KEUNIKAN PULAU KETAM

Ramai yang duk tanya, "Apa yang ada kat Pulau Ketam?", "Apa yang best kat sana?", "Apa yang unik?" dan macam-macam lagi. Kalau soalan open-ended macam ni, jawab empat puluh hari empat puluh malam pun belum tentu habis. Ye dak? Jadi, nak dipendekkan cerita, aku pun pergi lah sendiri ke Pualau Ketam untuk mencari jawapan. Cewah! Setidak-tidaknya, dapatlah juga aku snap gambar, merasai sendiri pengalaman kat sana, tengok dengan kepala mata sendiri suasana di sana dan here we go! Sesi ketu-ketuk papan kekunci untuk berkongsi sedikit-sebanyak info berkaitan Pulau Ketam kepada korang semua. Sebelum kita berceloteh panjang, meh nak tanya sat. 


Dalam ramai-ramai yang duk tengah baca ni, berapa orang dah sampai ke Pulau Ketam?  Haaaa, lagi satu. Ada lagi ke rakyat Malaysia yang tak tahu pasal kewujudan Pulau Ketam? Dua soalan ni, kalau korang malu nak jawab di ruangan  komen, korang jawab dalam hati la ye, hehe. 




Kalau nak tahu, Pulau Ketam adalah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Penduduk di sini adalah terdiri daripada nelayan berbangsa Cina dan dipercayai mereka telah mendiami pulau ini semenjak Perang Dunia Ke-Dua lagi. Persoalannya, apa yang menjadikan Pulau Ketam ni unik? Jom baca sampai habis sambil cuci-cuci mata tengok gambar sekitar Pulau Ketam.


1. Pengangkutan ke Pulau Ketam

Persoalan utama, "Macam mana nak gi Pulau Ketam?". Jawapannya mudah, hanya pengangkutan air yang mampu sampai ke Pulau Ketam. Korang ada dua pilihan, sama ada nak naik feri (RM7) atau bot laju (RM10).

Ada juga yang tanya, "Nak naik feri atau bot laju tu kat mana?". Hah, jawapan dia di Jeti Pelabuhan Klang untuk ke Pulau Ketam. Betul-betul berdekatan dengan stesen KTM Pelabuhan Klang. Jangan korang gatai pergi tempat dermaga kapal kargo tu pulak, haha. 

TIPS: Naik KTM dari KL Sentral ke Pelabuhan Klan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sampai di jeti, kalau nak cepat better ambil speed boat. Cepat bertolak dan cepat sampai. Kalau naik feri, lama sikit kena tunggu selang 45 minit.



Perjalanan menaiki bot laju dari jeti Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam mengambil masa lebih kurang 20 minit. Perasaan memang seronok bila bot membelah lautan dan hutan paya bakau sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Kadang-kadang, dibuai gelombang ombak yang tidak bertepian. Fuh, best!



2. Jeti Pulau Ketam

Setibanya di jeti Pulau Ketam, korang boleh pilih sama ada nak sewa basikal atau jalan kaki. Kadar sewa basikal adalah serendah RM5, tapi ada juga yang RM6 dan RM8 bergantung kepada jenis basikal, lama atau baru. Kalau tak nak sewa basikal kat jeti, bila jalan-jalan sekitar kampung tu pun still ada lagi tempat lain untuk menyewa basikal.



3. Keunikan Pulau Ketam

Ok, for sharing mai nak list down beberapa perkara yang aku rasa Pulau Ketam ni unik. Maksudnya, lain dari yang lain. Kat tempat lain susah nak cari suasana yang sama macam ni. Kalau tak puas hati lagi dengan apa yang dikongsikan kat sini, why not you pay a visit to Pulau Ketam. At least, once in your lifetime. What say you?



Ok, first of all, kat Pulau Ketam ni korang tak payah lah nak berangan nak snorkeling, nak diving bagai. Ini bukan Pulau Perhentian, bukan juga Pulau Pangkor. Ini namanya Pulau Ketam. Kena faham, Pulau Ketam adalah perkampungan nelayan dan apa yang korang dapat lihat adalah kehidupan dan kediaman nelayan yang rata-ratanya adalah berbangsa Cina.



Selain dapat tengok rumah-rumah yang dibina di tepi-tepi laut, korang akan dapat tengok setiap rumah akan ada satu bot. Mana taknya, nama pun perkampungan nelayan. What do you expect? Nak ada kereta Myvi parking depan rumah? Nak tengok BMW? Jangan harap. Pengangkutan utama mereka dan hasil pencarian mereka adalah bot semata-mata.



