CPL 2009/2010 GAMATKAN BUMI TRONOH


WARNING!

Berita ini panjang untuk dihayati
Sediakan pop-corn dan minuman ringan untuk dinikmati
Keluaran khas edisi NOVEMBER
Limited edition - sekali sepanjang hayat

T
RONOH: CHEMEJAN07 PREMIER LEAGUE (CPL) 2009/2010 telah berjaya dilangsungkan di Sport Complex, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Perak Darul Redzuan pada 17 November 2009. CPL ini telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia universiti tersebut yang diketuai oleh Zaki Saeed Ahmed Bahakim iaitu pelajar yang berasal dari Yaman.

CPL 2009/2010 merupakan acara julung kali diadakan pada tahun ini khas untuk pelajar-pelajar Kejuruteraan Kimia Tahun 2 Semester 2. Sebelum ini, perlawanan futsal hanya diadakan secara kecil-kecilan di Gelanggang Futsal Menglembu, Ipoh. Namun kali ini, satu revolusi telah tercipta bilamana CPL 2009/2010 telah berjaya diadakan di tempat sendiri iaitu di UTP. Tambahan lagi, CPL diadakan ketika pelajar-pelajar lain sedang sibuk menduduki peperiksaan akhir semester Julai 2009.

CPL 2009/2010 kali ini berjaya mendapat penyertaan daripada 7 kumpulan yang handal-handal belaka seperti THE NERDS, OREO, RING DING DANG, GANTAN, V3A-S4, KEREPEK and FARAMEL. Pertandingan futsal kali ini dijalankan secara liga di mana setiap pasukan perlu menghabiskan kesemua enam perlawanan yang telah ditetapkan.

Menurut pengarah projek CPL 2009/2010, Zaki Saeed Ahmed Bahakim, ada juga satu kumpulan yang hanya bermain untuk 4 perlawanan sahaja dan berbaki 2 perlawanan lagi. Hal ini kerana kumpulan tersebut ingin memberi peluang kepada kumpulan lain untuk memenangi CPL kali ini. Kumpulan-kumpulan lain berjaya bermain sehingga tamat semua perlawanan yang telah ditetapkan.

Keseluruhan perlawanan berjalan dengan lancar walaupun beberapa peserta mengalami kecederaan dan kekejangan. Perlawanan berakhir kira-kira jam 1 tengah hari selepas berakhirnya majlis penutupan, penyampaian hadiah kepada pemenang dan sesi fotographi. "Rata-rata peserta berpuas hati dengan perlawanan yang telah dilangsungkan terutama sekali dengan kehadiran 2 orang pengadil yang bertauliah", ujar Zaki Saeed Ahmed Bahakim.

Kesimpulannya, objektif CPL 2009/2010 berjaya dicapai dengan mengumpul kebanyakan pelajar jurusan terbabit untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain sekaligus melepaskan tekanan sempena berakhirnya musim peperiksaan akhir yang baru selesai.

Sekian saja berita surat khabar untuk kali ini. Berita selanjutnya adalah berita bergambar melaporkan kejadian-kejadian sepanjang CPL 2009/2010.


LOKASI CPL 2009/2010

kumpulan pertama yang tiba di tempat pertandingan asal


lokasi asal perlawanan : court futsal village 5


masalah teknikal yang berlaku menyebabkan CPL 2009/2010 terpaksa mengubah lokasi perlawanan ke Sport Complex. Habis tiang gol bertebaran dan berselerakan dek kerna tendangan bola pelajar UTP yang kencang sekuat taufan.


lokasi CPL 2009/2010 : Sport Complex, UTP


PENYERTAAN CPL 2009/2010

OREO
dibintangi oleh
dari kiri: Loh Madthing (Thai), Aik, Abu Torres (Kapten), Azhari, Fahmie


THE NERDS
dibintangi oleh
berdir dari kiri: Mus (pemain import dari KEREPEK), Dharveen, Mayak, Apis Micro
dari kiri duduk: kerol, nije


V3A-S4
dibintangi oleh
Dari kiri: Azfar, zack sahak, aminbaik, nashhunter, adi aizat, syazwan, safwan


FARAMEL
dibintangi oleh
Berdiri dari kiri: Atif (India), Amr (Egypt)
Duduk dari kiri: Raj (Labuan), Sami Saeed Ahmed Bahakim (Yaman), Abughali (Egypt)


GAN-TAN
dibintangi oleh
Berdiri dari kiri: amir, jak, mamat (manager import from team KEREPEK), nuar,amin
Duduk dari kiri: pehe, jahar


RING DING DONG
dibintangi oleh
Berdiri dari kiri: luqman, aseng, sap perform, kamil, zack fauzan
Duduk seorang diri: syafiq rxz


KEREPEK
dibintangi oleh
Duduk bahagian belakang dari kiri: faris, mus (export to THE NERDS)
Duduk bahagian depan dari kiri: hamzah, umair, mamat (export to GAN-TAN as manager), faidhah


AKSI PERLAWANAN

FARAMEL VS KEREPEK


GAN-TAN VS V3A-S4


THE NERDS VS KEREPEK


the best referee in this world Zaki Saeed Ahmed Bahakim


Faris - the first red car awarded by the referee
Proses menenangkan mangsa kad merah pertama CPL 2009/2010


