Filem Ride On Lakonan Jackie Chan Kini Di Pawagam!

Filem RIDE ON lakonan Jackie Chan kini di pawagam! Siapa kat sini peminat Jackie Chan? Mesti korang ternanti-nanti kemunculan Jackie Chan di layar perak kan? Aku pun salah seorang peminat Jackie Chan yang membesar dengan filem-filem aksi dan komedi beliau. Bayangkan dulu tak ada sosial media, hiburan keluarga adalah dengan menonton tv. Bila ada tayangan filem Jackie Chan di tv, saat itu lah family semua berkumpul bersama untuk menonton Jackie Chan beraksi. Fast forward, Jackie Chan dah meningkat usia, jarang dah berlakon. Tapi, setiap filem yang dibintangi oleh Jackie Chan tak pernah menghampakan peminat. Bila dengar ada filem baru RIDE ON lakonan Jackie Chan, aku excited gila nak tengok. Lagi-lagi bila dapat tiket tayangan perdana (Premiere Screening) dari Shanghai Pictures untuk menjadi penonton terawal di Dadi Cinema, Pavilion KL. Terima kasih Shanghai Pictures, Lotus Five Star dan Infinity Entertainment Marketing.


Filem RIDE ON dibawakan oleh Pemegang Hak Pengedaran Malaysia, Shanghai Pictures Sdn. Bhd. dan diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing. Filem RIDE ON adalah sebuah filem aksi komedi yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 13 April 2023. Korang dah ready ke belum? Jom, book tiket movie cepat-cepat!

Lama kan tak tengok Jackie Chan berlakon? Personally, bagi aku Jackie Chan adalah living legend yang berbakat besar dalam lakonan lagak ngeri (stuntmen). Bukan sekadar aksi lagak ngeri dan kungfu, lakonan Jackie Chan juga kebiasaanya akan disulam dengan babak-babak lawak yang mampu menggeletek penonton sampai tak kering gusi. Untuk tahun 2023, Jackie Chan tampil membintangi filem terbaru RIDE ON selepas hampir 3 tahun tidak muncul di layar perak. 

RIDE ON adalah hasil karya yang ditulis dan diarahkan oleh Larry Yang. Pembikinan filem RIDE ON telah menggabungkan minatnya terhadap kuda dengan filem aksi sebagai jalan cerita utama filem RIDE ON. RIDE ON mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang pelakon lagak ngeri bernama Luo (Jackie Chan) yang tinggal bersama kuda kesayangannya Red Hare. Red Hare adalah kuda peliharaan Luo yang dijaga dari kecil sehingga dewasa. Red Hare bukan kuda normal biasa, tetapi seekor anak kuda yang tak sempurna ketika dilahirkan. Chemistry antara Luo dan Red Hare menjadikan perjalanan hidup Red Hare dari seekor kuda yang tak dapat berjalan kepada seekor kuda yang tangkas beraksi dan bijak. 

Source: Shanghai Pictures

Namun kebahagian hidup mereka terjejas apbila Luo bergelut dengan masalah hutang dan diugut oleh pemungut hutang untuk melelong Red Hare. Bayangkan, haiwan peliharaan kesayangan yang dah membersar depan mata kita nak diambil oleh orang lain, siapa yang tak sedih dan risau kan? Demi menyelamatkan Red Hare, Luo menghubungi anak perempuannya Bao (Liu Haocun) dan teman lelakinya Mickey (Kevin Guo) untuk meminta bantuan. Bao merupakan pelajar tahun akhir jurusan undang-undang manakala Mickey merupakan seorang peguam. Mampukah kedua-kedua mereka menyelamatkan Red Hare daripada jatuh ke tangan orang lain?

Source: Shanghai Pictures

Lakonan Jackie Chan dalam filem RIDE ON lain daripada kebiasaanya. Ada babak-babak aksi, lawak dan emosi yang menyentuh hati. Pendek kata, korang akan tak berhenti gelak dan sekali-sekala mata akan masuk habuk dengan perjalanan kisah RIDE ON. Filem RIDE ON ada sentimental value bila memaparkan klip-klip filem lakonan Jackie Chan yang melakonkan pelbagai watak yang berbeza daripada filem-filemnya sebelum ini. 

