Assalamualaikum


Alhamdulillah dengan izin Allah, kita masih bernafas sehingga hari ini, 27 Ramadan bersamaan dengan 17 September. Semoga hari2 terakhir di bulan ramadan yang berbaki 3 hari ini disempurnakan sebaik mungkin. Beberapa hari saja lagi, seluruh umat islam seluruh dunia akan menyambut hari kemenangan iaitu hari raya aidilfitri
.

Alhamdulillah, saya telah selamat sampai ke kampung halaman tercinta dan selamat sampai ke pangkuan bonda dan keluarga tersayang. Semoga, Aidilfitri yg bakal disambut tidak lama lagi akan bermakna utk kami sekeluarga,insyaAllah. Mudah-mudahan kalian pun turut selamat tiba di kampong halaman masing2.

p/s:kepada rakan2 yg masih di perantauan/kat kampus lg, semoga bersabar.Best berbukak puasa bersama keluarga..hehe


Kepada anda semua terutamanya rakan2 yg akan pulang ke kampung halaman, selamat balik kampung diucapkan. Pandulah kenderaan dengan cermat dan berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang! kepada yg naik bus dan kenderaan awam, bukak lagu balik kampung dendangan sudirman..baru ada feeling balik kg utk berhari raya,hak3..Semoga semua selaamt sampai ke destinasi msg2.


Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, dari hujung rambut ke hujung kaki memohon seribu satu kemaafan buat kalian andai kata ada salah dan silap selama ini. Tak kira la secara langsung atau tak langsung, secara nyata atau maya..kira 0-0 la ye..halalkan segala yg terlebih dan terkurang..maafkan jika ada termaki terhamun, terlebih gurauan..

Semoga di hari lebaran ini, kita saling memaafkan antara satu sama lain. Buang yg keruh, ambillah yg jernih..Tapi lepas ni,jgn keruhkan plak apa yg sudah jernih ni..Mentang2 raya ada 2 kali staun..

Akhir kalam, terimalah post ini sebagai pengganti diri, pengganti kad raya (no budget, no time) utk kalian semua. tak kira siapa jua pun anda dan di mana jua anda berada, terimalah ucapan dari saya

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir dan batin

special dedication to:

  • my family
  • all my friends SK Melor
  • all my friends MRSM Jeli
  • my best friends and classmates (3A and 5A)
  • my friends UTP
  • sahabat dulu,kini dan selamanya
  • cheme jan 07
  • my housemate and roomate
  • all my friends
  • all bloggers
  • all readers
  • all the muslims around the world