Baru-baru ni, aku ternampak member duk minum JusCoffee dan JusTea keluaran Yeo's di instastories. Lepas tu terdetik dalam hati, "Eh, sejak bila Yeo's keluarkan air kopi dan air teh matcha dalam botol? Biasanya, ada teh crysanthtemum, soybean milk, watermelon, lychee dan black soy milk je?" Rupa-rupanya, memang betul. Ada dua (2) jenis minuman terbaru dari Yeo's Malaysia di pasaran iaitu Juscofee Iced Coffee (minuman kopi) dan Justea Matcha Latte (minuman teh hijau matcha susu).


Juscoffee Iced Coffee dan Justea Matcha Latte


Sebelum ini, my favorite drinks dari Yeo's adalah chrysanthemum tea. Nampaknya, dengan adanya dua jenis minuman terbaru dari Yeo's ni, menjadikan variasi pilihan minuman Yeo's di pasaran semakin bertambah. Aku yakin dan percaya, bila tahu Yeo's mengeluarkan minuman berasaskan kopi dan teh seperti ini, semestinya ramai penggemar kopi dan teh di luar sana akan rasa excited untuk mencuba sendiri. Ya, macam aku first time dapat tahu Yeo's start jual Juscoffee dan Justea, terus pergi grab sebabnya nak try. Honestly, I love both. Juscoffee Iced Coffee sedap, Justea Matcha Latte pun sedap. So guys, you should try these two. Believe me, you'll love it!


JusCoffee Iced Coffee




Juscoffee Iced Coffee dirumuskan daripada pemilihan biji kopi yang berkualiti tinggi untuk memberi aroma kopi yang semerbak harum dan rasa yang "kaw". Seriously, bila first time aku minum Juscoffee Iced Coffee, the first thing that came across to my mind is my grandmom. Yes, rasa kopi dan aroma kopi Juscoffee Yeo's ni sebiji macam kopi yang aku selalu minum di rumah nenek aku. Tak pasal-pasal, time minum terus mengelamun. Memang ada sentimental value betul air Juscofffee ni, hahaha. Bezanya, kalau pergi rumah nenek, dihidangkan kopi O panas-panas. Minum pula bersama dengan biskut mayat, perghhhhh. Padu beb! Tetapi, Juscoffee Iced Coffee ni sedikit berbeza. Kita boleh minum macam tu ataupun letak dalam peti ais untuk menikmati minum kopi sejuk yang pastinya lagi umph!


Juscoffee Iced Coffee


Justea Matcha Latte





Justea Matcha Latte pula dirumuskan daripada pilihan daun teh premium. Jadi, memang rasa Justea sangat segar dan sedap. Dengan penggunaan teh hijau dan dicampurkan pula dengan matcha susu, sememangnya rasa Justea ni lain dari yang lain. Ia berada dalam kelasnya yang tersendiri berbanding minuman berasaskan teh lain yang berada di pasaran. Nak cuba kelainan? Boleh cuba Justea Matcha Latte. Memang refreshing!


Justea Matcha Latte


Minuman On-The-Go!


Pendek kata, dengan adanya Justea dan Juscoffee dari Yeo's Malaysia, setidak-tidaknya kita sebagai rakyat Malaysia especially golongan students dan pekerja ada pilihan terbaru untuk beli minuman on-the-go! Ya, kadang-kadang dek kesibukan yang melanda, memang tak sempat nak breakfast kat rumah atau nak singgah di kedai-kedai kopi di waktu pagi sebelum pergi kerja untuk minum. Dengan adanya Justea dan Juscoffe, at least kita ada alternatif untuk grab minuman on-the-go untuk dijadikan bekalan breakfast. Yes, paling penting tak perlu nak panaskan air dan bancuh, it's ready to drink! Rasa dan aroma tetap sama seperti minuman yang dibancuh!




Actually, minuman seperti Juscoffee dan Justea ni, bukan hanya sekadar minuman on-the-go untuk breakfast, malah ia juga sesuai untuk dijadikan peneman di pejabat atau dibawa ke kuliah bagi students untuk mengatasi rasa mengantuk dan memberi kesegaran. Yes, it's a perfect choice if you are looking for a quick recharge! Selain itu, Justea dan Juscoffee amat sesuai untuk waktu rehat (tea time or coffee break).




Personally, aku suka minum Juscoffee dan Justea ni time breakfast. Kalau tak sempat breakfast, biasanya aku bawa Justcoffee dan Justea untuk bekalan minum petang di workstation. Ye lah, bila lepas lunch hour, biasanya mata dah berat. So, memang kena siap-sedia dengan minuman seperti Juscoffee dan Justea ni. Barulah segar-bugar balik mata ni, hehehe. 


Kalau di rumah pula, biasanya aku minum Justea dan Juscoffee time tengok TV. Just in case kena stay-up untuk siapkan artikel blog atau kerja, hah itu memang tak boleh lari. Mesti kena ada peneman, iaitu Juscoffee. So sekarang, selain dari chrysanthemum tea, dua lagi minuman favorite Yeo's yang aku suka adalah Juscoffee dan Justea. 





So guys, if you're interested to try out Juscoffee or Justea, just grab at your nearest store. Produk terbaru dari Yeo's ini boleh didapati di petrol station seluruh Malaysia seperti Shell, Petron dan BHP. Selain itu, boleh dapatkan juga di rangkaian kedai-kedai runcit/ minimart berdekatan seperti KK Mart. Grab one today, and feel the "kaw"!


Kalau korang nak tahu details berkaitan produk-produk Yeo's ataupun promosi-promosi terkini dan contest yang sedang berlangsung, korang boleh kunjungi website rasmi Yeo's Malaysia ataupun follow mereka di laman media sosial seperti berikut. Cekidout!


Website:

Instagram: