#DapurPB : KERABU AYAM DAN IKAN MASAK STEAM

/
0 Comments
Walaupun boleh kira dengan jari berapa kali je masak untuk berbuka puasa, tapi inilah masa terbaik untuk mengasah bakat memasak. Cabaran utama memasak time bulan puasa ni adalah dari segi rasa. Perlu guna 'instinct' sebaiknya untuk letak gula dan garam bagi menghasilkan rasa yang seimbang dari segi manis dan masin. Selalunya, aku berhati-hati sikit part ni. Ye lah, takut terlampau masin, nanya time nak makan nanti.


Untuk perkongsian menu dari #DapurPB kali ini, aku nak share dua lagi menu mudah yang menggunakan bahan seakan sama. Pendek kata, sediakan bahan-bahan yang sama untuk menghasilkan dua menu yang berbeza. Mudah sikit nak 'prep', tak perlu sediakan banyak bahan-bahan. Dua menu yang aku maksudkan adalah Kerabu Ayam dan Ikan Kembung Masak Steam.


Kerabu Ayam dan Ikan Masak Steam


Kerabu Ayam dan Ikan Kembung Masak Steam


Dua menu ni sangat simple dan mudah untuk disediakan. Selain jimat masa dalam menyediakan bahan-bahan yang seakan sama, menu ini juga rasanya tak sarat. Cukup dengan rasa masam dan manis, pastinya akan membuka selera.


Bahan-bahan 


Antara bahan utama yang diperlukan untuk menyediakan Kerabu Ayam dan Ikan Kembung Masak Steam ada disenaraikan di bawah. Kalau nak tukar kerabu ayam jadi kerabu sotong atau kerabu daging atau kerabu udang pun boleh. Untuk Ikan Masak Steam, kalau tak nak guna ikan kembung boleh guna ikan siakap, lagi umpppph!
  



Bahan-bahan untuk buat Kerabu Ayam

  1. Ayam - dipotong dadu dan direbus sehingga masak
  2. Tomato - dipotong dadu
  3. Bawang merah - dihiris nipis
  4. Bawang putih - dihiris nipis
  5. Serai - dihiris nipis
  6. Bunga Kantan - dihiris nipis
  7. Cili - dihiris nipis
  8. Limau nipis - diperah untuk dapatan airnya
  9. Garam
  10. Gula


Bahan-bahan untuk buat Ikan Kembung Masak Steam

  1. Ikan Kembung
  2. Bawang merah - dihiris nipis
  3. Bawang putih - dihiris nipis
  4. Serai - dihiris nipis
  5. Cili - dihiris nipis
  6. Halia - dipotong nipis
  7. Limau nipis - diperah untuk dapatan airnya
  8. Gula
  9. Garam



Kerabu Ayam

Nak buat Kerabu Ayam ni tak perlukan masa yang lama pun. Paling best, tak perlu masak apa-apa pun. Cuma perlu rebus ayam sampai masak, kemudian campur dengan semua bahan-bahan yang disediakan tadi. Letak gula dan garam secukup rasa, last sekali kacau sehingga sebati. Settle!





Ikan Kembung Masak Steam

Untuk sediakan Ikan Kembung Masak Steam, kita hanya perlu guna air. Panaskan bahan-bahan yang disediakan tadi ke dalam air termasuklah hirisan bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili. Untuk bagi rasa masam, boleh juga letak asam. Tak pun, hanya perlu perah limau nipis. Kemudian letak garam dan gula secukup rasa. Last sekali, masukkan ikan dan biarkan sehingga masak. 




Ini antara menu yang mudah nak masak especially untuk orang-orang bujang di luar sana. Kalau rasa macam tak ada idea nak masak apa atau tak tahu nak makan apa, maybe boleh cuba menu ni. Selamat mencuba!


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...