Showing posts with label DapurPB. Show all posts
Showing posts with label DapurPB. Show all posts
Rasanya tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Macam mana raya korang? Untuk yang tak dapat balik beraya di kampung macam aku, bersabar lah ye. Sama-sama kita timba pengalaman baru. Apa aktiviti korang sepanjang cuti raya ni memandangkan tak dapat menziarah ke rumah saudara-mara dan kawan-kawan? Untuk aku, memang aku spend time di dapur. Buat menu-menu favorite kalau balik beraya di kampung. Untuk tengok menu yang dah aku buat, korang boleh follow hashtag #DapurPB di media sosial.


Apapun, untuk perkongsian kali ini. Aku nak share 2 resipi ringkas menggunakan Kismis California. Actually, ini first time aku buat Puding Roti. Jadi, alang-alang dah berjaya buat dengan hasil yang yummeh, aku nak share kat sini buat kenang-kenangan. Untuk sesiapa yang nak try buat Puding Roti, hah boleh lah refer resipi ni. Serious, memang cepat, mudah dan sedap! Paling penting, menu berkhasiat.


Resipi Puding Roti Kismis California dan Sos Kastard


Bahan-bahan Puding Roti Kismis California
  • 4 sudu besar Kismis California
  • 2 sudu makan mentega dicairkan
  • 8 keping roti sandwich
  • 500 ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan Sos Kastard
  • Susu segar 400 ml
  • Air 50 ml
  • 1 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan tepung Kastard (larutkan dalam air) 


Cara Penyediaan Puding Roti
  1. Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
  2. Tambah 3 biji telur
  3. Masukkan mentega yang dicairkan
  4. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
  5. Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
  6. Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
  7. Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
  8. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
  9. Taburkan Kismis California
  10. Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius

Cara Penyediaan Sos Kastard
  1. Tuangkan susu segar
  2. Masukkan air
  3. Tambah gula 
  4. Tambah larutkan tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
  5. Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api

Kalau nak lagi sedap, korang boleh letak Puding Roti Kismis California dan Sos Kastard tadi dalam peti. Puding Roti Kismis California dan Sos Kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat. Memang sedap!




Resipi Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California 


Bahan-bahan Sos Buah Mangga dan Kismis California
  • 3 sudu besar Kismis California
  • 1 biji mangga dipotong kiub
  • ½ biji mangga pureed

Bahan-bahan Dadih
  • 2 cawan air
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 1 litre susu segar
  • 3 sudu makan gula perang

Cara Penyediaan Dadih
  1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih
  2. Masukkan susu segar dan gula
  3. Apabila sudah mendidih tutup api 
  4. Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
  5. Masukkan ke dalam peti ais 
Cara Penyediaan Sos Buah Mangga
  1. Kisar mangga hingga menjadi pureed
  2. Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib
Dadih yang sudah mengeras dan sejuk siap-sedia untuk dihidangkan. Korang hanya perlu tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Hidangan ini memang sedap untuk dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi. 

Jom Raya Secara Sihat

Semenjak raya ni kan, aku dah makan macam-macam benda. Korang pun mesti sama kan? Jadi, di kesempatan ini juga aku nak berkongsi tentang tips raya secara sihat. Perkongsian ini istimewa dari dietitian iaitu Nurul Aziah Musa. Jom sama-sama kita baca dan ambil sedikit-sebanyak ilmu utnuk sama-sama kita amalkan.


Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini.

Antara garis panduan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
  1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
  2. Pilih makanan yang sihat.
  3. Pilih makanan yang tinggi serat
  4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak 
  5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
  6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam 
  7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis-gula
Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga.  Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.


Kismis California adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah & profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan


Antara sumber pilihan makanan sihat yang boleh disediakan untuk juadah Hari Raya adalah daripada buah-buahan kering seperti Kismis California. Kismis California merupakan sumber makanan yang manis secara semulajadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan “Sweet Naturally”, Kismis California tiada gula tambahan dan ianya merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi.

Menjadi makanan ringan yang sihat dengan kemanisan semula jadi bermakna Kismis California dapat digunakan sebagai pengganti gula untuk banyak resipi termasuk roti dan kek.


Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikan-nya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati.

Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda.  Oleh itu, anda harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan. 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, korang boleh berkunjung ke website dan facebook Kismis California. 

Website:

Facebook:

Makan Secara Sihat, Resipi Kehidupan Sihat!
Setiap kali balik kampung, aku akan rasa excited. Pertama, sebabnya time balik kampung ni la time nak makan semua makanan-makanan favorite especially masakan mak. Kemudian, time ni juga lah aku boleh top-up serba-sedikit ilmu baru untuk belajar memasak menu-menu favorite. Siapa kat sini suka memasak? Mesti korang akan teruja bila duk kat dapur dan tengok mak korang tengah masak kan? Dapat menyibuk pegang-pegang sudip dan kacau-kacau lauk-pauk di dapur jadi lah. Asalkan, time duk buat kalut kat dapur tu, dapat juga lah sedut serba-sedikit ilmu baru macam mana nak masak sesuatu juadah. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share resipi favorite aku sejak dari kecil sampailah sekarang iaitu Sup Tulang, Sambal Bilis dan Sambal Goreng.


Apa yang special untuk segmen resipi kali ini adalah aku dapat berganding dengan Mek di dapur. So, bolehlah belajar buat Sup Tulang, Sambal Bilis dan Sambal Goreng ni. Lagi satu, menu ni special sebab aku gandingkan menu favorite aku dengan bahan utama (superstar) untuk juadah kali ini iaitu ubi kentang U.S. (U.S. Potato). Korang pernah dengar tak tentang U.S. Potato? Hah, kalau belum pernah dengar, korang boleh je pergi supermarket berdekatan dengan korang. Confrim ada!


Siapa kat sini bila masak je, suka letak ubi kentang dalam menu masakan? Personally, aku memang suka kalau makan apa-apa juadah yang ada ubi kentang. Orang kata, "Eh, tak boleh makan ubi kentang banyak-banyak, nanti gemuk!". Rupa-rupanya, bila aku baca balik info berkaitan U.S. Potato baru-baru ini, itu semua hanyalah miskonsepsi ataupun mitos. 


Untuk pengetahuan korang semua, satu biji kentang U.S. Potato yang bersaiz sederhana (148gram) mempunyai 110 kalori. Paling menarik, ia TIADA LEMAK (FAT), TIADA SODIUM dan TIADA KOLESTEROL. Lagi satu, Ubi Kentang U.S. Potato sebenarnya mengandungi lebih banyak 'potassium' berbanding pisang dan ia juga mengandungi vitamin C. So, kalau orang kata makan pisang tu boleh mengenyangkan, sebenarnya makan ubi kentang lagi boleh mengenyangkan. 


Ubi Kentang U.S. Potato ni pendek kata memang sesuai untuk korang yang merancang untuk mengamalkan program diet. Sebab apa? Sebab korang boleh skip makan nasi atau sumber karbohidrat yang lain dan gantikan dengan ubi kentang U.S. Potato. Korang akan rasa kenyang dengan lebih baik berbanding makan makanan ringan yang lain.


So guys, tanpa berceloteh panjang. Jom, kita tengok resipi istimewa dari #DapurPB x #DapurBonda untuk kali ni, hehe. Untuk resipi special kali ini, aku namakannya U.S. Russets Sup Tulang with Sambalicious U.S. Waffle Cuts. 


Sempena kempen U.S. Potato Rasa Meriah, aku namakan set hidangan kali ini sebagai "Dulang Raya". Actually, it is specially made to appreciate my favorite dishes. Gandingan menu favorite dalam satu Dulang untuk meraikan hari bahagia bersama keluarga tercinta esepcially di hari lebaran. Jadi, untuk perkongsian kali ini, aku nak share bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan juadah istimewa ini dan serba ringkas cara-cara untuk memasak. Check it out!

