FILEM SURF THIS LOVE : GELORA JUARA MUNGKIN ADA SEKUEL?

Aku tengok filem ni tanpa meletakkan high expectations. Cukuplah filem ini better daripada filem Badang, itu dah cukup bagi aku. Sebab daripada barisan pelakon, Surf This Love tak meletakkan pelakon-pelakon famous yang selalu muncul di layar perak, sebaliknya mempertaruhkan pelakon-pelakon drama tv yang terbukti bakat lakonannya. Aku jadi lebih eksited sebab nak tahu macam mana filem berkisarkan tentang sukan luncur air diolah dan digarap menjadi sebuah karya filem di Malaysia. Ye lah, biasa filem-filem cinta-cintun, filem hantu dan filem gangster je yang memenuhi panggung wayang. This time, jom kita cuba tengok sesuatu yang baru dalam industri perfileman Malaysia.


Memandangkan aku dah tengok filem Surf This Love Gelora Juara ni, jadi aku nak share 3 points utama yang dapat aku simpulkan berkaitan dengan filem ini. Lain orang lain pendapat kan? Jom, baca pendapat peribadi aku mengenai filem Surf This Love Gelora Juara. Kalau korang tak puas hati atau tak setuju, korang pergi la tengok sendiri di cinema yang berdekatan. Then, korang share lah pendapat korang pulak ye, hehe. Filem ni dah ditayangkan sejak 22 Februari 2018. 


Shukri Yahaya sebagai Billy


1) Lakonan natural


Siapa tak kenal Shukri Yahaya yang sentiasa muncul dalam drama hits? Antaranya kemunculannya dalam drama Andainya Takdir dan 7 Hari Mencintaiku. Untuk filem Surf This Love, Shukri Yahaya memegang watak utama iaitu Billy. Billy ni watak dia gila-gila, suka berangan, tapi apa yang bagus tentang Billy ni dia akan usaha sampai dapat apa yang dia nak. Dalam cerita ni, dia memang struggle untuk jadi surfer hebat setanding dengan arwah abang dia yang meninggal dunia sewaktu menyertai pertanding surfing di Bali, Indonesia. Mampu ke Billy nak jadi sehebat abang dia, Bobby?


Christina Suzanne sebagai Mia


Masih ingat drama Bicara Hati di Astro Prima lakonan Christina Suzanne yang memegang watak sebagai Zahlia? Hah, dari situ la aku suka dengan lakonan dia. Gadis kacukan Malaysia-German yang memiliki paras rupa pan Asia ini merupakan salah seorang peserta program pencarian bakat lakonan oleh RTM iaitu Pilih Kasih. Dalam filem Surf This Love, beliau memegang watak sebagai Mia iaitu seorang blogger. Dia girlfriend kepada Mike Malaya, tetapi cinta terhalang dan putus di tengah jalan. Jeng jeng jeng!


Dottie sebagai Siti Lobster


Tambah pula ada Dottie (Syuhaida Abraz), Pekin Ibrahim dan Josiah Hogan yang sememangnya mempunyai mutu lakonan yang tak pernah mengecewakan. Aku berpuas hati dengan pemilihan pelakon untuk filem ini. Kalau korang rindukan lakonan dorang, boleh tengok dalam Surf This Love. Tak terkecuali, lakonan mantap dan bersahaja daripada Ardell Aryana dan Mustaqim Bahadon  yang melengkapkan lagi perjalanan filem ini. Seriously, lakonan dorang semua sangat natural dan bersahaja tetapi memberi impak yang maksima. Good job guys!


2) Tak kering gusi


Jujurnya, kalau korang stress-stress, better datang tengok cerita ni. Memang tak kering gusi, ada je lawak yang menggeletek. Tahniah diucapkan kepada Shukri Yahaya kerana berjaya membawa watak Billy dengan jayanya. Aku suka chemistry antara Shukri Yahaya dengan Dottie (Siti Lobster). Seriously, mesra macam adik-beradik betul. Nampak kasih sayang antara adik dan kakak. Perangai gila-gila, masing-masing gurau kasar, but at the end of the day, dia lah yang jadi best supporter! 




Dah lama korang tak tengok Pekin Ibrahim berlakon kan? Hah, kalau korang nak tengok dia berlakon dengan melontarkan kata-kata penuh puitis yang penuh dengan lawak jenaka, boleh tengok Surf This Love. Memegang watak Jimmy, iaitu salah seorang jaguh surfing dalam Trio Malaya, beliau terpaksa akur untuk berhenti dari surfing kerana kecederaan pada kaki. Bobby dah meninggal, Jimmy pulak dah cedera, hanya tinggal Mike Malaya yang menjadi jaguh dunia! Biasalah manusia, bila dah berjaya jadi lupa diri sampai lupakan sahabat yang sama-sama susah, sama-sama berjuang suatu ketika dulu. Nanti boleh tengok Josiah Hogan (Mike Malaya) menjadi seorang yang ego dan curang dengan girlfriend.




Dottie (Siti Lobster) dan Ardell Aryana (Lia) pun not bad! Pendek kata, semua ada punch line masing-masing yang membolehkan korang gelak. Tak ada lah sekadar filem cintan-cintun ataupun sukan surfing semata-mata. Overall, filem romantik komedi yang sarat dengan mesej-mesej positif dan motivasi!


3) Cerita tak lengkap!


Tak kan semua benda best kan? Tak logik pulak. Bagi aku, aku tak suka bila cerita tak lengkap. Aku rasa macam nak tahu dengan lebih lanjut tentang watak-watak dalam filem ni. Sepanjang aku menonton filem Surf This Love, otak aku berputar ligat memikirkan soalan-soalan yang tak terjawab. Antaranya, macam mana Bobby boleh meninggal di Bali? Kenapa Jimmy cedera kaki sampai kena stop surfing? Paling aku nak tahu, apa kesudahan Billy di arena surfing? Dan macam mana berakhirnya kisah cinta antara Billy dan Mia? Hermmmm, dorang saja buat cerita tergantung ke memang cerita dia macam ni? Siapa boleh jawab?


Pengarah Filem Waan Hafiz bersama barisan pelakon dan GSR Porduction & Cloud Niners


Tapi, aku ambil pendekatan positif. Mungkin, pengarah flem iaitu Waan Hafiz dan pihak produksi GSR Production & Cloud Niners ada sesuatu yang menarik untuk disajikan kepada penonton di masa akan datang? Aku terfikir, kan best kalau ada sekuel untuk filem Surf This Love. At least, baru puas hati tengok kesudahan kisah Billy dan throwback tentang kisah Jimmy dan Bobby. I want more! 


Dan aku yakin, ramai lagi penonton kat luar sana mengharap benda yang sama. Betul tak? Apapun,  kita tunggu je lah ye. Kepada korang yang belum tengok lagi Surf This Love, pergi tengok cepat-cepat. Satu je nak pesan. Jangan gelak sampai terkentut dalam cinema. Kbai! Enjoy the movie :)

Post a Comment

2 Comments