SENARAI PEMENANG MY AVILLION STAYCATION INSTAGRAM CONTEST

/
0 Comments
Avillion Hotel Group telah menganjurkan satu contest di Instagram @AvillionHotelGroup selama sebulan bermula 16 Disember 2014 dan berakhir pada 12 Januari 2015. Kebetulan, time first week contest berlangsung, aku dan member-member Projek Travel tengah bercuti di Avillion Port Dickson. Nak dijadikan cerita, kami pun excited snap gambar yang agak-agak kena dengan tema yang dipertandingkan untuk turut serta. Menang kalah adat pertandingan, yang penting kita cuba. Orang kata, "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam".


Kami pun beria lah join contest ni. Setiap minggu, try submit satu atau dua gambar di instgram dengan hashtag #Avillion mengikut tema mingguan yang ditetapkan. Kalau nak tahu, contest ni berlangsung selama 4 minggu, jadi setiap minggu ada tema yang ditetapkan.


My Avillion Staycation

Week 1
Harmony In The Sun
16 December 2014 - 22 December 2014

Week 2
Cultural Harmony
23 December 2014 - 29 December 2014

Week 3
Harmony By The Beach
30 December 2014 - 5 January 2015

Week 4
Harmony Under The Sea
6 January 2015 - 12 January 2015


Apa yang lagi menarik tentang contest ni selain tema berlainan setiap minggu adalah mengenai hadiah ditawarkan yang memang cukup mengancam iaitu pakej staycation di Avillion Hotel Group yang terdapat di Malaysia iaitu di Port Dickson, Melaka dan juga Langkawi. Dan lagi best bila aku pun tersenarai sebagai salah seorang pemenang untuk contest kali ini. Alhamdulillah. Nak tahu aku menang untuk tema minggu mana satu? Jom, tengok senarai pemenang My Avillion Staycation Instagram Contest berserta hadiah-hadiah yang telah kami menangi.


Senarai Pemenang My Avillion Staycation Instagram Contest


WEEK 1

@bryanhoo111
@mawardiyunus
@the_officialganesh

2D1N stay for two (2) worth RM535 at Avillion Admiral Cove
Deluxe Room
Breakfast for two (2)
Tough nation high challenges
- Fying fox for two (2)
- High rope for two (2)


WEEK 2

@ashleighegoh
@penaberkala
@wanchiq

3D2N stay for two (2) worth RM700 at Avillion Legacy Melaka
Premium Studio
Breakfast for two (2)
 

WEEK 3

@badrul_hisyam0704
@delleenna
@michelleobf

2D1N for two (2) worth RM976 at Avillion Port Dickson
Water Chalet
Breakfast for two (2)


WEEK 4

@aimikarzk
@alyaannuar
@noranorry

Two (2) cash vouchers worth RM1,000 
One (1) Layang Layang Diving Malaysia's Last Frontier coffee table book worth RM180


Apapun, tahniah kepada semua pemenang. Jom lah kita pergi bercuti ke destinasi-destinasi yang telah diberikan. At least, dengan adanya contest macam ni kita dapat tahu Avillion bukan hanya ada di Port Dickson saja, malah di Melaka dan Langkawi pun ada. Herm, good info!
 

Terima kasih kepada pihak Avillion Hotel Group kerana telah menganjurkan contest macam ni. Lagi penting, terima kasih kerana memilih @penaberkala sebagai salah seorang pemenang untuk contest kali ini.


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...