Apa yg anda tahu tentang ayam?

Sebut pasal ayam, bermacam jenis ayam

Ayam hutan

Ayam daging

Ayam belanda

Ayam api

Ayam betina

Ayam jantan

Ayam kampong

Dan banyak lagi ayam-ayam kat dunia ini


Ayam bukan sekadar sejenis binatang

Makanan pun ada juga

Nasi ayam

Telur ayam

Gulai ayam

Sup ayam

Tom yam ayam

Kerabu ayam

Murtabak ayam

Ayam goreng

Dan bermacam-macam lagi makanan berasaskan ayam


Tidak cukup sekadar itu,

Ayam juga terkenal dalam peribahasa untuk berbahasa

Kalau buat kerja tidak bersungguh2,org kata hangat2 tahi ayam

Kalau nak ajak orang makan tapi tak ikhlas, org kata ajak2 ayam

Kalau tidur yg tidak nyenyak, org kata tidur2 ayam

Kalau tak nampak dan kurang jelas penglihatan, org kata rabun ayam

Kalau tulisan buruk tak dpt dibaca, org kata cakar ayam

Kalau sesuatu berita tergempar, org kata bagaikan ayam betina bertelur sebiji tetapi heboh sekampung

Tapi kalau berjalan tanpa kasut/selipar apa ya?

Sudah tentulah kaki ayam


Post kali ini pasal kaki ayam dan berkaki ayam

Mengikut definisi kamus dewan

kaki ayam boleh diinterpretasikan sebagai 1. kaki pd ayam; 2. kaki yg tidak berkasut; 3. Sejenis kuih dr keledek;

berkaki ayam pula bererti tidak berkasut/berselipar.


Persoalannya, pernahkah anda terpaksa berkaki ayam?

Terpaksa di sini bererti bukan dengan kerelaan hati

Kalau anda tanya saya.

Ya jawapannya

Tapi kenapa?

Itulah yg ingin dikongsikan kat sini


camni la kot gayanya klu xpakai selipar


Alkisah berlaku pada 12 September 2009

Apabila selesai solat terawikh

Tup2 keluar, tgk selipar kesayangan tak ada dari pandangan

Try search sikit kat kawasan berdekatan

Alamak, tak ada la

Try search plak kat pintu utama

Hah sudah, tak ada juga

Buat relax sudah

Padahal dlm hati tuhan saja tahu

Tak ada lain yg terfikir kat benak fikiran


Hanya 2 perkara

1 – nak curi selipar mana nak bawa balik? atau

2- macam mana nak balik dgn berkaki ayam?


Lama punya fikir, end up dgn guna dua2 yg ada kat fikiran waktu tu

1- amek sepasang selipar yg bertuah kat situ

Haha,tapi awas, jangan bersangka buruk

Saya bukan pencuri

Pinjam sekejap je selipar tuh

Tapi tanpa kebenaran tuan punya la (pencuri gak ke istilah ni,haha)

2- balik dengan berkaki ayam

Sampai kat motor, suruh sahabat hantar balik kat masjid

Then, naik motor tanpa pakai selipar a.k.a berkaki ayam smp kat bilik


Perasaan masa tu bercampur baur

Bengang sebab malu tkt2 org tgk pelik naik motor tanpa selipar (senget ke apa budak ni?)

Lucu sebab tak pernah lagi jadi camni sebelum ni

Tapi kali ni kali ke-2 hilang selipar

Kali pertama kat Negeri Sembilan selepas solat jumaat

Tapi masa tu tok imam masjid kasi selipar masjid bawa balik,haha


Apepun, perkara sekecil ini kadang2 terlepas pandang

Kadang2 kita fikir selipar kita hilang, so why not kita ambil selipar yg ada kat situ

Sedangkan kalau semua org fikir macam tu, smua org jadi pencuri

Last2, tok imam yg kluar last akan balik berkaki ayam

atau

Alah, selipar je pun. Bukan makanan or minuman yg jadi darah daging

Tetapi awas, kita perlu igt, mencuri itu tetap dosa kecil

Dan kena selalu igt bahawa doa org yg teraniaya adalah makbul


Sekian utk entri kali ini

Berkaki ayam itu best (klu skali seumur hidup la..klu skali sebulan tension gak,hoho)

Hilang selipar itu yg tidak best

Sebab kena beli baru,haha



hilang selipar punya angkara
berkaki ayam tanpa kerelaan


updated on 15 september 2009

ayam,
bukan sekadar binatang, makanan dan peribahasa
lawatilah BUKAN SEKADAR CAKAR AYAM
blog yg simple dan sempoi
oleh kalampatah
bukan sekadar cakar ayam,
tetapi cakaran yg memberi input dan info


P/S: promosi sempena tema "AYAM"