KECEDERAAN

aminbaik from V3A-S4


syazwan from V3A-S4


proses penambahbaikan kaki yang kekejangan


DI SEBALIK TABIR

mengatur strategi


"kami team KEREPEK tidak bermaya hari ini kerana kelaparan", ujar mamat


KEPUTUSAN CPL 2009/2010

"kami sedang menjalankan proses pengiraan mata dan pemilihan pemain terbaik dan top scorer", kata poji dan zaki


ANUGERAH KHAS


the best player CPL 2009/2010
goes to

mayak from THE NERDS


The golden boot award (top scorer)
goes to

aik from OREO (9 GOALS)



CHAMPION OF THE CPL 2009/2010

The champion goes to

the OREO team


we are one big family, CHEMEJAN 07


ANALISIS CPL 2009/2010

2

1- V3A-S4

2-GANTAN

1

1

3-Ring ding dong

4-The nerds

3

2

5-Kerepek

6-Faramel

3

3

7-Oreo

1- V3A-S4

2

5

2-GANTAN

3-Ring ding dong

1

4

4-The nerds

5-Kerepek

0

3

6-Faramel

7-Oreo

2

2

1- V3A-S4

3-Ring ding dong

1

0

2-GANTAN

4-The nerds

2

0

5-Kerepek

7-Oreo

4

0

6-Faramel

1- V3A-S4

1

6

2-GANTAN

5-Kerepek

2

0

4-The nerds

7-Oreo

4

1

3-Ring ding dong

6-Faramel

2

3

1- V3A-S4

5-Kerepek

0

2

2-GANTAN

7-Oreo

4

2

6-Faramel

4-The nerds

4

3

3-Ring ding dong

5-Kerepek

0

0

1- V3A-S4

4-The nerds

1

2

2-GANTAN

6-Faramel

4

0

3-Ring ding dong

7-Oreo

2



Team

Win

Lose

GF

GA

Points

1-Oreo

5

1

19

7

15

2-The nerds

5

1

14

7

15

3- V3A-S4

4

2

10

6

12

4-Faramel

4

2

14

12

12

5-GANTAN

2

4

16

15

6

6-Ring ding dong

1

5

7

14

3

7-Kerepek

0

6

4

21

0


Sekian, melaporlan untuk CPL 2009/2010. Semoga berjumpa lagi di CPL 2010/2011 pada tahun hadapan

"MAJULAH SUKAN UNTUK DIRI SENDIRI"

SUMBER:
Analisis CPL 2009/2010 : Zaki Saeed Ahmed Bahakim
Jurukamera dan wartawan liputan : Hanifi




Post a Comment

16 Comments

  1. wohhh...panjang2 haha..nway ChemE Jan07 the best!!! haha..we are 1 big family :)

    ReplyDelete
  2. wartawan liputan pun dop wat laporan gi.. haha~

    ReplyDelete
  3. ELf:
    kepanjangan post directly proportional to the exam gap,hak3

    yup,CHEME JAN 07 is THE BEST
    we are 1 big family..mcm2 ada
    proud to be CHEMEJAN'07

    ReplyDelete
  4. Hazwan Arif:
    relax yau,team ak pun kalah gak,haha
    next league biar team kita plak duk atas tuh,haha
    kata KEREPEK AKAN KEMBALI

    ReplyDelete
  5. nifi a.k.a beliamuda:
    pastikan laporan wartawan liputan plg MANTOPPPP,haha

    ReplyDelete
  6. sila copy paste letak di blog cheme juga ye~

    nice report.

    ReplyDelete
  7. along rufaidah:
    tq
    tak gheti la rufi..
    nipi pandai bab2 nih,huhu

    ReplyDelete
  8. hampir2 je jadi Jo-Gan-Tan..he3

    anyway..pada aku arr..secara peribadi..ko memang berani arr.. coz korang punya corak pmainan, xde pemain ptahanan..semua naik..so.. gua solute sama lu..

    ReplyDelete
  9. terry bogart:
    haha.thanx for the support
    but, frankly to say, tu second time ak main selepas futsal firc tempoh hari
    tiba2 minat main futsal sikit2 timbul
    sekadar bermain utk melepaskan tekanan!
    kalah menang adat pertandingan
    tp CPL mmg gempaq! abis kejang kaki,hak3

    ReplyDelete
  10. ko tengok tak RDD main?.. start 3 minit je, separuh pemain tgolek..semput..ha3..

    ReplyDelete
  11. terry bogart:
    haha,tp xpe sbb ada ko
    defence hebat
    jd striker pun mantop
    xde pluang je lg nk menang
    jumpa lg next year CPL 2010,hoho

    ReplyDelete
  12. siap ad table match... kalah EPL nie... bravo cheme..

    ReplyDelete
  13. nik:
    setaraf ngan EPL dh ni,hak3
    ni buat rujukan utk next CPL next year plak
    dak2 electrex bila lg

    ReplyDelete
  14. owh waktu ni aku join faramel...tp sebab g umah mak angkat aku balik awal hhehe

    ReplyDelete
  15. [ acabond ]:
    owh,ak igt time tuh ko men kejap je
    pastu blk
    apepun, team yg ko masuk dpt no 3 utk CPL 2009 mahupun CPL 2010,hak3

    ReplyDelete