TO THE FORE KINI DI PAWAGAM SELURUH MALAYSIA

Filem To The Fore bukan sekadar filem biasa. Filem dari Hong Kong ini akan membawa korang semua mendalami dunia sukan berbasikal yang sengit bertaraf antarabangsi di seluruh pelosok dunia! 




To The Fore merupakan sebuah filem bertemakan sukan berbasikal yang penuh dengan rintangan, keberanian, cabaran gentir, drama dan air mata yang diharungi oleh pesaing-pesaing berbasikal profesional. Filem ini bukan saja menampilkan aksi-aksi lasak sukan berbasikal yang mendebarkan, malah mengetengahkan juga di sebalik tabir perjuangan mereka dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa. Ianya pasti diminati para penonton tidak kira sama ada korang peminat sukan berbasikal ataupun tidak. Memang filem ini gerenti memberi kepuasan kepada korang semua. Lain dari yang lain.




Korang pernah tengok perlumbaan basikal secara LIVE? Tidak kiralah korang pernah tengok ataupun tidak, To The Fore akan memberi ruang dan peluang kepada korang semua untuk memahami dengan lebih mendalam dan terperinci tentang perlumbaan sukan basikal. To The Fore adalah sebuah filem yang disaji dengan tugasan keberanian, kelajuan dan cabaran gentir. Walaupun filem ini mengenai sukan perlumbaan basikal, pengarah Dante Lam memberikan sentuhan peribadi beliau dalam memberi tumpuan kepada drama watak-watak filem untuk memajukan plot. Pelumba-pelumba muda ini diberi pendedahan untuk mencapai matlamat tersendiri dan mengetahui apa yang harus dilakukan mereka demi mencapai impian.




Sinopsis


Pelumba handalan dari korea Zheng Zhiyuan (Choi Siwon) adalah orang yang paling penting dalam pasukan Xuangguang dengan posisinya selaku “sprinter”. Dua orang pelumba baru, Chou Ming (Eddie Peng) dan Qiu Tian (Shawn Dou) amat kagum dan tertarik dengan kekuatan dan skil Yuan. Mereka merasa bangga boleh menjadi ‘pacesetter’ kepada Zheng demi mencipta peluang kemenangan untuknya. Kerjasama sempurna tiga pelumba ini telah mendatangkan banyak kemenangan kepada pasukan mereka. Namun begitu, percanggahan mula muncul apabila Zheng sentiasa berdiri di pentas penyampaian anugerah sebagai pemenang tunggal.Chou Ming dan Qiu Tian terpaksa menerima hakikat bahawa gelaran juara hanya untuk seorang sahaja dan mereka tetap “pace setter” yang tidak mendapat tumpuan. Sejak itu, tiga rakan seperjuangan ini dipengaruhi oleh ambisi sendiri, persefahaman dan semangat berpasukan mula hilang lalu menyebabkan keputusan pertandingan yang buruk. Akhirnya mereka bertiga berpisah dengan menarik diri dari pasukan dan meneruskan kerjaya masing-masing. Walaubagaimanapun, tiga pelumba ini ditakdirkan untuk bertembung lagi apabila masanya sudah tiba dan kali ini mereka perlu menentukan siapa yang layak digelar terbaik. 




Quote terbaik dari filem To The Fore


Secara peribadi, aku suka tengok movie To The Fore ni kerana aku dapat kutip banyak kata-kata semangat di sebalik penceritaan. Orang kata, sambil menonton sambil memotivasikan diri especially bab TEAMWORK dan SURVIVAL! Antara beberapa quote menarik yang sempat aku catat sambil-sambil tengok movie ni, ada aku kongsikan dalam entri ni. Nampak tak kegigihan kat situ? wakakaka.


"Keyakinan ada kebaikan dan keburukan"



"Tiada ketakutan, Tiada Penyesalan"



"Orang yang bercita-cita tak akan berkompromi dengan mudah"



"Impian tak lari, awak yang larikan diri"



"Dulu dan sekarang tak penting, yang penting masa depan"

Dari movie ni juga, aku belajar satu perkara penting dalam TEAMWORK. Kadang-kala, kita perlu berkorban untuk kejayaan bersama walaupun kejayaan yang dicapai itu bukan hak mutlak diri kita sendiri. Kita kena tolak tepi soal kepentingan diri, dan kita kena letakkan kejayaan pasukan di tempat yang paling atas. Benda ni aku belajar daripada domestique yang sanggup korbankan diri untuk kemenangan orang lain. Walaupun domestique tak dapat naik podium meraih piala, tetapi mereka tetap gembira dengan kejayaan ahli sepasukan meraih kejuaraan.




