Siaran Langsung Anugerah Muzik Seoul ke-32 di Aplikasi Yippi

Siapa peminat K-POP kat sini? Ada berita baik untuk korang semua. Acara yang berprestij dan ditunggu-tunggu oleh semua peminat K-POP iaitu Anugerah Muzik Seoul ke-32 akan dianjurkan pada 19 Januari 2023 di Taman Olimpik, Gimnastik Olimpik Arena di Seoul, Korea Selatan. Acara yang gilang-gemilang ini bersempena meraikan selebriti terbaik dalam industri hiburan Korea Selatan. Anugerah Muzik Seoul ke-32 akan disiarkan secara langsung secara penstriman di aplikasi Yippi.  


Untuk pengetahuan semua, Anugerah Muzik Seoul adalah salah satu anugerah muzik tahunan yang terbesar dalam industri Korea Selatan dan telah dihoskan oleh akhbar tempatan Sports Seoul sejak tahun 1990. Untuk acara tahun ini, ianya lebih hebat di mana ia akan dipertontonkan kepada seluruh dunia melalui penstriman siaran secara langsung di applikasi Yippi.

Barisan selebriti yang terlibat adalah dari pelbagai genre muzik seperti balada, hip-hop, R&B, rap yang juga samada individu mahupun berkumpulan. Acara ini bukan sahaja meraikan artis-artis yang cemerlang pada tahun lepas, bahkan satu majlis penghargaan buat mereka yang terlibat dalam bidang seni muzik.


Senarai percalonan artis telah diumumkan pada 6 Disember 2022 yang lalu menerusi laman web rasmi Anugerah Muzik Seoul ke-32. Beberapa artis terkenal telahpun disenarai pendek untuk menerima Anugerah Utama (Bonsang). Pemilihan ini berdasarkan kejayaan artis membawa muzik ke pesada dunia dengan mengambil kira kualiti dan penerimaan masyarakat antarabangsa. An taranya seperti kumpulan BTS, (G)I-dle, Lim Young-woong, Blackpink, Girls’ Generation, Twice, Ateez, Kang Daniel dan Monsta X. Untuk pencalonan penuh, korang boleh ke website The 32nd Seoul Music Awards

Aku pun excited sebenarnya nak tunggu keputusan penuh Anugerah Muzik Seoul ke-32. Mujur boleh tengok secara live di Aplikasi Yippi. Korang rasa siapa yang akan menang nanti? Personally aku rasa Young Woong Lim dan juga BTS adalah antara calon yang layak untuk menang awards sempena Anugerah Muzik Seoul ke-32 nanti. Apa-apapun, jom sama-sama kita nantikan keputusan penuh Anugerah Muzik Seoul ke-32 di malam kemuncak nanti. 



Muat Turun Yippi

Kenapa perlu muat turun Yippi? Actually, banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan memuat turun aplikasi Yippi. Yippi merupakan SuperApp yang didatangkan bersama e-ganjaran yang membolehkan pengguna memperolehi, mengumpul dan berbelanja menggunakan mata dari Yippi.

Antara fungsi aplikasi Yippi adalah boleh digunakan untuk membayar bil utiliti dan bil mudah alih. Bukan itu sahaya, Yippi juga boleh membuat penebusan mata dan boleh digunakan untuk pembelian F&B, platform dalam talian membeli-belah, melancong, hiburan, kecantikan dan penjagaan kesihatan. Menarik kan?

Selain itu, Yippi turut mempunyai ciri-ciri seperti fungsi aplikasi di platform media sosial, penyampaian teks (messanger) dan penstriman siaran langsung untuk keseronokan pengguna. Sehingga kini, Yippi telah mempunyai lebih daripada 142,000 pengguna dengan majoriti pengguna lelaki. Kumpulan umur terbesar pengguna Yippi adalah didalam lingkungan 25-34 tahun, diikuti oleh 18-24 tahun.

Dengan K-wave yang semakin berkembang, kaloborasi Yippi bersama Anugerah Muzik Seoul pasti dinantikan oleh peminat K-pop! Jangan lupa untuk muat turun “Yippi” daripada Apple App Store atau Google Play Store anda sekarang! Pendaftaran adalah percuma. Ayuh, sama-sama kita menikmati segala faedah yang dtawarkan oleh Yippi .

