20sen 

VS

RM1


Ceh, 20sen VS RM1 la pulok. Ni gusti ke tinju? Tak yah pikir panjang, meh nak story. Pasal 20sen tu tak payah cerita panjang, satu Malaysia sudah kecoh. Famous betul 20 sen sekarang kan? Dulu famous jugak, tapi setakat dalam tabung je,keh3.


Sebenarnya, semalam baru cakap-cakap dengan housemate pasal Nasi Kukus Ayam Berempah sedap lagi lazat. Dah la sedap,murah pulak tu. RM5 je satu bungkus. Kat tempat lain, susah nak cari yang sedap macam ni dan murah macam ni. Orang kata, harga sepadan dengan rupa dan rasa. Tapi abang tu, steady je jual RM5 sebungkus.


Tiba-tiba, bila balik dari office petang tadi singgah nak beli, alih-alih tengok harga dah naik jadi RM6. Ok, aku redha. Tak kan dah tercegat depan gerai, tengok harga RM6 nak angkat kaki blah kan? Kemon lah. Nanti memberontak tak tentu pasal pulak perut aku merengek mintak diisi Nasi Kukus Ayam Berempah. 


Blurppp. Alhamdulillah. Nasib baik sedap. Layankan aja, dulu RM5, sekarang RM6. Huk aloh, baru puji sikit, naik harga doh eh. Hermmmmm


 Adakah ini salah satu kesan kenaikan Petrol 20sen tempoh hari? lol