Source: Shanghai Pictures

Garapan cerita RIDE ON memang dekat dengan kisah Jackie Chan dan filem ini adalah dedikasi khas buat semua stuntment yang ada. Penulis dan Pengarah Larry Yang telah diberi peluang bekerja dengan ikon global antarabangsa Jackie Chan dalam filem-filem sebelum ini. Jadi, tidak hairanlah banyak watak ikonik Jackie Chan yang ditampilkan dari filem-filemnya sebelum ini dalam filem terbaru RIDE ON sebagai satu penghormatan kepada idolanya. Korang wajib tonton RIDE ON kalau nak tengok aksi lagak ngeri, komedi dan cerita penuh emosi yang disatukan dalam naskhah ini.

Source: Shanghai Pictures

Filem ‘RIDE ON’ dibintangi oleh Jackie Chan, Liu Haocun, Kevin Guo (anak kepada artis crosstalk terkenal GuoDegang) dan memperkenalkan Red Hare. Antara aksi lawak dan mencuit hati dalam filem RIDE ON adalah apabila Luo nak ajar Mickey seni mempertahankan diri. Luo banyak mengusik Mickey bila beliau tahu Mickey ada hati terhadapa anaknya Bao. Hubungan Bao dan bapanya, Luo semakin hari semakin rapat. Kasih sayang antara seorang bapa dan anak jelas diterjemahkan dalam filem RIDE ON!

Source: Shanghai Pictures

Kekuatan filem RIDE ON adalah keserasian yang cukup kuat antara pelakon Jackie Chan dan haiwan peliharaannya dalam filem ini iaitu seekor kuda yang dipanggil Red Hare. Teletah dan perwatakan Red Hare yang bijak sangat mencuit hati. Namun, perpisahan antara Luo dan Red Hare adalah antara babak yang menyentuh emosi. Begitu kuatnya kasih sayang antara seekor haiwan peliharaan dengan tuannya. Kalau korang pencinta haiwan, mesti boleh relate dengan situasi ni. Kita yang pelihara kucing pun, kalau hilang sekejap pun dah risau dan sedih. Apatah lagi kuda bijak dan kuat macam Red Hare ni apabila diambil alih oleh orang lain. Nak tahu kesudahan kisah Luo dan Red Hare, korang kena tonton sendiri filem RIDE ON di pawagam yang berdekatan.

Source: Shanghai Pictures

Tak lengkap filem Jackie Chan tanpa aksi-aksi pergaduhan, kungsu dan lagak ngeri. Cuma kali ini berbeza apabila setiap adegan aksi yang dilakonkan. Jackie Chan tak keseorangan. Babak aksi kali ini ditemani oleh superstar baharu iaitu seekor kuda yang bergelar Red Hare. Bagi aku, filem RIDE ON berjaya meninggalkan kesan dari segi emosi. Mesej yang cuba disampaikan kepada penonton memang cukup kuat especially tentang hubungan kekeluargaan serta peranan ibu bapa di dalam mendidik anak-anak. Walaupun Luo sentiasa meninggalkan anak dan isterinya, tetapi tak pernah sekalipun si ibu menghasut anaknya untuk membenci ayahnya. Cuma, bila jarang bertemu perasaan anak dan ayah menjadi renggang. Itulah antara pengorbanan pelakon aksi lagak ngeri yang terpaksa meninggalkan keluarga dan menggadai nyawa untuk beraksi dalam filem demi sebuah profesion!

Source: Shanghai Pictures

Kita sebagai penonton puas apabila melihat sebuah filem aksi yang real. Tapi, kita tak pernah terfikir pengorbanan mereka. Masa, tenaga, emosi, seluruh jiwa dan raga mereka terpaksa korbankan demi menyajikan aksi yang benar-benar real untuk tontonan kita. Kisah dan cabaran pelakon lagak ngeri dalam industri lakonan menjadi intipati utama penceritaan filem RIDE ON. Aku yakin, garapan cerita dalam RIDE ON telah berjaya diolah dengan baik dan disampaikan dengan santai untuk memberi kesedaran kepada penonton tentang kehebatan seorang pelakon lagak ngeri (stuntman). Pendek kata, RIDE ON adalah sebuah karya hebat yang mengangkat stuntman amnya dan kisah perjalanan Jackie Chan khasnya dalam industri filem dunia.


Kalau korang rindu nak tengok Jackie Chan berlakon di layar perak, jangan lupa untuk menonton filem RIDE ON bermula pada 13 April 2023 di pawagam yang berdekatan. Untuk korang yang dah tengok filem RIDE ON ni, cuba tinggalkan komen. Korang rasa berbaloi ke tak pergi tengok filem RIDE ON di cinema? Personally, aku rasa sangat-sangat berbaloi. Lakonan Jackie Chan tak pernah menghampakan! A must watch movie untuk tahun 2023!

Post a Comment

0 Comments