UNTUKMU IBU

/
3 Comments


luahan rasa sempena hari ibu 10 May 2009
untukmu ibu tercinta Puan Sebariah Bt Che Cob
terima kasih untuk segalanya
tanpamu disisi,tak mungkin daku dapat gagah berdiri seperti hari ini
alhamdulillah kerana aku dikurniakan seorang ibu yang penyabar (nama lg sebariah) dan tabah
semoga doamu sentiasa mengiringi pejuangan hidupku

*************************************************************************************

20 tahun yg lalu
ku tak tahu keperitan hidupmu menjalani kehidupan sebelum kelahiranku
tak dapat daku bayangkan susah payahmu selama sembilan bulan mengandungkanku
tak dapat daku rasai keperitanmu mempertaruhkan nyawa demi melahirkanku

pabilaku dilahirkan
tak lelap mata engkau berjaga
tak kira siang mahupun malam
pantang berbunyi teriakan kecilku
lantas kau bangun mendapatkanku
terus mententeramkan anak kecilmu
menyusuku bimbang daku kelaparan
membelai daku sampai ketiduran
menukar lampin dan segala macam

tika usiaku makin meningkat
diasuh dididik dengan penuh kasih sayang
tanpa kenal erti putus asa
dari sekecil tapak tangan hingga daku dewasa
kenakalan dan kerenahku menguji kesabaranmu
cubit dan rotan sebagai pengajar
marah dan leteran sebagai nasihat
demi mejadikanku seorang insan

terima kasih ibu
kau sentiasa berada disisi
terus membesarkanku tanpa kenal erti penat lelah
seusiaku 5 tahun
diberikanku pendidikan
dari tadika hingga ke sekolah rendah
diberi apa yg ku mahu
diajar apa yg ku tak tahu
sehinggalah aku mencapai kejayaan
mendapat tempat di sekolah berasrama

seawal usiaku 13 tahun
kita mula dipisahkan oleh jarak
kau merelakan pemergianku
untuk berjuang demi sebuah kejayaan
daku jua akur untuk berpisah denganmu
walau hati amat berat
kutetap teruskan langkahku
walau terpisah jarak, namun kau sentiasa dekat dihati
demi menghadiahkanmu sebuah kejayaan
satu-satunya pengubat jerih payahmu selama ini
alhamdulillah
berkat doamu ibu
sebuah kejayaan telahku tempa
sekuntum senyuman dapat ku ukir diwajahmu
air mata kegembiraanmu berlinang di kelopak mata
umpama permata yang berkilau memancarkan sinarnya

kini
aku berjaya ke manara gading
tertunai sudah impian kecilmu
walau kita semakin jauh terpisah
namun kasih sayangmu tak berubah
begitu jua kasihku padamu ibu
setiap kali daku kesusahan
engkaulah tempatku mangadu
setiap kali daku beroleh kejayaan
engkaulah tempatku berkongsi kegembiraan
doamu sering kupinta untuk kejayaanku
alhamdulillah
berkat doamu mengiringi usahaku selama ini
daku masih gagah meneruskan perjuanganku
semoga aku sentiasa kuat dan bersemangat
untuk mengejar cita-cita
demi segulung ijazah buatmu ibu tercinta

begitu besar pengorbananmu
seorang insan bergelar ibu
tak terkira budi dan jasamu
tak terbalas jasamu ibu
walau dengan segunung permata
berlegar-legar di benak fikiranku
mampukah aku membalas jasamu ibu?

kini
tinggal selangkah untuk daku mara
ke alam bekerjaya
apa yang kuharap doamu ibu
mengiringi daku setiap waktu
kuharap kau sabar menunggu
untukku berbakti kepadamu
moga kau dikurniakan kesihatan yang baik
dipanjangkan umur dimurahkan rezeki
insyaAllah

*************************************************************************************

ibu...
engkaulah pembimbingku
engkaulah teman karibku
engkaulah tempatku mangadu
engkaulah pengubat hatiku
engkaulah penyeri hariku
engkaulah ratu hatiku

ibu...
engkaulah segalanya

HAPPY MOTHER'S DAY
SELAMAT HARI IBU

"wo hen ai wo de mama"

nukilan rasa: penaberkala





You may also like

3 comments:

  1. penaberkala starting to write

    "when voice become visible, muteness become readable"

    ReplyDelete
  2. apa tu wo hen ai wo de mama?

    ReplyDelete
  3. maksudnya saya sangat cinta ibu saya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...