyucikan diri daripada sebarang penyakit hati dan dosa yang ada di jiwa
  3. medium yang cukup baik dalam mempereratkan lagi jalinan kemesraan dan kasih sayang sesama ahli keluarga dan masyarakat setempat
  4. bagi mereka yang mampu melakukan korban, mereka berkemampuan untuk mengagih-agihkan sebahagian daging korban kepada golongan fakir miskin
  5. manifestasi dari makna kesyukuran ke hadrat Allah di atas segala kurniaan nikmat yang tidak terhitung

SEJARAH IBADAT KORBAN

jom kita recall balik sirah pengorbanan yang kita belajar time skolah rendah lagi agar tidak pernah lupa untuk diceritakan untuk anak-anak dan cucu-cucu

Ibadat korban di Aidiladha merupakan simbolik dan tanda memeperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail demi tuntutan Allah yang Maha Esa. Nabi Ibrahim diberi gelaran KhalilUllah, yang bermaksud "Sahabat Allah". Subhanallah, besar sungguh pengorbanan mereka.



PERSOALAN

pernahkan anda melakukan korban di aidiladha?
aku pernah la masa form 3 dulu lepas dapat result PMR. insyaAllah, kalau ada rezeki lebih, nak buat korban untuk Aidiladha akan datang. anda bagaimana?

apa erti pengorbanan sebenar?
bagi aku, pegorbanan sungguh besar ertinya. cuma, terpulang kepada individu untuk mentafsirkannya. jangan plak korang berkorban apa yg tak patut ye! ingat tuh..sendiri mau ingat la ye


::pesanan dari PB::
berkorbanlah apa saja, harta atapun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia, hak3
sesungguhnya, "tiada kejayaan semanis madu, tanpa pengorbanan sepahit hempedu"
jangan sesekali menjadi korban keadaan, tetapi buatlah pengorbanan di jalan yang betul!
fikit dulu sebelum buat!


:::::to be continue:::::