Sunfeet International Rehab Centre Tawarkan Pemeriksaan Kesihatan Kaki Percuma!

Pernah ada masalah sakit tumit, sengal pergelangan kaki atau sendi dan sakit-sakit lutut? Kalau korang ada simptom tersebut, salah-satu faktor utama adalah masalah kesihatan kaki. Pernah buat medical check-up kaki? Bunyi macam pelik kan? Tapi itulah yang wajar kita semua ambil cakna untuk memastikan kesihatan kaki kita berada pada tahap yang sepatutnya. Kat mana nak dapatkan pemeriksaan kaki? Jangan risau, korang boleh berkunjung ke Sunfeet International Rehab Centre untuk pemeriksaan kaki secara PERCUMA.



Cuba cek tapak kaki korang, korang golongan yang mempunyai tapak kaki rata tau lengkung? Antara kaki rata dan kaki yang mempunyai lengkung (arch), manakah kaki normal? Sebenarnya, kaki yang mempunyai lengkung (arch) adalah kaki normal dan sihat. Kaki rata pula merupakan kaki yang tidak normal (tidak sihat) kerana boleh menyebabkan seseorang yang berkaki rata mudah untuk mengalami sakit lutut, sakit pinggang dan sebagainya.

1 per 7 dari populasi manusia adalah tergolong dari golongan orang yang berkaki rata. Kanak-kanak antara umur 1-4 tahun rata-ratanya mempunyai kaki rata. Pada usia 5-6 tahun, pembentukan lengkung (arch) kaki mula terhasil. Jika pada usia 5-6 tahun masih tiada pembentukan lengkung (arch), ia masih boleh dirawat dengan memakai peralatan khas iaitu insole.

Rawatan kaki rata masih boleh dirawat dari usia 7 tahun sehingga 15 tahun untuk mendapatkan kaki normal dengan lengkung (arc). Jika pada usia 17 tahun dan ke atas, kaki rata akan menjadi kekal dan tidak boleh dirawat dan dipulihkan. Orang yang mempunyai kaki rata masih lagi boleh mendapatkan rawatan lanjut untuk mendapatkan insole yang bersesuaian untuk mengurangkan impak masalah kesihatan kaki.

Antara cadangan terbaik untuk menjaga kesihatan kaki rata adalah dengan memakai insole atauapun kasut kesihatan yang direka khas untuk jenis tapak kaki. Kesihatan kaki adalah penting untuk menampung berat badan dan kestabilan.


Sunfeet International Rehab Centre menawarkan terapi ortotik untuk masalah kaki. Sunfeet adalah pakar dalam penyembuhan semulajadi untuk membaiki allignment kaki tanpa ubat dan pembedahan. Terapi ortotik adalah proses pemasangan ortotik secara luaran dan terus pada badan untuk menyokong, membetulkan, mengimbangi atau menampung kecacatan atau kelemahan fizikal keabnormalan otot rangka atau neuro.




Selain sesi pemeriksaan kaki secara PERCUMA, Sunfeet juga menganjurkan Foot Health Talk yang disampaikan oleh Dato' Dr. Edmund Lee  iaitu Pakar Ortotik dan Prostetik Ternama Asia. Beliau berkongsi tentang pelbagai isu berkaitan kesihatan kaki dan antaranya adalah jenis tapak kaki. 

Korang tahu tak, jenis kaki turut mempunyai personaliti tersendiri terhadap individu. Jom kita tengok personaliti masing-masing berdasarkan jenis tapak kaki:
  1. Tapak kaki melengkung tinggi kebiasaanya seorang yang berdikari, intelek, pemimpi, dan orang yang berdikari.
  2. Tapak kaki melengkung rendah kebiasaanya merujuk kepada seorang yang realis, ekstrovert, suka keluar dan rama-rama sosial.
  3. Tapak kaki rata biasanya seorang yang realistik dan mereka menikmati sokongan & keselesaan bersama orang lain.