Tarikan utama

Diarahkan oleh pemenang anugerah pengarah Dante Lam, To The Fore akan membawa para penonton dalam sebuah perjalanan yang mengelilingi dunia sambil mengikuti perjuangan Eddie Peng, Choi Siwon, Shawn Dou dan Wang Luodan yang terus berusaha demi perlumbaan sukan basikal di seluruh dunia. Korang berpeluang untuk menonton adegan yang merangkumi seluruh Eropah, bandar-bandar di Asia, adegan udara di Taipei & Taiwan, Hong Kong, Alps yang diliputi salji, Busan yang moden di Korea Selatan, padang pasir Tengger yang megah, Shanghai dan banyak lagi. Ohsem!


Lokasi utama filem


Satu lagi tarikan utama dalam filem To The Fore adalah lokasi penggambaran yang meliputi beberapa destinasi menarik di seluruh dunia. Jom kita tengok lokasi utama penggambaran To The Fore. Sambil menonton, sambil mengembara seluruh dunia. Torbaikkkk!


Padang Pasir Tengger

Padang pasir Tengger adalah padang pasir China keempat terbesar, yang mempunyai bukit pasir beralun dan luas sejauh mata memandang. Tersembunyi dalam padang pasir ini, terdapat Swan Lake dan Moon Lake yang merupakan  sepasang oasis yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan.


Gunung Alps

Gunung Alps yang diliputi salji menjadi latar belakang untuk acara sukan perlumbaan berbasikal di kawasan pergunungan. Landasan di kawasan pergunungan mungkin mencabar, tapi pemandangan yang menakjubkan menjadikan cabaran amat berharga. Shawn Dou khususnya, amat teruja untuk menyaksikan pelangi berkembar demi adegan yang begitu istimewa, dia sanggup menunggang landasan tersebut 6 kali berturut-turut demi memastikan pelangi berkembar ditangkap ke dalam filem!


Pusat Bandar Hong Kong

Pusat bandar Hong Kong sentiasa sibuk dengan lalu-lintas, tetapi pengarah Dante Lam berkeras untuk merakam penggambaraan dimana beribu-ribu penunggang basikal berlumba di sepanjang trem garis Hong Kong yang terkenal.

Demi melaksanakan tugas tersebut, para pelakon & krew terpaksa menyediakan segala-galanya pada malam sebelumnya, bersiap-sedia menjelang subuh dan menghabiskan penggambaran dalam masa yang singkat semata-mata demi mengurangkan gangguan lalu-lintas.


Busan, Korea Selatan

Korea Selatan adalah antara negara-negara Asia yang mempunyai kemudahan berbasikal yang paling lengkap dan moden. Dengan bantuan dari Persatuan Berbasikal Korea (Korean Cycling Association), filem ini berpeluang membuat penggambaran di “Spo1 Park” yang terkenal di Busan bersama pelumba basikal kebangsaan Korea. “Spo1 Park” mempunyai kemudahan lumba basikal dan latihan yang paling maju di Asia, yang berfungsi sebagai tempat berlatih untuk para pelakon.


Penutupan Jalan Kaohsiung, Taiwan

Pengarah Dante Lam bercita-cita tinggi. Beliau berhasrat untuk membuat adegan filem berbasikal yang merentangi 13KM yang melibatkan ribuan penunggang basikal. Dengan kerjasama pelbagai pihak, beliau berjaya mendapat permit untuk menutup jalan sepanjang 13KM di Kaohsiung, dan turut menempatkan 20 buah kamera udara serta darat. Adegan tersebut bukan sahaja menggambarkan Taman Laut Qijin, Tasik Meinong, tapi juga termasuk banyak pemandangan panorama Taiwan.


Pengenalan watak-watak To The Fore

To The Fore menampilkan watak-watak yang penuh dengan personaliti, setiap individu didorong oleh cita-cita dan keinginan tersendiri.Ada yang berlumba demi mencapai kemenangan, ada yang berlumba demi membuktikan bakat sendiri. Demi mencapai impian, mereka tidak akan membiarkan mana-mana rintangan menghalang mereka mencapai matlamat.


