REZEKI ITU BUKAN APA YANG KITA NAK, TAPI APA YANG KITA DAPAT

Pernah tak, korang nak makan nasi ayam, tapi pergi-pergi cari nasi ayam, semua kedai tutup ataupun dah habis dijual. Yang ada, cumalah nasi goreng tak pun mee goreng. Nak tak nak. kenalah makan sebab perut dah lapar sangat. Itulah namanya rezeki. Kadang-kadang, apa yang kita nak, kita tak dapat. Tapi, apa yang kita dapat itulah sebenarnya rezeki untuk kita. Tak dapat hari ini, bukan bererti kita tak kan dapat selama-lamanya. Mungkin esok, mungkin lusa, kita akan dapat apa yang kita nak. Cuma, masa yang akan menentukan cepat atau lambat. Apa yang penting, jangan mudah berputus asa dan teruskan berusaha. Begitu juga dengan analogi nasi ayam tadi, kalau kita tekad nak makan, esok lusa kita akan pergi lagi cari di kedai-kedai berdekatan sampai kita dapat. Ye dak?


Cerita pasal rezeki, memang ajaib. Kadang-kadang, rezeki itu datang dari arah yang tak disangka-sangka. Tapi perlu ingat, sebelum rezeki itu datang menjemput, kita dulu yang perlu berusaha menjemputnya. "Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang". Berkaitan dengan rezeki, rasa terpanggil nak cerita tentang hobi aku semenjak dua menjak ni iaitu menyertai contest. Sebenarnya, contest ni mekanisma dia cukup mudah. Buat apa yang disuruh mengikut terma dan syarat, last sekali berserah kepada rezeki. Kalau bernasib baik menang, kalau kurang bernasib baik kalah. Bak kata pepatah, "untung sabut timbul, untung batu tenggelam". Macam tu lah lebih kurang. Dari situ, aku nampak jelas rezeki itu tiada siapa yang tahu melainkan Dia.


Tahun 2014 memang manis untuk dikenang. Macam-macam aku dapat. Kalau disenaraikan, lebih daripada 10 contest aku menang. Pendek kata, secara puratanya ada lah dalam sebulan satu. Kalau rezeki lebih, dapat dua atau tiga. Tapi, pencapaian ni bukan untuk dibanggakan. Apatah lagi nak riak. Aku akur, ada lagi orang-orang yang aku kenal yang jauh lagi hebat, rezekinya lebih dahsyat. Macam-macam mereka dapat sekaligus mendorong aku sedikit-sebanyak untuk mencuba. Nampaknya, permulaan 2015 pun tak kurang hebatnya, Alhamdulillah. Boleh baca perkongsian sebelum ni di entri ini untuk rezeki pertama tahun 2015. Ok, kali ini rasa nak berkongsi pulak tentang contest dari Ambank



Untuk contest Ambank pun sama dengan contest sebelum ni iaitu contest di Instagram. Contest berlangsung selama 5 minggu dengan 5 tema yang berlainan iaitu:
  1. #LifeGetsFun (12-18 Dec 2014)
  2. #GiveALittle (19-25 Dec 2014)
  3. #NewYearPowPow (26 Dec 2014 - 8 Jan 2015)
  4. #TrueByAmbank (9-15 Jan 2015
  5. #WhatsInMyFridge (16-22 Jan 2015)

Bila shortlisted sebagai top 10 untuk tema #LifeGetsFun minggu pertama tu, memang excited gila. Daripada beratus-ratus penyertaan yang ada, bila dishortlisted sebagai top 10, itu pun dah jadi satu kebanggaan. Tapi, nak mengharap menang tu, takde la sangat. Nanti, kecewa tak pasal-pasal, frust menonggeng, haha. Nak sedapkan hati, hantarlah segala details yang diperlukan dengan secebis harapan biarlah menang. Bisik hati, "syoknye kalau dapat menang go-pro".


Akhirnya, dapat panggilan daripada pihak penganjur time lunch hour. Berdebar-debar nak jawab. Bukan senang-senang nak menang ni, siap kena jawab 2 soalan dengan betul. Lepas eh ah eh ah terkial-kial teka jawapan, alhamdulillah akhirnya disahkan menang sebagai pemenang tempat ke-2. Syukur! Walaupun berhajat nak menang go-pro, tapi benda lain yang dapat, tetap kena bersyukur. Itulah namanya rezeki.



