IFTAR RUMAH LAUK OLEH MARVELOUS MAMA DI SHAFTSBURY PUTRAJAYA

Sempena Ramadan yang penuh keberkatan, Marvelous Mama Sdn Bhd telah mengadakan majlis Pembukaan Iftar di Rumah Lauk yang menawarkan pengalaman bufet Ramadan berkonsepkan masakan kampung dan warisan yang akan berlangsung di Nafoura Hall, LC-01, Shaftsbury Putrajaya. 


Marveleous Mama Sdn Bhd juga telah mengumumkan perancangan pembukaan restoran tetap Rumah Lauk di Kuala Lumpur pada penghujung April ini, diikuti dengan pembukaan restoran dengan jenama yang sama di London dan Jakarta pada tahun ini juga.




Mengangkat konsep “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”, inisiatif ini membawakan hidangan autentik bercitarasa rumah kepada masyarakat, khususnya keluarga dan organisasi korporat di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Serdang.


Dengan tawaran harga di bawah RM100 untuk buffet Ramadan, Iftar di Rumah Lauk menyajikan lebih 150 variasi hidangan kampung setiap hari, menu tradisi dan warisan Malaysia. Selain itu, majlis diserikan lagi dengan persembahan buskers secara langsung setiap hari dan kehadiran selebriti jemputan setiap hujung minggu.

Kemudahan surau untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih juga turut disediakan. Sempena majlis pembukaan tempoh hari, 200 pelanggan terawal berpeluang menikmati juadah berbuka puasa secara percuma. 


Rusa Golek Setiap Hari

Berbeza daripada kebanyakan bufet Ramadan yang menawarkan kambing golek, Iftar di Rumah Lauk tampil unik dengan menyajikan Rusa Golek sebagai hidangan istimewa setiap hari.


Diperap dengan rempah ratus tradisional dan dipanggang sehingga sempurna, Rusa Golek ini menjadi simbol kelainan serta keberanian jenama dalam memperkenalkan variasi premium yang jarang ditemui dalam bufet Ramadan biasa.


Cabutan Bertuah Bernilai Tinggi

Sebagai penghargaan kepada para pelanggan, pihak penganjur turut menyediakan cabutan bertuah pada 17 Mac 2026 yang menawarkan Hadiah wang tunai, emas serta pelbagai hadiah menarik lain. Inisiatif ini dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung sepanjang bulan Ramadan.



Dari Kilang ke Pasaran Antarabangsa

Marvelous Mama Sdn Bhd merupakan pengeluar makanan sejuk beku sedia dimakan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Antara produk eksport utama termasuk Rendang, Lemang, Durian, Ketupat Palas, Daging Dendeng, Sata Ikan & Ayam, Acar Ikan Talang dan lain-lain.



Produk-produk ini kini dieksport ke Dubai dan London, dengan perancangan melebarkan pasaran ke negara-negara lain dalam masa terdekat. Sata ikan dan ayam keluaran Marvelous Mama khususnya mendapat pujian ramai atas keenakan rasa, keseimbangan rempah serta keaslian resipi tradisi yang dikekalkan. Lemang durian dan serawa pastinya menjadi hidangan istimewa di aidilfitri ini.



Marvelous Mama Sdn Bhd

Marvelous Mama Sdn Bhd ialah syarikat pengeluaran makanan sejuk beku sedia dimakan yang memfokuskan kepada masakan tradisional dan warisan Malaysia. Dengan kejayaan eksport ke Dubai dan London serta perancangan peluasan pasaran global, syarikat ini komited membawa cita rasa kampung Malaysia ke pentas antarabangsa, tanpa mengorbankan keaslian rasa.


Tempahan & Pertanyaan Media
Mohd Aqil
📞 013-277 7922 (Tempahan Korporat)
📞 013-277 7244 (Tempahan Biasa)

Post a Comment

0 Comments