Header Ads Widget

Kitalah Juara Lagu Baharu MILO sempena Hari Malaysia Dendangan Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jesstina Kuan

Aku adalah salah seorang peminat MILO tegar. Dari kecik sampai sekarang, tak pernah miss minum MILO. Di rumah stok MILO tak pernah putus, di sekolah selalu excited bila lori MILO datang, di kedai-kedai makan selalunya akan order MILO ais dan terkini hobi aku adalah mengumpul koleksi merchandse MILO seperti replika lori MILO dan sebagainya. Pendek kata, MILO dah cukup sebati dengan hidup aku. Siapa kat sini membesar bersama MILO? Mesti korang boleh relate kan dengan cerita aku. 

Korang selalu dengar tak slogan "Malaysia Boleh"? Kalau nak tahu, "Malaysia Boleh" adalah tagline yang dicipta khas oleh MILO sejak tahun 1993. Nampak tak? Betapa kuatnya penjenamaan MILO dan betapa hebatnya penerimaan rakyat Malaysia terhadap jenama MILO, sampai ke hari ini kita selaku rakyat Malaysia bangga melaungkan slogan "Malaysia Boleh". Sempena dengan sambutan Hari Malaysia pada tahun 2022, MILO tampil dengan memperkenalkan lagu tema baru untuk rakyat Malaysia yang berjudul "Kitalah Juara".

Melangkah lebih jauh dalam membangkitkan semangat juara dalam diri semua, MILO®️ telah mempersembahkan buat pertama kalinya lagu baharu eksklusif, “Kitalah Juara” yang disampaikan oleh Sahabat-sahabat MILO®️ iaitu Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan pada acara final Kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO.


Persembahan buat pertama kalinya pada Hari Malaysia bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Ini juga adalah bersempena dengan acara akhir kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO iaitu Larian Malaysia Boleh Bersama MILO®️


Untuk info, kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO telah bermula dari hujung bulan Ogos yang lalu melalui siri jelajah van MILO®️ ikonik bagi meraikan semangat perpaduan dan muhibah bersama MILO®️



Lagu Kitalah Juara merupakan satu lagu yang ditulis dalam usaha membangkitkan semangat rakyat Malaysia dalam segala urusan yang dilakukan, tidak kira dari segi kerja, sukan mahupun kehidupan peribadi. Di samping itu, lagu Kitalah Juara juga merupakan satu penghargaan kepada atlet-atlet negara yang berlatih tanpa tahu erti putus asa demi mengharumkan nama negara.


Penyanyi lagu Kitalah Juara juga dipilih dengan teliti yang terdiri daripada artis dari pelbagai bangsa untuk melambangkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berbilang kaum.


Apa yang menarik lagu ini dihasilkan oleh individu yang telah bersama membesar dengan MILO®️ dan mempercayai semangat 'Malaysia Boleh' yang telah diketengahkan oleh MILO®️ sejak tahun 1993.



Sebagai seorang penggemar MILO®️ sejak umur 7 tahun lagi, ini bagi saya, adalah suatu projek impian sejak saya mula berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan. Moga lagu ini akan memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia ketika apa jua kesusahan yang mereka lalui.

Prashan, Melakaboy


Lagu Kitalah Juara dihasilkan dengan hanya mengambil masa 2 hari dan melibatkan individu yang berbakat besar dalam bidang seni. Antaranya seperti Ayda Jebat, Melakaboy, Jee Yann, Rabbit Mac & Adam Sang.


Penghasilan lagu ini diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan harmoni.



‘Kitalah Juara’ akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 23 September 2022 di semua platform. Untuk muzik video boleh tonton dari Youtube Channel Rasmi Ayda Jebat pada hari yang sama. Mark your calendar! Apa yang pasti, lagu "Kitalah Juara" sangat catchy dan ada jiwa tersendiri.

Selain daripada barisan penyanyi Kitalah Juara, majlis pelancaran lagi Kitalah Juara dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan artis seperti As'ad Motawh dan beberapa influencer seperti CupCake Aisyah, Mia Sara dan ramai lagi.



Post a Comment

0 Comments