Di sekitar perkampungan Pulau Ketam, korang akan dapat lihat basikal merata-rata. Sebab apa? Sebab tiada motosikal, apatah lagi kereta. Memang pengangkutan darat utama mereka adalah basikal. Tengok, siap ada line dan anak panah lagi atas jalan. Agak-agak, kena ambil lesen basikal tak orang yang menetap kat sini? haha *just kiddin*. Jadi, kalau datang jalan-jalan ke Pulau Ketam, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman berbasikal keliling kampung. Jangan sampai jatuh sungai, eksiden dan langgar orang sudah, hehe.



Bila berjalan, hati-hati. Awasi basikal yang lalu-lalang dari arah depan dan juga arah belakang. Kalau dengar loceng bunyi kleng kleng kleng tu, faham faham lah, sila bagi la laluan ye. Nanti, tak pasal-pasal ada pulak kes kena langgar basikal, lol.



Lagi seronok bila dapat tengok kemeriahan di pekan Pulau Ketam. Aktiviti utama penduduk kat sini adalah berniaga. Memandangkan Pulau Ketam terkenal dengan hasil laut, banyak restoran-restoran seafood yang ada. Cuma masalahnya, kita orang Melayu Islam yang pergi ke sana susah sikit nak cari makan. Tak jumpa restoran halal. Tapi dengar kata, ada restoran seafood halal. Cuma masa pergi hari tu tutup sebab time Chinese New Year.



Selain restoran seafood, mereka juga ada menjual hasil laut kering macam ikan kering, udang kering dan macam-macam lagi makanan berasaskan seafood. Untuk Muslim, kalau nak makan nasi lemak dan satay, boleh cuba singgah di gerai depan masjid (Pusat Islam Pulau Ketam). Kalau tak nak kecewa takut-takut kedai tutup, better bawa makanan siap-siap dari rumah.


4. Infrasruktur di Pulau Ketam

Seperti kampung-kampung lain, Pulau Ketam juga lengkap serba-serbi dengan infrastruktur seperti sekolah, balai polis, balai raya dan masjid. Kalau nak  tahu, sebilangan kecil (minoriti) penduduk Cina di sini adalah Islam. Jadi, mereka ada Pusat Islam yang bertindak sebagai masjid.



Antara mercu tanda yang masih dikekalkan sehingga sekarang iaitu pintu gerbang sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan D.Y.M.M Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.



Pemandangan dari depan Balai Raya Pulau Ketam yang menampakkan bangunan kedai dan restoran-restoran seafood. Satu benda boleh cakap, persekitaran Pulau Ketam memang agak bersih dan terurus.



Antara laluan dari jeti untuk ke kawasan perkampungan nelayan Pulau Ketam. Sepanjang jalan, tak sah kalau tak nampak basikal duk parking di bahu-bahu jalan. Rasa macam berada di zaman 80-an pun ada.



Mungkin ada yang berminat untuk bermalam di Pulau Ketam, jangan runsing sebabnya kat sini pun ada hotel. Antaranya adalah Hotel SeaLion. Selain daripada hotel ni, ada lagi beberapa hotel bajet yang lain untuk para pelancong yang datang. Untuk kaki joran, mungkin Pulau Ketam adalah salah satu lokasi terbaik. Sepanjang pemerhatian masa kat sana, ramai juga terserempak dengan kaki pancing yang bawa joran di sana.



Kalau malas nak berjalan, boleh sewa basikal. Nak jimat masa, jimat tenaga, better sewa basikal. Banyak sikit tempat yang boleh pergi. Untuk kaki fotografi, Pulau Ketam adalah antara lokasi yang best untuk berkarya. Ada beberapa port yang menarik sekitar Pulau Ketam yang best untuk photoshoot.



Memandangkan basikal adalah pengangkutan utama, tiada motosikal, tiada kereta, jadi bengkel basikal adalah antara bisness utama di Pulau Ketam. Hah, ce tengok. Berlambak basikal orang pergi hantar service, haha.



Jangan pelik, sekecil-kecil Pulau Ketam pun ada balai polis. Selain balai polis, sekolah pun ada. Kalau tak cukup duit, jangan bimbang. Mesin ATM Maybank ada kat sini. Walaupun Pulau Ketam ni kecil dan terpencil, tapi dari segi infrastrukturnya boleh dikatakan cukup lengkap.



Inilah satu-satunya masjid yang ada di Pulau Ketam iaitu di Pusat Islam. Jangan bimbang kalau datang ke sini, nak solat, nak berehat, nak singgah makan, boleh je duk lepak-lepak kat sini. Sambil-sambil tuh boleh beramah-mesra dengan penduduk Cina Muslim kat sini.


5. Kediaman penduduk Pulau Ketam

Alang-alang dah sampai di Pulau Ketam, tak sah kalau tak tengok macam mana rupa rumah kampung sdi Pulau Ketam. Memandangkan trip kami singkat je, tak sempat nak pergi ke kawasan rumah nelayan tepi laut yang siap ada titi semua tuh. Ini antara rumah kediaman yang sempat dirakam.



