Buffet Ramadhan 2023 di Lugar De La Boda, Puchong

Lokasi Buffet Ramadhan 2023 yang berbaloi? Jom, nikmati 80 jenis hidangan sempena Buffet Ramadhan 2023 di Lugar De La Boda, Puchong. Kalau korang mencari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga atau kawan-kawan, korang boleh cuba menu-menu yang disajikan oleh pihak Hanana Group Sdn Bhd di Lugar De La Boda, Puchong. Menu apa yang diasajikan sempena buffet Ramadhan 2023? Jom, check it out!


Semoga tahun ini kita berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tinggalkan segala memori yang berbekas di hati kita, keep on & moving forward dan teruslah mencipta kenangan-kenangan yang indah untuk kita nikmati di hari yang mendatang. Dua tahun kebelakangan ini, kita seolah-olah sedang berlari dan tiba-tiba dunia berhenti seketika ketika COVID-19 datang melanda ke seluruh dunia. Ramai di antara kita yang kehilangan insan-insan tersayang,i katan yang erat terlerai terputus saat jasad diletakan di liang lahad untuk bertemu dengan sang pencipta. Untuk tahun 2023, semoga kita semua lebih menghargai insan-insan di sekeliling kita.


Buffet Ramadhan 2023 di Lugar De La Boda, Puchong

Untuk Ramadhan kali ini, HANANA GROUP SDN BHD akan mengadakan buffet ramadhan kali ke-6 di Lugar De La Boda, Puchong. Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu diragui lagi. Buffet Ramadhan di Lugar De La Boda, Puchong akan bermula dari 26 Mac 2023 sehingga 19 April 2023 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. Antara kemudahan yang disediakan di Lugar De La Boda Puchong ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta ruang parkir yang luas.




Antara menu yang bakal dihidangkan di atas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah-ubah setiap hari. Tidak dilupakan, menu istimewa dari Hanana Station iaitu Nasi Lemak Ayam Berempah.


Selain itu, terdapat 12 stall makanan dan 'Live Cooking' yang korang WAJIB cuba iaitu menu istimewa Hanana Station. Antara menu yang disajikan sepanjang bulan Ramadhan 2023 nanti adalah:


LAMB GRILL LIVE
  • Menghidangkan Kambing Grill Hanana bersama Coleslow dan Sos Black Pepper'

SPECIAL MENU
  • Kari Kambing/Sup Kambing + Roti Benggali Bakar
  • Mee Kari Chinese Style atau Mee Bandung



Korang juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain. Selain itu, korang berpeluang untuk menikmati pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, pelbagai jenis Kek dan beberapa hidangan lain.


Korang boleh dapatkan semua hidangan ini dan banyak lagi menu sempena berbuka puasa di Buffet Ramadhan Puchong - Lugar De La Boda pada harga seperti berikut:

Harga Buffet Ramadan Lugar De La Boda, Puchong

Dewasa
RM79/pax

Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun)
RM49/pax

Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)
RM49/pax

I Meja (10 orang)
RM690
RM69/pax

Dengan pembelian minimum 4 pax dalam satu (1) resit, korang berpeluang untuk sertai cabutan bertuah. Hadiah Utama yang ditawarkan adalah Motosikal Modenas Kriss dan 10 Barangan Elektrik/Peralatan Dapur untuk dimenangi. Pemenang akan diumumkan pada malam 19 April 2023 di Live TikTok Hanana Station Buffet Ramadhan


Untuk tempahan Buffet Ramadhan Puchong 2023 Di Lugar De La Boda, korang boleh klik link ini (https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanselangor2022) atau boleh hubungi:

Zuraini
016-3111074

Liana
016-4318434

Shaidatul
016-6700473

Kak Lin
016-6700752

Alamat:
Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor.


Website:

Facebook:


Instagram

Post a Comment

0 Comments