MALAM KEMUNCAK SLIMPLEZY CHALLENGE BY JONLIVIA

/
0 Comments
Pertama kali aku tahu tentang brand JONLIVIA apabila aku tengok member-member Blogger duk pakai untuk aktiviti sport dan travel. The first thing that came into my mind, "Oh, this brand is for women only". Rupa-rupanya, bila aku buka website JONLIVIA untuk check, baru aku tahu JONLIVIA merupakan brand universal yang menjual pakaian sukan untuk lelaki mahupun perempuan. Sedar tak sedar, aku pun dah ada sehelai BlazePants jenama JONLIVIA untuk aktiviti sukan harian. Jujurnya, aku sangat suka dengan material yang digunakan untuk membuat BlazePants, lain dari yang lain dan paling penting berkualiti tinggi dengan ciri fungsi yang optimum!




Baru-baru ini, aku berpeluang untuk turut serta di malam kemuncak Slimplezy Challenge tajaan JONLIVIA. Selain mengenali dengan lebih dekat tentang brand JONLIVIA, ini juga pertama kali aku lihat dan kenal founder JONLIVIA. Sangat muda, sangat energetik!




Kalau korang nak tahu, ini lah dia orang kuat di sebalik jenama JONLIVIA. Perkenalkan, Mr Jon Lai selaku Founder & Managing Director JONLIVIA. Sekalung tahniah diucapkan kepada Mr Jon Lai dan seluruh team JONLIVIA kerana berjaya menghasilkan produk terbaru mereka iaitu BlazePants Brightening Series. 



Untuk tahun 2018, JONLIVIA tampil dengan satu lagi produk baru iaitu skincare-fitness fusion pants yang mempunyai fungsi 3-in-1. Nak tahu apa kelebihan pants ni berbanding pants sebelum ini atau pants dari jenama luar? Here we go!

  1. Membakar kalori dengan kadar 4 kali lebih cepat
  2. Memberikan perlindungan UV sehingga 50%
  3. Memutihkan dan melembapkan kulit



Hari ini dalam sejarah bila JONLIVIA mengeluarkan produk fitness pants pertama yang diperbuat daripada White Rose Brightening Technology. Beratus-ratus kelopak bunga ros digunakan untuk menghasilkan material yang boleh menghasilkan bau yang wangi dan paling penting mengeluarkan kandungan vitamin dan minerals untuk memutihkan kulit. Pendek kata, JONLIVIA fitness pants yang terbaru ini iaitu BlazePants bukan sahaja dapat membakar lebih daripada 2000 kalori, malah dapat  membantu memutihkan kulit dan melembapkan kulit dari sinaran UV.




Sempena dengan majlis pelancaran BlazePants Brightening Series, JONLIVIA berjaya mengumpulkan sehingga seribu orang bertempat di Boulevard, Ground Floor of Paradigm Mall. Antara yang menarik tumpuan adalah event Slimplezy Challenge Finale dan first giveaway dari pihak JONLIVIA yang menghadiahkan Blazebelt secara PERCUMA kepada pelanggan setia mereka. Kami pun tak lepaskan peluang. Nah, seorang satu dapat produk dari JONLIVIA. Thank you :)




Selain peragaan produk pakain sukan dari JONLIVIA, mereka juga ada memperagakan bag yang tengah trendy sekarang iaitu THULE. Acara kemuncak pada malam itu adalah majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang Slimplezy Challenge. 


Slimplezy Challenge 

  • Event yang ditaja khas oleh JONLIVIA
  • 20 peserta dipilih untuk menjalani sesi latihan high-intensity dan cabaran untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat
  • Program ini dianjurkan selama 1.5 bulan




The Grand Prize Winner berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3.8kg dalam masa 1.5 bulan. Pemenang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai dan tiket penerbangan pergi dan balik tajaan AirAsia. Best kan? Selain dapat sihatkan tubuh badan, mereka juga berpeluang untuk reward diri sendiri dengan travel secara percuma. Tahniah!




By the way, congratulations to all the winners! Agak-agak, untuk next season ada tak Slimplezy Challenge untuk lelaki? Kalau ada, nak try join lah, hehehe. Apapun, semoga aktiviti sihat macam ni sentiasa diteruskan dan mendapatkan sokongan padu semua pihak dari semasa ke semasa. Tahniah buat JONLIVIA kerana berjaya menjadi peneraju utama untuk Slimplezy Challenge kali ini.


Untuk maklumat lanjut berkaitan JONLIVIA, bolehlah kunjungi website ataupun laman Facebook dan Instagram mereka. Cekidout!


Website: 

Facebook: 

Instagram: 


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...