Dulu, kalau nak ke mana-mana memang tak pernah nak bawa perfume. Bukan apa, sebab leceh. Beli perfume botol besar-besar. Kalau nak travel, biasanya terpaksa isi perfume dalam botol kecil. Then, baru mudah nak selit dalam bag. Lagipun, kalau lebih 100ml nanti, tak lepas pulak nak check-in naik flight. Kalau nak ke office atau ke mana-mana event, tak pernah pulak beria nak bawa perfume. Tapi, semenjak ada DASHING Anytime EDT, memang selalu bawa ke hulu, ke hilir. Sebabnya, DASHING Anytime EDT ini bersaiz poket dan sangat ringan untuk dibawa ke mana-mana.


Tampil dengan wangian hebat di mana sahaja


Siapa kat sini peminat setia DASHING? Jujurnya, aku start guna produk-produk DASHING semenjak zaman sekolah menangah lagi. Sampai ke hari ini, variasi produk DASHING tetap menjadi pilihan peribadi. Antara produk DASHING yang aku guna sampai sekarang adalah perfume, deadorant dan DASHING elite (gel rambut). Dan terbaru, aku dah start suka dan guna DASHING Anytime EDT. Sangat user-friendly!


DASHING Anytime EDT sangat user friendly


Apa yang aku suka dengan produk DASHING, mereka sentiasa tampil dengan idea-idea baru dalam membantu kaum lelaki untuk tampil lebih rapi dan menawan. Memang tak dapat dinafikan lagi, menajaga penampilan diri adalah keinginan bagi setiap lelaki moden. Ye lah, selain berpakaian kemas dan bergaya, tak kira peringkat usia, kami kaum lelaki memang menitikberatkan masalah bau badan. Walaupun ada kajian kata bau ketiak lelaki boleh mengurangkan stress kaum wanita, tapi kami taknak lah sampai mendera orang sekeliling dengan bau yang tak menyenangkan. Kan? Bau badan boleh menjejaskan personaliti serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki menggunakan pewangi dan memakainya berulang kali dalam sehari. Lagi-lagi bila dah ada produk macam DASHING Anytime EDT macam ni.


Teman setia di mana jua kita berada


Aku yakin dan percaya, penampilan diri mestilah sepadan dengan bau yang menarik. Baru kita rasa yakin dan mudah untuk didekati. Kalau cerita soal bergaya dengan fesyen terkini, dari hujung rambut ke hujung kaki, sesiapa pun boleh buat. Pssst!!! Kurta lawa yang aku pakai ni dari @RainiExclusive. Tetapi, percayalah bau badan juga yang akan menjadi "faktor tarikan" untuk lebih menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak.  Bukan apa, bila badan dah wangi, kita akan jadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Orang sekeliling nak rapat dengan kita pun tiada masalah. So, tanpa mengira taraf hidup atau pekerjaan, dah jadi satu kemestian untuk setiap daripada kita mengawal bau badan yang menyenangkan sepanjang masa. 


DASHING Anytime EDT mudah dibawa ke mana-mana


Memang bertepatan dengan keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, tidak kira di pejabat atau di mana-mana sahaja, semua aktiviti sepanjang hari akan menjadi lengkap dengan DASHING Anytime EDT. Wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah dibawa ke mana sahaja menjadikan produk ini sesuai untuk lelaki aktif. Apa yang lagi menarik tentang DASHING Anytime EDT ini adalah bentuknya yang  direkakhas untuk poket. Ia seperti kad kredit yang tersisip kemas dan mudah diselit ke dalam poket.



DASHING Anytime EDT tampil dengan 4 jenis wangian


Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Setiap variasi produk ini menawarkan wangian yang unik dan sensasi!



Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick


Cool


Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.


Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.


Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 


Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka DASHING. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


DASHING Anytime EDT berisi 18ml pada harga RM7



Semenjak ada DASHING Anytime EDT, aku sentiasa bawa satu botol dalam satu bag. Satu botol standby dalam bag kerja, satu dalam clutch untuk ke event atau ke mana-mana, dan satu lagi dalam bagpack yang dibawa ke mana-mana time travel. Bukan apa, mudah nak spray bila rasa bau badan tak selesa especially bila dalam sehari kena banyak berjalan dan aktif bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain especially meeting, event atau travel.


Jadi, kalau korang pun berminat nak dapatkan produk ini dan teringin nak cuba sendiri, jangan lupa dapatkan di pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.. Setiap botol DASHING Anytime EDT yang mengandungi 18 ml dijual pada harga hanya RM7.00. 


Selamat mencuba!