U.S. RUSSETS SUP TULANG


Bahan-bahan
  1. Ubi Kentang (U.S. Russets)
  2. Tulang Lembu
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih
  5. Halia
  6. Kulit kayu manis
  7. Rempah sup
  8. Gula
  9. Garam



Cara-cara menyediakan U.S. Russets Sup Tulang
  1. Rebus tulang lembu dalam periuk berisi air. 
  2. Biarkan sehingga mendidih
  3. Ketuk bawang merah, bawang putih dan halia. 
  4. Masukkan ke dalam periuk. 
  5. Masukkan kulit kayu manis. 
  6. Masukkan Rempah Sup dan kacau sehingga rata
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  8. Perlahankan api dan biarkan sehingga daging empuk
  9. Masukkan potongan Ubi kentang (U.S. Russets) dan biarkan sehingga lembut
  10. Tutup api dan U.S. Russets Sup Tulang siap sedia untuk dihidangkan
  11. Tabur sedikit bawang goreng, daun Sup, daun bawang, limau nipis dan potongan cili untuk dinikmati

Sambalicious U.S. Waffle Cuts

  1. U.S. Waffle Cuts
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih 
  4. Bawang besar
  5. Lada kering
  6. Ikan bilis
  7. Garam
  8. Gula
  9. Asam keping




Cara-cara menyediakan Sambalicious U.S. Waffle Cuts
  1. Rebus lada kering sehingga lembut supaya senang untuk dikisar
  2. Kisar lada kering tadi bersama bawang merah, bawang putih dan bawang besar
  3. Panaskan minyak masak
  4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi
  5. Kacau sehingga sebati
  6. Masukkan gula secukup rasa
  7. Masukkan 2-3 keping Asam keping
  8. Bila Sambal separuh masak, masukkan ikan bilis
  9. Masukkan garam secukup rasa
  10. Tunggu sehingga Sambal pecah minyak dan tutup api
  11. Masukkan US Waffle Cuts ke dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 150 degree Celcius 
  12. Sambal siap untuk dihidangkan bersama US Waffle Cuts untuk Dulang Raya bersama US Russets Sup Tulang



Maka, terhasillah Dulang Raya yang menyajikan U.S. Russets Sup Tulang bersama Sambalicious U.S. Waffle Cuts. Macam mana, nampak sedap tak menu yang dikongsi kali ini? Kombinasi Sup Tulang dengan U.S. Potato memang padu. Sedap untuk dimakan begitu sahaja. Boleh makan tanpa nasi, tetapi ia tetap mengenyangkan. Untuk side dish dan rasa pedas, disarankan untuk dihidangkan bersama U.S. Waffle Cuts berserta sambal goreng dan samba bilis. Fuh, memang legend! Korang jangan lupa try tau. Selamat mencuba!


Sempena dengan kempen U.S. Potato Rasa Meriah ni juga, korang boleh join contest mudah untuk menang voucher cash dari U.S. Potato. Caranya mudah je, korang LIKE FB Page MYpotatoesUSA dan klik LIKE untuk VOTE menu pilihan korang. Dan memandangkan menu yang aku share tadi juga disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 menu terpilih, aku minta jasa baik semua readers dan sesiapa sahaja yang membaca blog ni untuk klik LIKE dan VOTE Resipi 8 di FB U.S. Potato seperti yang ada kat bawah ni. Thank you! 


VOTE untuk @penaberkala



Untuk maklumat lanjut tentang U.S. Potato, korang boleh baca di FB Page MYpotatoesUSA

Kalau korang pernah baca artikel-artikel berkaitan DapurPB, mesti korang dah tahu kan apa menu-menu yang pernah aku kongsikan di blog? Bukan nak kata aku pandai masak, apatah lagi nak gelarkan diri seorang chef. Cuma, kadang-kadang aku memang suka memasak, suka explore macam mana nak hasilkan menu-menu favorite hasil air tangan sendiri. Dan paling penting, sekadar perkongsian untuk lelaki bujang di luar sana untuk mencuba sendiri menu-menu simple di dapur.