Terdapat 7 jenis masalah kaki yang kita boleh kenalpasti daripada pemeriksaan kesihatan kaki di Sunfeet International Rehab Centre 
  1. Flat feet (tapak kaki yang rata dan tidak mempunyai lengkungan yang tepat untuk sokongan)
  2. Bunion (lebihan tulang terkeluar di bahagian sisi ibu jari kaki)
  3. Callus (sel kulit mati tebal di bawah pangkal kaki anda)
  4. High arch (lengkungan kaki tinggi)
  5. Intoeing (kaki merpati - berjalan dengan kedua-dua kaki menghala ke dalam)
  6. Toe walking (hujung kaki ketika anda berjalan)
  7. Bowleg (bahagian kaki dari lutut ke bawah terbuka dan tidak rapat)
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Untuk atasi masalah-masalah tersebut, antara yang disyorkan oleh Dato' Dr. Edmund adalah dengan memakai kasut dan tapak kasut khas (insole) untuk memberi sokongan yang sepatutnya kepada kaki untuk kembali normal. 

Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu untuk sama-sama kita amalkan dalam penjagaan kesihatan kaki.
  1. Pakai kasut yang sedikit longgar dan memberikan keselesaan pada kaki untuk mengelakkan kecederaan
  2. Pastikan kasut yang dibeli sesuai dengan aktiviti yang nak dilakukan seperti kasut sukan untuk aktiviti riadah
  3. Pilih kasut yang sesuai dengan ukuran kaki dan jangan terlalu ketat
  4. Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki bergerak di dalam kasut (masukkan dua jari di belakang kasut dan bahagian depan kasut) untuk keselesaan
  5. Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian
  6. Jalani pemeriksaan dan rawatan kaki secara berkala
  7. Berjumpa dengan pakar kaki jika terdapat rasa sakit atau masalah kesihatan kaki


Untuk korang yang pertama kali tahu tentang Sunfeet International Rehab Centre, untuk pengetahuan semua Dato' Dr. Edmund Lee adalah Pakar Ortotik dan Prostetik Ternama Asia. Beliau adalah pemilik Sunfeet International Rehab Centre dan merupakan generasi ketiga keluarga pakar Orthotics dan Prostetik di Malaysia. Dr Edmund menamatkan empat tahun latihan ortotik dan prostetik di University of Salford, United Kingdom dan telah bekerja di pelbagai jabatan ortotik di Stoke-on-Trent dan London, United Kingdom selama dua tahun. Beliau kembali ke Malaysia dan memulakan business keluarga di Sunfeet International Rehab Centre.






Ada berita baik untuk semua pembaca blog, bersempena dengan musim persekolahan yang bakal tiba, ada promosi “Back to School” dengan diskaun sehingga 30% bagi kasut sekolah dan kasut sukan. Promosi ini akan berakhir sehingga 31 Mac 2023.

Aku suka tengok design kasut dan sandal kat sini. Memang design kasut boleh dikatakan up-to-date dan trendy. Bukan sahaja baik untuk kesihatan, kasut di Sunfeet juga tampil dengan design yang sleek dan cantik. Bak kata pepatah, “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan jenama-jenama kasut terkemuka. 




Untuk korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan kaki atau plan nak buat pemeriksaan kaki dan dapatkan sebarang konsultasi,  bolehlah ke Sunfeet International Rehab Centre. Selain itu juga, korang boleh dapatkan kasut dan produk kesihatan kaki untuk pemulihan dan sokongan.

Lokasi: 
Sunfeet International Rehab Centre, Ground Floor, 
Wisma Daju 5, No 21, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Waze: 
Starbucks PJ8

Waktu Operasi: 
Isnin - Sabtu
10pagi- 5.30petang

Hubungi: 
0135283939/ 0139122839

Laman Web: 

Instagram: 

Facebook: 

Untuk updates terkini, boleh tengok hashtag di media sosial seperti Instagram, Facebook dan TikTok
#NewSunfeet #DrEdmundLee #SunfeetMY #Sunfeet #foothealth #podiatry #footcare


Post a Comment

1 Comments

  1. rehab center ni biasa bukan tempat urut kaki ke., hehe

    ReplyDelete