Satu majlis penyampaian hadiah telahpun diadakan di Sin & Sensibility Restaurant yang terletak di Sentul. Sempat juga lah bertemu mata dan chit-chat dengan winners yang lain. Ada yang baru kenal, ada yang dah kenal macam missyblurkit, jeff dan mrjhan.



Oh lupa nak bagitahu, spaghetti carbonara di Sin & Sensibility ni sedap. Terima kasih kepada housemate, Danish yang sudi teman ke majlis prize giving ceremony. Takde lah rasa bosan sangat kalau pergi sorang-sorang, wakaka. Nak tahu aku menang apa? Kat bawah ni ada senarai pemenang-pemenang yang lain untuk contest Ambank yang telah dianjurkan kali ini. Cekidout!!!







Apapun, terima kasih kepada pihak penganjur dan AmBank kerana memilih penyertaan aku sebagai salah seorang pemenang untuk contest kali ini.



Dan inilah dia salah seorang pemenang hadiah utama, Go-Pro berserta wang tunai RM50 iaitu Missyblurkit. Actually, dia pun seorang blogger dan dah beberapa kali jumpa time food review. Kebetulan, kitorang menang untuk tema minggu pertama, haha. Tapi, ONG dia lebih sikit la. Maybe sempena CNY tahun ni :) Apapun, tahniah diucapkan. Enjoy with your new toy. Aku menang instax camera dan cash RM50. Ok lah kan, siapa nak bagi? hehe



Walaupun aku tak menang apa yang aku hajati iaitu Go-pro, tapi aku tetap happy dengan apa yang aku dapat. Sebabnya, most of the contests yang aku join adalah sekadar suka-suka. Dan kalau menang, itu adalah bonus dan mungkin rezeki untuk aku. Sebab aku percaya, kalau join beratus-ratus contest sekalipun, satu pun tak menang, itu namanya takde rezeki. Lagi satu, kalau berangan nak menang grand prize, tapi cuma dapat consolation prizes or what so ever, itu namanya rezeki yang dah tertulis untuk kita. Moral of the story, jangan mudah putus asa dan bersyukurlah dengan apa yang kita dapat.


Aku yakin, "rezeki itu bukan apa yang kita nak, tapi apa yang kita dapat". Alhamdulillah, aku bersyukur untuk segala nikmat dan rezeki yang aku dapat selama ini. Rezeki itu sifatnya mencukupi, tak terlebih dan tak terkurang. Sekian saja perkongsian untuk kali ni. Semoga sedikit-sebanyak dapat memberi semangat untuk korang-korang di luar sana turut sama menyertai contest-contest yang berlambak-lambak ada di social media. Peluang ada di mana-mana, terserah kepada kita untuk memanfaatkan ataupun tidak. 

Be creative, Be optimist!



::NotaKaki: :
Ini kali ke-dua terlepas Go-Pro. Mungkin belum rezekinya lagi. Kali pertama, terlepas grand-prize dan dapat ipod touch. Kali ini, terlepas grand prize dan dapat instax camera. InshaAllah, kalau ada rezeki, mana tahu satu hari nanti tiba-tiba dapat Go-Pro pulak kan? hehehe.

Post a Comment

8 Comments

  1. rezeki dengan blog dan usaha,bestkan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun tak banyak mana, tapi syukur dengan rezeki yang ada
      makin seronok jadinya bila ada durian runtuh macam ni :)

      Delete
  2. Setuju...... huhuhu...insyaallah sentiasa banyak dan murah rezeki

    ReplyDelete
  3. Wahh sgt bermotivasi...suka tengok hehehe... Tu la org kata siapa usaha dia dapat ...yg xdpt tu mungkin rezki xsmpai lg atau usaha kurng... Hehe tahniahh ~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah adat bertanding, ada menang ada kalah...
      betul tuh,kalau dapat kira rezeki lah.. kalau tak dapat kita cuba lagi, hehe..
      alang-alang duk aktif kat blog/ig, tak rugi pun try join contest, hehe..
      saja suka-suka isi masa lapang

      btw, thank you sudi singgah dan baca. Salam kenal

      Delete