Biasanya, aku akan guna bahan-bahan mentah dan rempah-ratus kalau nak masak. Proses nak sediakan bahan ni paling lama untuk settle. Tapi, kalau dah sibuk, kesuntukan masa, memang kena guna alternatif lain. Antara trick yang aku gunakan untuk menjimatkan masa dalam menyediakan hidangan adalah dengan menggunakan pes. Seriously, tak payah nak sediakan banyak bahan dan tak perlu nak blend itu ini. Jimat banyak masa. Dan antara produk yang korang patut cuba adalah Pes Ayamas.


Aneka Pes dan Sos segera dari Ayamas Kitchen


Biasanya kita tahu, Kedai Ayamas adalah salah satu rangkaian jualan produk berasaskan ayam especially roasted chicken. Siapa sangka, sekarang Ayamas telah melancarkan aneka pes dan sos segera baharu menerusi jenama Ayamas Kitchen. 


Antara produk baharu yang dikeluarkan oleh Ayamas Kitchen adalah  sos rendang, pes masak merah pes kurma dan serbuk pati ayam. Pes segera yang padat dengan campuran rempah ratus asli ini semestinya akan memudahkan kita semua untuk memasak hidangan tradisional di rumah dengan cepat dan paling penting menjimatkan masa. So, memang kena dengan tagline mereka iaitu "Cepat, Mudah dan Lazat".



Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah


Pes segera ini merupakan rencah tumis yang boleh dicampur dengan air, stok atau santan, hirisan bawang, kentang atau tomato cincang, bagi menghasilkan kuah yang lazat. Pes segera ini sesuai untuk memasak aneka juadah seperti ayam, daging atau makanan laut dalam masa kurang 30 minit.



Cepat, Mudah dan Lazat


Resipi Ayam Masak Merah dari Ayamas

  1. Sediakan bahan-bahan seperti hirisan bawang besar, bawang merah, tomato, ketulan ayam yang digoreng separuh masak dan paling penting Pes Masak Merah dari Ayamas Kitchen
  2. Panaskan minyak dan masukkan Pes Masak Merah serta sedikit air (bergantung kepada kepekatan kuah yang dikehendaki)
  3. Tumis pes Masak Merah sehingga pecah minyak
  4. Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak
  5. Masukkan hirisan bawang besar dan bawang merah. 
  6. Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan siap sedia untuk dihidangkan


Ayam Masak Merah


Untuk dapatkan hasil masakan Ayam Masak Merah mengikut citarasa sendiri, korang boleh tambah sedikit garam atau gula secukup rasa. Untuk kuah pulak, korang boleh decide nak cair atau pekat. Dan, dalam masa 30 minit hidangan Ayam Masak merah siap-sedia untuk dihidangkan. Mudah kan? Selamat mencuba!



Pes Ayamas


Bukan Pes Masak Merah je ada, macam-macam lagi pes segera dan sos masakan yang ada dari Ayamas Kitchen. Korang boleh pilih menu kegemaran korang untuk dicuba!


Pes Kurma, Sos Rendang, Pes Masak Merah dan Pati Ayam



Ayam Masak Kurma


Rendang Ayam


Sempena majlis pelancaran produk baru Pes Segera dari Ayamas Kitchen ini, kami bersekesempatan dan berpeluang untuk mencuba sendiri hasil juadah yang disediakan menggunakan pes segera semasa Ayamas Kitchen Bloggers Party di QSRT Glenmarie, Shah Alam. 


