PERSEMBAHAN GENIUS ILUMINATE DI RESORTS WORLD GENTING


Lights, music, action! 

America Got Talent, iLuminate is here! Jangan lupa ramai-ramai datang ke Resorts World Genting untuk menyaksikan persembahan genius daripada iLuminate. Korang jangan fikir bukan-bukan. Ini bukan iluminati ke, ajaran sesat ke apa. iLuminate ni merupakan nama kumpulan yang merupakan finalis dalam America Got Talent. Mereka pakar dalam tarian dalam gelap dengan dihiasi warna-warni cahaya neon. Superb! 


Seperti yang kita semua tahu, Asia Got Talent 2015 pun baru saja melabuhkan tirai baru-baru ini dan kumpulan El Gamma Penumbra telah dinobatkan sebagai juara. Keunikan yang ada pada kumpulan El Gamma Penumbra dengan persembahan bayang-bayang sebenarnya ada juga pada kumpulan iLuminate. Bezanya, kalau El Gamma Penumbra guna seni bayang, iLuminate guna seni neon dan LED. Awesome!




Persembahan ini telahpun dipersembahkan di Resorts World Genting bermula 3 April 2015 lagi. Kalau nak tengok keajaiban persembahan tarian luar biasa dalam gelap, disyorkan datang tengok beramai-ramai di Resorts World Genting yang akan berlangsung sehingga 28 Jun 2015




Ini lah antara rakan-rakan bloggers yang turut memeriahkan suasana. Hah, korang pun kalau nak pergi boleh pergi ramai-ramai. Bawa satu kampung pun boleh. Mak ayah yang tak ada plan time cuti-cuti sekolah ni, bolehlah bawa anak-anak datang tengok show iLuminate. Gerenti, ramai yang akan teruja. Kami pun rasa cukup bertuah bila berpeluang tengok persembahan yang genius secara live. Cakap banyak tak guna kan? Apa kata, jom kita layan antara scene-scene menarik sepanjang show iLuminate.






iLuminate adalah cetusan idea Miral Kotb yang mengambil sumber inspirasi seni tari kepada persembahan luar biasa pada satu tahap yang lebih tinggi dengan sentuhan teknologi neon dalam seni persembahan.Untuk mencapai visi dan impian, beliau telah mereka khas pakaian penari dengan lampu-lampu yang dikawal secara wireless. Persembahan yang dilakukan dalam suasana yang gelap, memang agak mencabar. Tapi, mereka lakukan dengan penuh gaya. Apa yang menarik, seni persembahan ilusi yang memukau dengan kareografi yang menakjubkan mampu membuat kita semua sebagai penonton teruja.






Teknologi yang digunakan oleh kumpulan iLuminate juga telah digunapakai dalam persembahan bertaraf antarabangsa seperti The Black Eyed Peas dan Christina Aguilera. Selain itu, iLuminate pernah muncul dalam program realiti TV dan rancangan TV yang lain seperti X Factor, Dancing with the Stars, The Ellen DeGeneres Show, dan Good Morning America. Tidak ketinggalan, iLuminate pernah diundang untuk membuat persembahan di majlis-majlis ternama seperti Billboard Music Awards dan American Music Awards. 










iLuminate merupakan finalis dalam America Got Talent dan dinobatkan sebagai tempat ke-tiga dalam episod kemuncak America Got Talent. Selain itu, mereka juga pernah dinobatkan sebagai “the best new act in America”.




Amacam, best ke tak tengok gambar-gambar show iLuminate? Walaupun show mereka takde dialog, ala-ala persembahan miming, tapi jalan cerita memang agak menarik. Dengan menggunakan kareografi unik dan pencahayaan berteknologi tinggi, kita semua akan dibawa ke satu tahap dan dimensi baru dalam seni persembahan. Good job iLuminate. Tak percaya? Nah, boleh tengok video iLuminate - The Future of Dance kat bawah. Enjoy the show :)






Macam biasa, habis je show terus berkumpul di Coffee Terrace. Salah satu restoran yang menjadi tarikan utama di Resorts World Genting. Macam-macam juadah ada kat sini, dari makanan timur sehinggalah makanan barat. Sebut je nak makan apa, semua ada. Lagi-lagi part dessert. Memang puas hati woo.





Apapun, terima kasih kepada pihak Resorts World Genting kerana tak putus-putus menyajikan show-show hebat bertaraf antarabangsa. Jadi, sesiapa yang berminat nak pergi tengok show iLuminate, korang masih belum terlambat. Lagi-lagi, cuti sekolah dah nak mula. Grab your ticket now!!!

Dewasa
VIP - RM 198
PS 1 - RM 138
PS 2 - RM 88

Kanak - kanak
VIP - RM 98
PS 1 - RM 68
PS 2 - RM 48


Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, korang boleh hubungi www.rwgenting.com atau hubungi 03 - 2718 111

Post a Comment

3 Comments

  1. cute, creative, and colourful!!

    ReplyDelete
  2. wahhhh best gila....dorang memang kreatif!

    ReplyDelete
  3. First time saya tengok persembahan macam ni..memang genius la..

    ReplyDelete