Chou Ming (dilakonkan oleh Eddie Peng)

Chou Ming adalah seorang pakar “wind-breaker” yang telah pun terkenal dalam arena berbasikal apabila dia menyertai Pasukan Radiant.Dalam Pasukan Radiant. Dia membina persahabatan dengan pelumba utama pasukan tersebut, Zheng Zhiyuan. Walaupun mereka berdua adalah kawan, keinginan Chou Ming untuk menjadi pemenang mula mencemarkan mindanya secara beransur dan Chou Ming sedar bahawa kemenangan hanya boleh dicapai dengan pengorbanan.

Sejauh manakah Chou Ming akan mengorbankan segala-galanya untuk menang?


Zheng Zhiyuan (dilakonkan oleh Choi Siwon)

Zheng adalah pelumba Korea yang terkenal sebagai seorang yang tenang dan berbakat. Dia merupakan sahabat baik Brother Li (dilakonkan oleh Andrew Lin) dan tidak teragak-agak semasa dihampiri Brother Li untuk menjadi sebahagian Pasukan Radiant. Dalam Pasukan Radiant, Zheng Zhiyuan mempunyai hubungan yang rapat dengan Chou Ming, tetapi bila Zheng sedar bahawa kemahiran Chou Ming semakin maju, Zheng tahu persaingan antara kawan karib ini tidak lagi dapat dielakkan.


Qiu Tian (dilakonkan oleh Shawn Dou)

Qiu Tian memainkan peranan sokongan dalam Pasukan Radiant. Disebabkan masalah jantung, dia tidak mampu memecut laju dan terpaksa berperanan membantu rakan sepasukan lain untuk menangkap kedudukan dan “wind break”. Pada mulanya, Qiu Tian dan Chou Ming membentuk pasangan yang kuat, tetapi apabila mereka berdua jatuh cinta kepada gadis yang sama, Shiyao (dilakonkan oleh Wang Luodan), mereka bertukar menjadi musuh ketat. Selepas pembubaran Pasukan Radiant, Qiu Tian menumpukan segala usahanya untuk mengatasi masalah jantungnya, dan menjadi pesaing Chou Ming terbesar.


Huang Shiyao (dilakonkan oleh Wang Luodan)

Berasal dari negara China, Huang Shiyao merupakan bekas pelumba basikal trek wanita yang kini ahli Pasukan Virgo. Selepas berusaha selama 6 bulan secara intensif dan menjadi pesaing utama dalam arena basikal, dia mendapati bahawa dia mempunyai embolisme pulmonari yang sukar untuk disembuhkan. Dengan kesihatan dan keadaan kewangannya semakin terdesak, Shiyao memutuskan untuk membuat satu percubaan yang terakhir ke tempat kejadian berbasikal yang kompetitif.

Untuk lebih menyukarkan keadaan, rakannya Chou Ming dan Qiu Tian jatuh cinta kepadanya, dan Shiyao tahu bahawa dia hanya boleh memilih seorang sahaja. Siapakah yang akan dia pilih?



Untuk menyaksikan movie trailer filem To The Fore, korang boleh lawati:





Jujurnya, aku sangat suka dengan plot penceritaan filem To The Fore dan aku sangat kagum dengan kehebatan cinematography dalam filem ini. Perasaan dah macam melancong ke luar negara. Setiap detik-detik kecemasan, memang terasa suspen. Dub dap dub dap jantung aku, hahaha. So, untuk korang yang belum menonton, sila pi terjah cinema berdekatan. Worth to watch!  




To The Fore diterbitkan bersama oleh Emperor Motion Pictures, Evergrande, iQiyi, Sunning & Huace Media, dan diedarkan oleh Emperor Motion Pictures. Filem ini diarahkan oleh Dante Lam dan menampilkan pelakon hebat seperti Eddie Peng, Choi Siwon, Shawn Dou, Wang Luodan, Carlos Chan, Nana Au-Yang dan Andrew Lin.


To The Fore diedarkan oleh RAM Entertainment dan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 6 Ogos 2015.


Terima kasih kepada bro Fuad kerana menjemput kami semua untuk sama-sama menonton filem To The Fore!

Post a Comment

1 Comments