Ayamas Kitchen Blogger Party


Nasi Impit dan Rendang Ayam


Nasi Beriani, Ayam Masak Merah dan Ayam Masak Kurma


Berita baik untuk korang semua! Sos rendang, pes kurma dan pes masak merah Ayamas Kitchen masing-masing dijual pada harga serendah RM2.80 setiap paket yang mengandungi 100 gram. So guys, kalau korang nak cuba, bolehlah dapatkan produk pes segera Ayamas Kitchen ini di semua rangkaian Kedai Ayamas seluruh negara. Paling best, produk ni juga bukan saja sesuai untuk digunakan di rumah, malah amat sesuai untuk dibawa ke mana-mana especially time travel di dalam atau ke luar negara.


Harga: RM2.80 setiap paket yang mengandungi 100 gram.


Untuk info lanjut berkaitan produk Ayamas atau  promosi terkini, korang boleh rujuk di FB Page Kedai Ayamas – Ayamas Roaster dan website www.kedaiayamas.com.
Kalau korang follow di instagram menerusi hashtag #DAPURPB,  bolehlah tengok menu-menu yang pernah aku masak.  Di blog pun ada aku share beberapa resipi mudah dari Dapur Bujang. Sebenarnya,  tak sangka juga, hanya bermula dari suka-suka sekadar nak try belajar masak,  akhirnya memasak dah jadi salah satu hobi especially time weekend. The best thing about cooking is we can express our feelings thru food.  Kita masak, kita makan. Yang penting,  kita enjoy mencuba sesuatu yang baru dan dapat menikmati apa yang kita usahakan di dapur. Satisfaction! 


Salah satu menu favorite aku adalah Nasi Beriani.  Memandangkan aku asal dari Kelantan,  jadi jarang sangat kalau nak masak atau makan Nasi Beriani.  Biasanya, kalau di Kelantan especially bila aku balik kampung, kami selalu masak Nasi Lemak, Nasi Dagang atau Nasi Kerabu.  Jadi, agak janggal kalau nak masak Nasi Beriani. Dan sangat susah kalau nak cari di kedai-kedai makan di sekitar Kelantan.  Time raya pun, tak ramai orang masak Nasi Beriani. Kalau di KL,  memang senang nak dapat. 


Nasi beriani


Memandangkan aku ni sejenis yang suka makan Nasi Beriani, jadi aku tekad.  Satu hari nanti,  aku mesti belajar cara untuk memasak Nasi Beriani.  At least,  bila balik kampung especially time cuti raya, bolehlah tunjuk skill dan masak untuk family.  Ye dak? Persoalannya,  mudah ke nak masak Nasi Beriani ni? Semuanya terjawab bila aku jumpa Serbuk Rempah Nasi Beriani Mak Siti. 


Resipi Nasi Beriani


Langkah pertama aku dalam misi belajar cara nak masak Nasi Beriani adalah belajar tentang resipi.  First step to knowledge is to be ignorant.  Mujurlah dunia sekarang semuanya di hujung jari.  Kita hanya perlu search di google "Resepi Nasi Beriani", terus berderet-deret resepi yang keluar. Fuh, mudah betul hidup.  Hahaha. Jom kita try! 


Nasi Beriani dengan Serbuk Rempah Nasi Beriani Mak Siti


Aku yakin dan percaya,  ramai lagi orang di luar sana yang sedang mencari resipi Nasi Beriani dan merancang untuk masak sendiri. Betul tak?   Jadi, di kesempatan ini aku nak share Resipi Mudah Nasi Beriani menggunakan Serbuk Rempah Nasi Beriani Mak Siti. Semoga bermanfaat! Psssst. Kalau korang masak Nasi Beriani tu,  jemput la aku sekali makan ye. Hehe


Bahan-bahan

  1. 3 cawan beras Moghul Faiza
  2. 1/2 Ekor Ayam - Potong sederhana besar
  3. 1 paket Serbuk Rempah Beriani Mak Siti
  4. 4 cawan air
  5. Bawang merah - dihiris
  6. Bawang putih - dihiris
  7. Kayu manis
  8. Bunga Lawang
  9. Biji Pelaga
  10. Bunga Cengkih
  11. Daun Pudina
  12. 1 biji Tomato - dipotong 4
  13. 1 sudu minyak sapi
  14. Setengah senduk minyak masak