Untuk maklumat lanjut tentang Yippi, boleh follow di website atau media sosial:

Laman Web Rasmi Yippi: 

Facebook Yippi: 

IG Yippi: 


Cara Download Aplikasi YIPPI

Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana nak download aplikasi Yippi kan? Okey, actually korang boleh download di Apple Store untuk pengguna iPhone atau di Google Play untuk pengguna Android. Jom kita tengok step by step macam mana nak download dan sign-up aplikasi Yippi. Check it out!

1. Search Yippi di Google
2. Click Get untuk Apple Store atau Install untuk Google Play

3. Selepas install, click Open
4. Click Sign Up untuk mendaftar sebagai pengguna baru

5. Set up username dan password. Kemudian, masukkan nombor telefon. 

6. Boleh Add Friends melalui contact number

7. Pilih favorite interest sama ada lifestyle ataupun entertainment
8. Sekarang, Yippi dah siap-sedia untuk diakses


Boleh klik mana-mana banners atau channels yang ada. Tengok, banner Anugerah Muzik Seoul ke-32 pun ada. Selain itu, pengguna boleh menikmati servis yang disediakan termasuklah pembayaran bil dan sebagainya. Pendek kata, Yippi bukan sahaja menawarkan hiburan malah menyediakan servis lain yang boleh digunakan oleh kita dalam aktiviti seharian.


Anugerah Muzik Seoul x Yippi

Khasnya bagi peminat muzik K-Pop pastinya sangat menantikan Anugerah Muzik Seoul ke-32 ini. Oleh yang demikian untuk Anugerah Muzik Seoul kali ini akan bekerjasama dengan Yippi bagi penstriman siaran langsung untuk tontotan masyarakat seluruh dunia. Ianya adalah siaran percuma menerusi Yippi Live dari aplikasi Yippi.

Anugerah strim secara langsung boleh didapati dengan hanya klik pada ikon Playz. Penonton boleh menyaksikan acara selebriti berjalan di atas karpet merah seawal jam 4.00 petang +8GMT, diikuti dengan acara anugerah pada jam 6.00 petang +8GMT.


Jadi, jangan lupa untuk tonton Anugerah Muzik Seoul ke-32 menerusi Apps Yippi pada 19 Januari 2023. Mark your calendar!

Anugerah Muzik Seoul: 


Jom Sertai Peraduan dan Memenangi pelbagai Hadiah Menarik

Yippi sedang menganjurkan peraduan dengan tawaran hadiah-hadiah yang cukup menarik sepanjang siaran langsung Anugerah Muzik Seoul ke-32 pada 19 Januari 2023 sehingga 8.00 malam +8GMT. Antara hadiah yang ditawarkan adalah seperti 20 set barangan Kpop termasukla album, photocards, photobooks, keyring, plush doll dan pouch. Setiap satu hadiah bernilai US$50.


Download Yippi & Menang
  1. Muat turun applikasi Yippi & Win.
  2. Seramai 10 pemenang akan dipilih daripada mereka yang telah memuat turun serta pendaftaran baharu dengan kod rujukan khas SMAMalaysia. 
  3. Pemilihan pemenang akan dibuat oleh sistem secara rawak. Pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui mesej di Yippi

    Kongsi, Tag & Menang

  1. 10 Pemenang akan dipilih daripada Halaman Facebook Rasmi Yippi sahaja di mana 10 orang bertuah yang berkongsi siaran dari halaman Facebook Rasmi Yippi mengenai peraduan pemberian SMA (pemberitahuan tentang siaran akan diberitahu kelak). 
  2. Jangan lupa untuk tag 3 rakan didalam komen bersama hashtag #Yippi #SMAMalaysia #SMA #SuperApp #SocialMessaging #LettheWorldKnowYou #SocialRewards #Kpop #YippiLive.
  3. Pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui mesej Facebook.

Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai join peraduan murah ni. Mana tahu ada rezeki antara korang yang akan jadi salah seorang pemenang. Good luck and all the best!


Yippi, Yippi Business, Yipps Wanted, Seoul Music Awards 2023, South Korea, Seoul, Yippi, Seoul Music Awards 2023, Live, Streaming, Broadcast, K-pop, Korean music, K-wave, Hanteo, KBS, Bonsang, Popularity Award, Best Song Award, Sports Seoul, Voting, 서울가요대상, 서울, 한류, 라이브, 본상, 인기상, BTS, Lim Young Woong, Kang Daniel, Ateez

Post a Comment

1 Comments

  1. wow updated teroks ye hahaha btw bagus gler apps ni xpnh dgr lg yippi!

    ReplyDelete