First time tengok, "Eh, ni sekolah tadika ke nursery?". Nasib baik tak terjah masuk. Rupanya, inilah antara deretan rumah penduduk di sini. Fulamak, colorful habis. Cantik, menarik, memang da bomb!



Kediaman dan rumah-rumah mereka cuma terpisah dengan laluan basikal dan pejalan kaki je. Kalau korang pelupa, jangan pergi jalan sorang-sorang. Sebab banyak lorong-lorong dan cabang kat sini, nanti sesat. Ada Jalan Satu Pekan, Jalan Dua Pekan, Jalan Tiga Pekan dan Jalan Besar Pekan. Pendek kata, jalan-jalan semua memang tersusun cantik. Very well organized!


Pulau Ketam Unik dan Tersendiri


Apa yang boleh disimpulkan sempena trip singkat selama lebih kurang 4 jam berada di sana adalah Pulau Ketam ni unik dan tersendiri. Lain dari yang lain. Kat mana lagi tempat yang cuma ada basikal dalam kampung selain Pulau Ketam? Cuma, kalau boleh pihak berwajib perlu tampil dan membantu Cina Muslim untuk buka restoran seafood halal. Sekurang-kurangnya, dengan ada restoran seafood halal, sedikit-sebanyak dapat menggalakkan lagi kedatangan pelancong terutama orang Islam. Tapi perlu diingat, Pulau Ketam adalah perkampungan nelayan, bukannya pusat pelancongan. Jadi, apapun yang ada kita kena terima. Mungkin, dorang pun tak berapa selesa kalau pelancong atau orang asing ramai-ramai masuk ke kampung dorang. Kan? Melainkan ia dapat membantu menaikkan taraf hidup mereka dan sekaligus menambah pendapatan harian mereka. I think, it's a good opportunity. 


Apapun, kepada sesiapa yang berminat nak ke Pulau Ketam, sila lah. Kalau ada apa-apa kemusykilan, bolehlah tanya kat ruangan komen ataupun email pertanyaan korang ke mkamh5587@gmail.com. Kalau dapat tolong mana yang patut, akan diusahakan. Pssst, rasa macam nak gi sekali lagi. Sebab haritu tak sempat nak sewa basikal nak ronda semua tempat. Lagipun time pergi hari tu too crowded sebab time tu tengah Chinese New Year. Kalau panjang umur,  murah rezeki, inshaAllah akan sampai lagi ke sana.

Post a Comment

23 Comments

  1. naik speedboat la baru adventure,haha... selama den duduk banting 13 tahun lepas,tak pernah jejak situ,haha... ni macam best je kalau nak p ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, adventure plus lagi cepat..
      Try la pi skali onie, rasa kelainan sikit kat sana

      Delete
  2. Replies
    1. Ajak kak ipar pi photoshoot sana ye

      Delete
    2. Tiket feri atau speed boat tu utk pergi balik ke?

      Delete
    3. Tiket feri atau speed boat tu utk pergi balik ke?

      Delete
  3. salam,

    akk x penah sampai PK...


    cantik/kemas dah blog ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak hanie..

      Lamanya tak berborak di kotak komen kan? Haha.. teringat zaman muda-mudi dulu

      Thank you sis, banyak lagi kena improve blog ni :-)

      Delete
  4. boleh tahu nama restoran halal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak berapa pasti nama restoran halal tu. Maybe boleh tanya penduduk setempat bila sampai sana. Singgah di masjid, tnya Cina Muslim kat situ

      Delete
  5. Ingatkan pukau ketam bnyk kedia seafood melayu hehe

    ReplyDelete
  6. Boleh je nak beli seafood kat sana bawak balik masak kat rumah. Nak makan kat sana pun boleh, ada je kedai muslim. Cuma tak banyak

    ReplyDelete
  7. Boleh je nak beli seafood kat sana bawak balik masak kat rumah. Nak makan kat sana pun boleh, ada je kedai muslim. Cuma tak banyak

    ReplyDelete
  8. naik boat tu pakai life jacket tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far macam takde life jacket. Tapi kalau naik feri saya tak pasti. Sebab haritu kami naik bot laju

      Delete
  9. Replies
    1. anjing ada... tapi jangan risau, dia tak kacau orang..
      kalau nampak anjing berkeliaran tu, pi la jalan jauh-jauh sikit, hehehehe

      Delete
  10. berapa rate hotel kalau nak bermalam kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel bajet ada, hotel yang selesa sikit pun ada...
      bajet around RM100++ semalam boleh dapat..
      kalau tak silap bawah RM200 untuk semalam
      rate tahun 2016 tak tau berapa, sebab time saya pergi tahun 2015

      Delete
  11. lawa hang snap gmbr kt jeti tuh. tq for sharing

    ReplyDelete