Serbuk Rempah Nasi Beriani Mak Siti


Cara Masak Nasi Beriani

  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk nasi
  2. Masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih
  3. Masukkan 4 sekawan rempah seperti kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, dan bunga cengkih
  4. Tumiskan bahan-bahan berikut sehingga naik bau
  5. Bancuhkan rempah beriani Mak Siti dengan sedikit air
  6. Masukkan bancuhan rempah beriani Mak Siti tadi dan tumiskan sehingga pecah minyak
  7. Masukkan 3 sudu kecil garam dan perasa 
  8. Masukkan 1 cawan air
  9. Bila dah hampir nak mendidih, masukkan potongan ayam dan kacau biar sebati
  10. Tutup periuk dan biarkan ayam cepat masak
  11. Agak-agak ayam dah hampir masak, masukkan daun pudina dan potongan tomato tanpa perlu dikacau
  12. Masukkan beras yang telah dibasuh
  13. Masukkan 3 cawan air dan ratakan beras.
  14. Tutup periuk dan biarkan sehingga air kering
  15. Bila air dah kering, kecilkan api
  16. Untuk mendapatkan nasi beriani yang berwarna kuning lebih mengancam, boleh tambah pewarna. Titik di atas nasi yang hampir masak untuk beberapa titik dan biarkan nasi betul-betul kering dan masak
  17. Bila nasi dah masak sempurna, baru kacau sebaiknya untuk dapatkan warna nasi yang sekata.

Serbuk Rempah Nasi Beriani Mak Siti


Inilah hasilnya! Nasi beriani menggunakan serbuk rempah Nasi Beriani Mak Siti. Sangat mudah dan cepat. Apa yang penting, cukup rasa. Korang kalau nak cuba masak sendiri Nasi Beriani,  bolehlah cuba guna serbuk rempah Nasi Beriani Mak Siti. Sesuai untuk beginner macam aku, haha. So,  we can cook like a pro.  Oyeah!


Nasi Beriani bersama Rendang Daging dan Ayam Masak Kurma


6 Menu Mudah Menggunakan Rempah-Ratus Mak Siti


Bukan setakat Nasi Beriani, macam-macam lagi rempah-ratus Mak Siti yang ada di pasaran yang boleh kita dapatkan untuk membantu kita semua menghasilkan menu-menu yang super sedap dan lazat. Especially bila kita plan nak buat open house ataupun jamuan besar-besaran, dengan adanya rempas-ratus Mak Siti segalanya akan menjadi mudah dan cepat. Molek benarlah kan,  Hari Raya pun dah dekat. Elok beli mana yang patut dan get ready untuk masak buat open house. 


Di sini aku kongsikan 6 menu mudah yang dapat kita sediakan dengan hanya menggunakan rempah-ratus Mak Siti. Semoga dengan perkongsian ini,  sedikit-sebanyak dapat membantu korang semua untuk bagi idea untuk korang semua nak masa apa nanti.  Cekidout! 


1) Rendang Daging

Serbuk Rempah Rendang Mak Siti


2) Soto Ayam

Serbuk Rempah Sup Soto Mak Siti

Nak tahu resipi Soto Ayam?  Korang boleh rujuk blog Afzal: Resipi Soto Ayam


3) Ayam Masak Kurma

Serbuk Rempah Kurma Mak Siti


4) Ayam Masak Merah

Serbuk Cili Mak Siti


5) Kari Daging

Serbuk Rempah Kari Daging Mak Siti


6) Ikan Masak Kicap

Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti


Rempah-Ratus Mak Siti


Mesti korang nak tahu kan,  apa yang special sangat tentang Rempah-Ratus Mak Siti? First and foremost,  korang kena tahu semua produk Mak Siti dihasilkan dari bahan yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan bebas daripada perasa tiruan. Maksudnya,  Rempah-Ratus Mak Siti tiada MSG, tidak mengandungi bahan pengawet, tiada perisa tambahan atau pewarna. Dan satu lagi yang korang kena tahu, perusahaan Rempah-Ratus Mak Siti menembusi pasaran tempatan semenjak tahun 1975.


