Filem Pagari Bulan Memaparkan Kisah Penjajahan Jepun Di Kelantan

Dah lama tak tengok filem berkualiti macam ni. Dari segi sinematografi, lakonanan dan jalan cerita, secara keseluruhannya Pagari Bulan adalah sebuah filem yang wajib ditonton untuk tahun 2023. Mempertaruhkan barisan pelakon baru dan lama, gandingan mantap antara pelakon dengan lantunan skrip dalam dialek Kelantan, menjadikan filem Pagari Bulan berada dalam kelasnya yang tersendiri. 

Sebagai orang Kelantan, aku bangga bila kesemua pelakon dalam filem Pagari Bulan mampu bertutur dalam dialek Kelantan dengan natural, tanpa rasa kekok. Walaupun ada sedikit-sebanyak sebutan yang tak sepenuhnya bunyi macam orang Kelantan bercakap, tapi aku salute dengan semua barisan pelakon yang telah berjaya membawa watak masing-masing dengan jayanya. Bukan senang ye nak bercakap dalam dialek Kelantan especially untuk orang yang bukan berasal dari Kelantan. Untuk korang yang bukan berasal dari Kelantan, jangan risau. Korang boleh faham bila tengok filem Pagari Bulan sebab ada subtitles. Sambil menonton, aku yakin korang pun automatik akan belajar tentang loghat Kelantan.


Baru-baru ni, aku berpeluang dan berkesempatan untuk hadiri Malam Gala Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan di Dadi Cinema, Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Malam Gala Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan diadakan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan. Filem yang diterbitkan oleh ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD yang berjudul Pagari Bulan ini  memaparkan semangat patriotisme dalam memperjuangkan wanita yang bangkit dari penindasan askar Jepun. Majlis Malam Gala ini turut dihadiri oleh barisan pelakon Pagari Bulan, selebriti Malaysia, pengarah filem ternama, pelakon veteran dan media. 



Pihak produksi ELEVEN FIELD CREATIVE SD BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.


Pengarah Pagari Bulan, Ts Raja Mukhriz telah mempertaruhkan Nazeera Sardi sebagai tunjang utama bagi memegang watak sebagai pejuang yang memartabatkan kaum wanita. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat tanah air yang lain iaitu Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong dan Michael Ang. Idea filem ini datangnya daripada Ellyna Ahmad dan Ts Raja Mukhriz setelah melihat belum ada genre 'comfort women' yang diketengahkan dalam filem tanah air. Skrip dan lakon layar Pagari Bulan oleh Siti Jasmina Ibrahim. Filem Pagari Bulan mengetengahkan isu "women empowerment".



Sinopsis Filem Pagari Bulan

PAGARI BULAN mengisahkan tentang Bulan yang merupakan anak sulung perempuan kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan. Penduduk kampung berdekatan dan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung mereka daripada didera, dibunuh, dan mempertahan anak gadis yang menjadi sasaran tahanan ole tentera Jepun. Bulan bersama-sama adiknya Kasih dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap dan dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu.



Info Filem Pagari Bulan

Tajuk Filem : Pagari Bulan
Durasi : 100 minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Aksi, Sejarah

Idea Asal : Ellyna Ahmad
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Raja Mukhriz Bin R. Ahmad Kamaruddin

Pelakon :
Nazeera Sardi sebagai Bulan
Aniq Durar sebagai Miura
Trisha Ooi sebagai Sui Li
Alvin Wong sebagai Kuzawa
Andy Teh sebagai Leftenan Azu
Michael Ang sebagai Ah Leong
Wan Azli Wan Jusoh
Chelsia Ng sebagai Momosan
Laila Nasir sebagai Hasnah
Hazi Juzaili sebagai Nida
Irin Puteri
Azlan Komeng
Helmy Hakim
Wanji Aswandi
Nik Mazli
Tengku Afzan

Penerbit : Eleven Field Creative Sdn Bhd
Edaran : METROWEALTH



Sharifah Shahora selaku penerbit filem Pagari Bulan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer temasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini. Filem "Pagari Bulan" akan disiarkan mulai 5 Oktober 2023 di lebih daripada 60 pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura.

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan filem Pagari Bulan. Jalan cerita, perkembangan plot cerita dan lakonan daripada barisan pelakon memang sempurna. Paling aku kagum dengan visual dan cinematografi. Memang cun dan puas hati tengok. Sebuah filem penuh emosi, menyentuh hati dan perasaan. So guys, jangan lepaskan peluang untuk tonton sendiri filem Pagari Bulan mulai 5 Oktober 2023 ni. Filem patriotisme yang lain dari biasa. Highly recommended!

Post a Comment

0 Comments