Siapa sangka,  produk Bumiputra ini sudah bertahan selama 42 tahun dalam industri. Fuh,  salute! Perusahaan Rempah-Ratus Mak Siti bernaung di bawah  pengurusan Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd. Bukan sahaja bebas MSG,  malah produk mereka dijamin Halal oleh JAKIM.


Satu lagi fakta yang aku sendiri baru tahu adalah mereka mempunyai ladang sendiri yang telah diiktiraf sebagai "The Largest Herbs & Spices Plantation" oleh The Malaysia Book of Records (MBR). Ladang seluas 3,200 ekar ini terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Johor.

Produk Utama Rempah-Ratus Mak Siti


Jadi,  untuk korang yang berminat untuk mendapatkan produk Rempah-Ratus Mak Siti,  korang boleh dapatkan di kedai-kedai runcit, pasaraya dan Hypermarket seperti Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin


Produk Utama Rempah-Ratus Mak Siti


Produk Utama

  1. Serbuk Rempah Kari Daging
  2. Serbuk Rempah Kari Ikan
  3. Serbuk Rempah Kari Makanan Laut
  4. Serbuk Rempah Kurma
  5.  Serbuk Rempah Rendang
  6. Serbuk Rempah Masak Kicap
  7. Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan
  8. Serbuk Rempah Sup Kepala Ikan
  9. Serbuk Rempah Nasi Briyani
  10. Serbuk Cili
  11. Serbuk Kunyit
  12. Sup Tulang
  13. Sup Punjut
  14. Sup Soto
  15. Raja Sup


Pelancaran Produk Baru


Baru-baru ini, mereka telah melancarkan produk baru. Kali ini, mereka tampil dengan lebih inovatif dengan menghasilkan rempah-ratus dalam botol untuk dipasarkan. Dengan menampilkan botol yang unik,  packaging yang mesra pengguna dan memasarkan produk rempah-ratus yang lain dari yang lain termasuklah serbuk daun limau purut, Rempah-Ratus Mak Siti tampak lebih kompetatif dan relevan dalam industri. Seriously,  aku sangat teruja dan kagum! 


Produk Baru Rempah-Ratus Mak Siti


Produk Rempah Dalam Botol

  1. Emping Cili (Chili Flakes)
  2. Serbuk Cili
  3. Daun Limau Purut
  4. Serbuk Daun Limau Purut
  5. Serbuk Kayu Manis
  6. Serbuk Halia
  7. Serbuk Lada Putih
  8. Serbuk Lada Hitam
  9. Serbuk Kunyit


Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim


Selain Majlis Pelancaran Produk Baru Rempah-Ratus Mak Siti,  Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim bertempat di Restoran Rempah Kari Mak Siti, Bandar Tun Razak. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengurus Besar Nasuha Enterprise Sdn Bhd, Puan Siti Khawa Jannah Nasuha. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak yatim, bloggers dan barisan selebriti seperti Azaharina dan Jojie. 


Majlis Pelancaran Produk Rempah-Ratus Mak Siti


Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim


Setakat ni saja untuk perkongsian kali ini. Harap-harap,  korang semua tahu la ye tentang kehebatan dan kelebihan produk Mak Siti.  Kalau nak cuba sendiri masakan Mak Siti,  korang boleh bertandang ke Restoran Rempah Kari Mak Siti, di Bandar Tun Razak. Pasti korang teruja bila dapat makan masakan seperti masakan mak kat kampung. Sesuai lah dengan tagline mereka,  "Ingat mak, Ingat Mak Siti".


Apapun,  kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Rempah-Ratus Mak Siti,  boleh follow mereka di laman media sosial. 


Website:

Facebook:

Instagram :

Alamat :
Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. 
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor. 

Tel : 
06-9737508 / 06-9737509

Whatsapp : 
017-3309330

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...